5 Tempat Best Harus Dilawati Jika Bercuti di Perak
Bagi kalian yang nak bercuti tapi dah ketandusan idea tak tahu nak kemana.. Kali ini salah seorang follower Kaki Travel iaitu Fadzwani Amin bakal kongsikan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Perak!
Kalau nak tahu, Perak merupakan salah-sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam. Bukan setakat jelajah tengok tempat-tempat yang cantik je taw.. malahan, korang juga boleh terokai asal-usul sejarah sesuatu tempat. Haa, part paling best sekali ialah.. tempat-tempat ni sememangnya sesuai untuk dijadikan port OOTD geng! Kira bonus lerr tu kan? Jom kita tengok tarikan yang ada di Perak..
1. Kellie’s Castle
- Merupakan sebuah istana lama yang tidak sempat disiapkan
- Rekabentuknya merupakan inspirasi daripada sebuah istana Moghul di Agra, India
- Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia berserta dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu
- Banyak spot cantik kat sini yang korang boleh jadikan port OOTD!
- Harga tiket : RM 5/ pax
2. Tasik Cermin
- Lokasinya agak tersembunyi, ianya dikelilingi dengan bukit-bukit batu kapur
- Korang kena lalu sebuah terowong dengan berjalan kaki untuk tiba di tasik ini
- Kawasannya sangat tenang, sesuai untuk mereka yang inginkan kedamaian
- Juga merupakan salah satu insta-worthy spot yang semakin popular di Ipoh
- Kemasukan : Percuma
3. Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
- Merupakan sebuah taman yang dikelilingi dengan tasik dan bukit batu kapur
- Korang boleh melihat koleksi barangan antik yang dikumpulkan pada era 60-70 an
- Bagi kalian yang sukakan aktiviti berbasikal, boleh ronda dalam kawasan ini dengan basikal
- Kalau nak merasa bergambar seperti di tempat klasik, inilah port yang dicari!
- Harga tiket : RM 10/ pax
- Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang (tutup hari Ahad & Cuti umum)
4. Taman Tasik Taiping
- Merupakan sebuah kawasan rekreasi yang dahulunya adalah satu tapak bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia
- Disini, korang boleh tengok Pokok Hujan-Hujan atau lebih dikenali sebagai Pokok Pukul Lima menghiasi jalan-jalan yang ada di sekitar taman ini
- Taman Tasik Taiping telah mencatat sejarah sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu
- Bagi korang yang nak fefeling redup-redup sambil layan view nature tu.. silalah kemari!
5. Landasan Keretapi Lama (Taiping- Padang Rengas)
- Bagi kalian yang sukakan aktiviti trekking, boleh sertai pengembaraan ini
- Korang bakal dibawa merentas laluan jalan keretapi lama berserta 4 terowong
- Antara laluan yang bakal diterokai : Stesen Keretapi Bukit Berapit, Ladang Kelapa Sawit / Belukar, Kampung Gapis
- Trail yang bakal dilalui agak berlumpur dan ada pacat jadi berjaga-jaga ya!
- Diingatkan untuk melalui denai ini korang kena ada guide (boleh dm sekiranya berminat)
Menarikkan tempat-tempat ini? Haa.. bolehlah korang masukkan dalam itinerari sekiranya nak berjalan ke Perak.. Have fun guys!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!