VOUK Hotel Suites Penang – Bilik luas, selesa & harga berpatutan
Okay geng, kali ni team Kaki Travel nak share sikit mengenai VOUK Hotel Suites Penang yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, Pulau Pinang. Bagi korang yang tengah plan nak ke Penang tu, meh baca artikel ni sebab for sure korang akan ‘jatuh hati’ dengan enviroment dekat hotel ni ya!
korang tengok jela, masuk-masuk je dalam hotel.. dah macam ‘WOW’ bila tengok view area lobby ni. Belum lagi masuk bilik hotel taw!
VOUK Hotel Suites Penang menawarkan 7 jenis bilik. Antaranya ialah:
1. Superior Double or Twin Room
2. Deluxe Double or Twin Room
3. Deluxe Triple Room
4. Premier King Room
5. Executive Room
6. Family Connecting Room, 2 Bedrooms
7. Family Connecting Room, 3 Bedrooms
Okay, meh usha sikit view dalam bilik yang team kami stay time dekat VOUK Hotel Suites ni!
Haa, kalau korang nak tahu dalam Deluxe Double or Twin Room ni turut disediakan ‘kerusi urut’ taw! Syok weh dah penat berjalan seharian kat Penang ni then balik je hotel tengok ada kerusi ni. Lebih relax la badan korang tu..
Restoran & Bar
– C’est si Bon
Korang yang stay kat sini bolehlah try makan dekat C’est si Bon. Restoran yang berkonsepkan ‘tingkap kayu buluh dan desa’ ni menawarkan pelbagai jenis menu ala carte yang terdiri daripada masakan tempatan, barat dan Asia.
Waktu operasi harian: 6:30 pagi – 11:00 malam
– Indulgence Lounge
Bagi korang yang nak lepak santai-santai dengan member sambil nikmati secangkir kopi tu, bolehlah try masuk ke Indulgence Lounge ya.
Waktu operasi harian: 11:00 pagi – 11:00 malam
Haa, satu lagi reason kenapa korang patut stay dekat VOUK Hotel Suites ni adalah sebab kawasan laman depan hotel ni and lot parking dia LUAS! So, kalau ada yang nak berkonvoi tu sesuai sangat untuk stay disini.
Oh ya, banyak jugak port2 menarik yang terletak berdekatan VOUK Hotel Suites ni. Antaranya:
– Reclining Buddha Wat Chaiyamangalaram – 1.6km
– Gurney Plaza – 2.1km
– Gurney Drive Hawker Centre – 2.4km
– KOMTAR – 3.0km
– Little India – 3.6km
– Khoo Kongsi – 3.7km
– Pinang Peranakan Mansion – 3.8km
– Armenian Street Art – 4.6km
– Penang Botanic Garden – 5.2km
Menarik kan? Memang berbaloi untuk korang stay dekat sini. So, tunggu apa lagi, jom lerr bercuti ke Penang & stay di VOUK Hotel Suites! Untuk maklumat lanjut boleh layari website VOUK Hotel Suites.
Jangan lupa.. LIKE Facebook KakiTravel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info yang best-best okay!