Itinerary trip ke Hat Yai melalui Sungai Kolok

Itinerary trip ke Hat Yai

Hat Yai, terkenal sebagai syurga makanan bagi rakyat Malaysia ketika ini. Kebanyakkan rakyat Malaysia yang ke Hat Yai adalah melalui jalan darat iaitu melalui sempadan Bukit Kayu Hitam. Namun begitu bagi salah seorang followers kami, CikNono Ghazali, dia dan suaminya ke Hat Yai melalui Sungai Kolok kerana mereka bertolak daripada pantai timur.

Jom kita baca perkongsian trip selama 3hari 2malam mereka.


Ini merupakan itinerari pendek 3 hari 2 malam sis & suami di Hatyai, Thailand. Istimewa trip percutian kali ni sis & suami ke Hatyai melalui Sungai Kolok dengan menaiki keretapi klasik & balik semula ke Sungai Kolok dengan menaiki van.

DAY 1

1) Tukar duit
Duit sedia ada = 3060 baht
Tukar di Kemaman RM423 = 3000 baht
Tukar di Hatyai RM207 = 1500 baht

2) Tiket Keretapi dari Sungai Kolok – Hatyai = 42 baht/orang

3) Tambang motor dari imigresen Sungai Kolok – Stesen keretapi = RM5/orang

4) Simcard Thailand (Dtac) = 140 baht
Free internet + call 60gb (speed 4b mb)

5) Tuktuk ke hotel = 60 baht

Sis bertolak dari Kota Bharu, tumpang parking kereta di rumah mak saudara di Pasir Mas. Dari sana sepupu sis tolong hantarkan ke imigresen Rantau Panjang.

Dari imigresen sis menaiki motor tambang ke stesen keretapi Sungai Kolok. Pada masa yg sama sis minta pemandu motor untuk berhenti di kedai berhampiran dgn stesen keretapi untuk membeli simcard.

Keretapi paling awal pukul 6.45pagi (waktu Thai). Sis beli tiket kedua, pukul 9.00pagi (waktu Thai). Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam untuk sampai ke Hatyai.

Suasana dalam keretapi agak menyeronokkan. Dapat beramah mesra dengan penduduk tempatan. Tips utk membeli makanan. Ramai penjaja yang menjual makanan di dlm keretapi. Tapi penduduk tempatan sarankan sis beli makanan/nasi di Stesen Yala kerana terdapat ramai peniaga muslim. Tempat duduk dalam keretapi ada 2 jenis. 1 jenis kayu, 1 jenis kusyen lembut.

Sampai di Hatyai kami menaiki tuktuk ke hotel dengan bayaran 60 baht/2 orang (selepas nego). Harga asal 80 baht/2 orang.

6)Hotel
Greenview Hatyai Hotel = 1415 baht/2malam.

Hotel ni memang berdekatan dengan Lee Garden Plaza & Kimyong Market. Lebih kurang 700-800 meter sahaja. Kami hanya perlu berjalan kaki lebih kurang 9-10 minit.

Paling best internet laju giler. Router ada dalam bilik uolss. Bilik bersih & besar. Siap ada bath tub. Staf pun ramah. Cuma seterika(iron) tak disediakan tapi blh req utk staf hotel tolong seterikakan baju anda. Tapi selepas pukul 5.00 petang ya.

Selepas mandi & solat kami berjalan menuju ke Lee Garden & makan di Restoran Hamid.

7) Grab dari Lee Garden – Asean Night Market = 90 baht

8) Grab dari Asean Night Market – Hotel = 90 baht

Restoran Hamid

DAY 2

9) Tour Guide (driver grab) = 1200 baht
☑️ Cabura Dimsum
☑️ Municipal Park
☑️ Wat hat yai nai
☑️ Klonghae Floating Market
☑️ Hatyai Night Market

Kami dapat tour guide ni waktu balik dari Asean Night Market semalam. Ikutkan harga ni berbaloi sbb beza dlm 40 baht jer kalau ambil grab on the spot dari destinasi (sis check harga satu2 bagi setiap destinasi). Harga tour guide dari pihak hotel tawarkan kpd kami 2000 baht (termasuk masjid Songkhla).

Tapi masih berbaloi sbb dari Municipal Park tu agak sukar utk dapatkan Grab/Tuktuk disebabkan lokasinya berada agak jauh sedikit dari kawasan bandar. Driver grab tinggalkan kami selama 2 jam di Municipal Park dan selepas 2 jam driver grab datang pickup kami utk ke destinasi seterusnya.

Dari Municipal Park kami balik ke hotel utk mandi & solat. Driver grab pickup balik pukul dalam 4.45ptg utk ke Klonghae Floating Market.

Hat Yai Floating Market

Sejam lebih berada di Floating Market kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Hatyai Night Market.

*** Tips— Fridge magnet boleh beli di Hatyai Night Market/Lee Garden Plaza. Harga hanya 80 baht lebih banyak pilihan berbanding di Floating Market 100 baht.

10) Thai Massage = 200 baht/orang
Perkara wajib kalau kami ke Thailand. Paling seronok kami massage kat hotel jer sebab kat lobi hotel ada sediakan perkhidmatan urut. Harga pun sama jer dengan kedai sekitar Lee Garden.

Tempat Masage

Trip ke Hat Yai

DAY 3
Kami bersiap awal pagi dan berjalan ke Kimyong Market 8-9 minit. Di sebabkan sekitar Kimyong Market hanya ada 1 gerai yg jual makanan halal (Nasi khomok) tapi xada meja utk makan. Kami bergerak ke Restoran Kelantan. Tapi tak jadi makan kat situ sbb terlalu ramai orang. Sis & suami ke destinasi berikutnya iaitu Salma Halal Restaurant. Perut dah kenyang kami bergerak pulang ke hotel utk check out.

Makan di Salma Restaurant

11) Grab Hotel – Hatyai Bus Terminal 1 = 80 baht

12) Tiket Van Hatyai – Sungai Kolok = 200 baht/orang

Dari hotel kami menaiki grab ke Hatyai Bus Terminal 1 utk pulang ke Sungai Kolok. Tempoh menunggu van bergerak +- 30 min. Pemandu akan tunggu penumpang penuh baru van bergerak menuju ke destinasi yang di tuju.

Tempoh perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Pemandu berhenti isi minyak di Pattani. Lebih kurang r&r kita kat sini la. Blh la nak solat, makan, ke tandas.

Kebetulan ada penumpang tempatan yang nak turun di imigresen Sungai Kolok jadi kami pun tumpang sekaki turun kat situ.

Selesai cop passport kami berjalan melintasi jambatan ke imigresen Rantau Panjang. Sepupu sis dah sedia menanti kepulangan kami.


Jadi untuk anda yang tengah plan trip ke Hat Yai, boleh la membuat rujukan dengan itinerari ini.

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea untuk planning percutian korang!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *