Levi Pelepasan – Apa yang anda perlu tahu
Kerajaan Malaysia melalui pihak Kastam Diraja Malaysia mula memperkenalkan Levi Pelepasan (Departure Tax) ke atas semua individu yang ingin meninggalkan Malaysia melalui lapangan terbang. Levi ini mula berkuatkuasa 1hb September 2019. Sebelum ni jika ingin terbang ke luar negara, kita hanya perlu membayar PSC (Passenger Service Charge) sahaja, sekarang ni dah ditambah pula dengan Levi Pelepasan.
Kami kongsikan beberapa info yang anda patut tahu
1.Siapa yang kena bayar Levi Pelepasan ni?
Mana-mana individu yang meninggalkan Malaysia untuk ke luar negara dengan menggunakan pengangkutan udara. Tak kisah lah sama ada rakyat Malaysia ataupun warganegara asing, dua-dua kena.
2. Macam mana levi pelepasan akan dikenakan kepada penumpang?
Levi ini akan dicas dalam tiket penerbangan korang tu. Maksudnya bila beli tiket tu terus dah kena bayar.
3. Berapa nak kena bayar?
4. Siapa yang mendapat pengecualain daripada membayar levi pelepasan?
- Bayi & Kanak-kanak berumur bawah 24 bulan
- Penumpang yang transit dalam tempoh tidak lebih 12 jam
- Anak kapal (Cabin Crew) yang sedang bertugas
- Orang yang memandu sendiri termasuk penumpang apa-apa jenis kenderaan untuk kegunaan persendirian
5. Apa beza PSC (Passenger Service Charge) dengan Levi Pelepasan ni?
PSC adalah kos yang dibayar oleh penumpang kepada pengendali lapangan terbang. Levi Pelepasan ini dibayar kepada kerajaan. Kedua-dua cas ini dikenakan semasa pembelian tiket atau apa-apa dokumen daripada pengendali penerbangan kepada penumpang.
6. Kalau keluar Malaysia selain daripada naik Kapal Terbang kena bayar levi ni tak?
Tak perlu. Kalau korang keluar Malaysia naik kereta, feri atau tongkang tak kena bayar levi ni.
7. Saya dah bayar levi pelepasan ni masa beli tiket, tapi saya tak jadi terbang keluar Malaysia
Boleh tuntut kembali jumlah yang korang bayar tu dekat syarikat penerbangan korang tu
8. Saya dah beli tiket beberapa bulan sebelum 1 September 2019, macam mana? Kena bayar ke tak?
Kalau tiket yang korang beli tu sebelum 1 September 2019, TAK PERLU BAYAR levi pelepasan ni.
Kalau ada lagi yang korang nak tanya, boleh email terus dekat pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia di enquiry.mydiv@customs.gov.my