Segar City – Wild West Cowboy di Port Dickson
Kalau sebut ja Port Dickson.. mesti korang fikir mandi laut semata.. selain tu? Lepak makan-makan jelah dekat tepi pantai tu kan? Haa.. korang kena ubah persepsi korang tu sebab.. kalau datang PD, jangan lupa untuk singgah ke Segar City atau nama lainnya Dataran Segar. Lokasinya terletak kira-kira 10 minit dari pekan Port Dickson. Dalam area ni korang boleh have fun lakukan aktiviti dari yang jenis indoor sampai ke outdoor. Tempat ni memang sesuai untuk pergi bersama family mahupun teman-teman.
- Wild West Cowboy
Wild West Cowboy merupakan sebuah pusat hiburan yang menyediakan pelbagai keseronokan. Dekat sini terdapat funfair corner yang tentunya buatkan si kecil tak senang duduk! Oh ya, dalam ni juga ada lebih 20 jenis arcade game yang korang boleh cuba. Nak main game Virtual Reality (VR) pun boleh beb. Bukan tu sahaja, boleh ajak gang korang try drift cart kat sini wei!
5D Motion Adventure
Kalau dah penat gaming, jom masuk ke dalam 5D Motion Adventure. Kalau nak rasa feeling macam dalam movie, haa ini memang tempat paling sesuai sangat sebab masa tayangan movie tu nanti seat korang akan bergerak tak tentu hala then tambah pulak efek bunyi & percikan air lagi tak senang duduk ler. Korang boleh pilih genre movie yang nak ditonton. Kalau berani cubalah genre horror.. baru ohsem!
Awake Thrill /Escape Game
Okay this one korang WAJIB cuba ya! Sebabnya game ni menguji tahap minda & thinking skill korang untuk settlekan segala misi. Haa, memang rasa macam jadi Sherlock Homes wei masuk dalam ni! Terdapat 5 jenis bilik yang berbeza tema perlu diselesaikan misinya. Antara tema yang ada :-
– Save the Princess
– The Awakening of Pharaoh
– Haunted Mansion
– The Defense of Galaxy
– Mirror Room
Awake Escape /Dinosaur Century
This one pun sama macam escape game cumanya bilik dia asing dengan yang 5 tadi tu. Agak-agak dalam masa 13 minit korang boleh ke settlekan 3 misi yang diberi dalam bilik ni?
Cowboy Restaurant
Haa.. dah penat try semua game kat dalam Wild West Cowboy ni.. mesti lapar kan? Takyah susah-susah pergi jauh-jauh sebab kat dalam ni ada Cowboy Restaurant. Pelbagai jenis makanan western ada jual disini. Design & dekorasi restoran ni pun menarik beb!
Harga Tiket :-
Mykad:
Dewasa – RM38
Kanak-kanak – RM28
Tanpa Mykad:
Dewasa – RM45
Kanak-kanak – RM35
Waktu Operasi :-
Isnin – Jumaat : 11 pagi – 10 malam
Sabtu : 10 pagi – 11 malam
Ahad/Cuti Umum : 10 pagi – 10 malam
*********************************************************
NAK DISKAUN UNTUK HARGA TIKET BELI ONLINE DI
https://bit.ly/2Zf9rlV
Guna promo code kakitravel10 untuk dapatkan diskaun 10%
*********************************************************
- Alive 3D Art Gallery
Bagi mereka yang suka tengok lukisan-lukisan 3D atau memang suka ekspresikan reaksi muka tu.. haa meh berfoto dekat Alive 3D Art Gallery. Tempat ni terletak sederet ja dengan Wild West Cowboy. So, dari sana korang jalan kaki pun boleh. Dalam galeri ni terdapat lebih dari 50 lukisan 3D & optical illusion dengan 5 tema iaitu :-
– Adventure Zone
– Aquarium Zone
– Animation Zone
– Exotic Zone
– Dark Art
Harga Tiket :-
Mykad:
Dewasa – RM20
Kanak-kanak – RM15
Tanpa Mykad:
Dewasa – RM25
Kanak-kanak – RM20
Waktu Operasi :-
Isnin – Jumaat : 11 pagi – 10 malam
Sabtu : 10 pagi – 11 malam
Ahad/Cuti Umum : 10 pagi – 10 malam
*********************************************************
NAK DISKAUN UNTUK HARGA TIKET BELI ONLINE DI
https://bit.ly/2Zf9rlV
Guna promo code kakitravel10 untuk dapatkan diskaun 10%
*********************************************************
- Segar Recreational Park
Dekat Segar City ni bukan setakat aktiviti indoor ja ada ye.. yang jenis sukakan aktiviti lasak tu meh panaskan diri korang di Segar Recreational Park. Tempat ni berkeluasan lebih 16 ekar & lokasinya seberang jalan dengan Wild West Cowboy ja. Dekat sini korang boleh cabar diri untuk main pelbagai game seperti :-
– Flying Fox
– Rock Climbing
– Abseiling
– Archery Tag
– High Rope
– Low Rope
– Junior Rope
Oh ya, ada jugak obstacle ala-ala latihan kem tentera wei!! Make sure mental & hati kental beb kalau ke sini..
Jangan risau dengan faktor keselamatan ya, sebab kat sini pihak Segar City memang jaga gila-gila keselamatan setiap pengunjung. Mereka dah sediakan panduan & alat keselamatan untuk korang. So, korang follow the rules & jaga diri leklok ye..
Camp House
Kalau nak buat team building pun nice jugak kat sini sebab bukan setakat banyak jenis game malah, kemudahan fasiliti turut disediakan. Bagi mereka yang datang nak buat camping ke team building ke haa bolehlah menginap di camp house ni. Satu bilik boleh muatkan 4 orang.
Pakej Team Building (2D1N) : RM175/pax (minimum 15 pax)
– Camp House
– Drift Cart / Archery Tag (pilih satu)
– Flying Fox, High Rope, Abseiling
– Rock Climbing
– 5D Cinema
– BBQ or Buffet Dinner
– Alive 3D Art Gallery
Siapa cakap datang Port Dickson cuma untuk mandi laut saje? Meh jejak ke Segar City ni baru korang rasa berbaloi bercuti ke Port Dickson!! Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Segar City
Jangan lupa untuk LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan info yang best-best!
Hi , Saya Ziana dari SegarCity Port Dickson . Boleh saya dapat nombor cik untuk saya berurusan tentang blog ini ? Atau cik boleh hubungi saya di nombor ini 012-6117379 (Ms Ziana) . Terima kasih atas kerjasama .
Hi Ms. Ziana, terima kasih kerana mengikuti blog Kaki Travel. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi no ini ya 019-6782834 (Diana).