Skytrex Sungai Congkak – Taman ‘Flying Fox’ di Hulu Langat
Buat kalian yang sukakan aktiviti lasak or baru nak jinak-jinak try something yang adventure sikit.. meh pakat ramai-ramai datang ke Skytrex Sungai Congkak. Baru-baru ni team kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman di Skytrex ini.
Disini, korang dapat hayati ciptaan alam yang hijau merimbun sambil lakukan aktiviti lasak beb! Nak merasa ‘berterbangan’ sambil tengok air sungai mengalir kat bawah tu.. haa inilah destinasi paling sesuai!
Pada mulanya, Skytrex beroperasi di Shah Alam & kini ianya mempunyai 3 cawangan iaitu di Melaka, Langkawi & yang terbaru di Sungai Congkak. Skytrex Sungai Congkak mula beroperasi sejak 1 Julai 2019. Lokasinya terletak di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Sebelah Skytrex ni kawasan Hutan Lipur Sungai Congkak, so lepas dah puas try semua game kat Skytrex ni bolehlah korang mandi sungai pulak. Sejuk oh!!
Bagi mereka yang rasa takut-takut nak cuba, jangan risau sebab before korang main semua aktiviti.. korang akan diberikan penerangan & di training oleh instructor kat sini. Dari A-Z team Skytrex akan ajar korang. Yang penting sila dengar betul-betul & follow the rules ya!
Menariknya Skytrex Sungai Congkak ini sebab korang boleh ‘terbang’ berkali-kali! Haa.. untuk pengetahuan korang, terdapat banyak elemen Flying Fox dalam halangan yang disediakan untuk para pengunjung Skytrex. Memang wajib lerr ke mari sebab dekat sini ja ada Flying Fox sepanjang 110m.
Selain Flying Fox, terdapat juga halangan lain yang bakal ditempuh pengunjung Skytrex seperti Ladder up, Monkey Bar, Hug Pipe, Fish Bone &Step Bridge. Eh korang jangan terpedaya pulak sebab kalau tengok dengan mata.. segala halangan yang ada memang ‘nampak mudah macam kacang je’.. sila cuba dulu baru tahu tahap fizikal & mental korang tu sejauh mana!
Terdapat 3 jenis pakej yang disediakan iaitu:-
– River Thrill (Intermediate)
– Rapid Extreme (Advanced)
– Double Dare (Intermediate + Advanced)
Setiap pakej merangkumi 25 halangan berbeza. Korang perlukan sejam setengah untuk settlekan semua halangan yang ada. Untuk kalian yang tak biasa lakukan aktiviti lasak ni disarankan untuk cuba pakej River Thrill. Pakej ni bukanlah level beginner tapi kira senang sikit berbanding pakej Rapid Extreme sebab that one level dia bukan biasa-biasa ya! Teguhkan mental & fizikal dulu baru try that one okay!
Mampu tak untuk challenge diri tu? Tunggu apa lagi, pakat ajak member-member untuk spent time bersama di Skytrex Sungai Congkak! Untuk maklumat lanjut, layari website Skytrex Sungai Congkak.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mengetahui info-info yang lebih Awesome!