Tempat-tempat WAJIB anda lawati jika ke Kashmir, India

Semenjak dua menjak nie Kashmir dah jadi destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia. Lokasinya yang terletak di utara India, di kawasan banjaran Himalaya menjadikan Kashmir tempat yang sejuk sepanjang tahun. Keadaan geografinya yang meliputi kawasan pergunungan, bersalji di musim sejuk serta penduduknya yang rata-ratanya muslim menjadikan Kashmir destinasi pilihan ramai traveler Malaysia. Di sini kami kongsikan tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi kalau anda ke Kashmir

 

1. Dal Lake, Srinagar
.

Gambar kredit : thekashmirtravel.com

Di Dal Lake, terdapat beratus-ratus houseboat yang korang boleh pilih untuk bermalam. Dekat sini korang akan makan makanan tempatan yang dimasak oleh keluarga yang tinggal di bot yang dipilih, makan bersama-sama dan berkongsi cerita. Korang juga boleh menyewa kayak dan jet ski dengan harga yang murah.

 

2. Nishat Bagh Mughal Garden, Srinagar

Gambar kredit : jtdytravels.com

Taman Nishat Bagh Mughal adalah sebuah taman di tepi Tasik Dal yang sesuai untuk korang jalan petang-petang dan tengok matahari terbenam. Kat sini juga, terdapat gunung-gunung di seberang taman. Taman ni adalah satu tempat yang unik untuk korang di Kashmir.

 

3.Pahalgam, Anantnag 

Gambar kredit : gotravelaz.com

Pahalgam terletak di Anantnag. Pemandangan gunung di sini sangat cantik. Selain tu, mendaki di Baisaran adalah lebih kurang 5 km dan korang akan dikelilingi dengan pokok pine dan pemandangan gunung yang ditutup oleh kabus tebal.

 

4. Sonamarg

Gambar kredit : thousandwonders.net

Sonamarg adalah sebuah bandar yang sunyi di pergunungan dengan pemandangan gunung yang cantik. Ia merupakan salah satu tempat terbaik untuk korang di Kashmir apatah lagi korang yang sangat suka mendaki.

 

5. Saffron Valley

Gambar kredit : kashmirframes.in

Kashmir terkenal dengan buah-buahan, bunga, kacang dan ladang saffron. Dekat sini dimana saffron dihasilkan, dengan itu harganya lebih murah berbanding tempat lain. Jadi korang boleh la beli bila dah sampai ke sini.

 

6. Lidder River, Pahalgam

 

Gambar kredit : holdify.com

Berakit di Lidder River lebih sesuai pada musim panas. Aktiviti ni, antara perkara yang perlu dilakukan di Kashmir kalau korang ada masa yang banyak. Ia sesuai untuk semua peringkat serta kat sini persekitaran sangat cantik.

 

7. Gulmarg

Gambar kredit : jkinside.com


Gulmarg menjadi salah satu tempat paling popular untuk dikunjungi selepas pembinaan gondola tertinggi di dunia yang hampir 4,500 meter tingginya. Dari atas korang akan nampak pemandangan yang cantik dari Himalaya di Timur ke pergunungan Pakistan di Barat.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *