Air Asia lancar kerjasama dengan kiwi.com – KL ke Madrid bermula dari RM99
Syarikat pengendali tambang murah, Air Asia telah memerterai perjanjian bersama agensi travel online kiwi.com untuk menawarkan lebih banyak destinasi kepada pelanggannya. Menerusi kerjasama ini para pengguna akan mendapat akses ke lebih banyak destinasi yang tidak ada dalam senarai Air Asia seperti London, Dubai, Madrid dan Auckland.
Ala senang cerita, dorang akan start jual juga tiket flight airlines lain dekat dalam laman web AirAsia. Jadi lepas ni korang boleh la nak beli tiket pegi Europe ke New Zealand ke dari laman web Air Asia je.
Menerusi tinjauan kami di laman web Air Asia, sudah ada pernampakkan destinasi-destinasi seperti Istanbul, Auckland, Barcelona, Madrid & London. Penerbangan juga dari KLIA bukan KLIA2.
Menurut founder Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes “Ketika memulakan AIr Asia sebagai syarikat penerbangan tambang murah pada 2011, saya tidak pernah terfikir untuk menawarkan tiket penerbangan dari pesaing kami. Namun, ini yang kami lakukan hari ini. Dengan kerjasama kiwi.com, kami melalui fasa transformasi untuk menjadi lebih dari sekadar syarikat penerbangan.” katanya di majlis pelancaran di Sepang.
Sempena dengan pelancaran ni, Air Asia akan menawarkan tiket promosi ke Madrid dari Kuala Lumpur bermula dari RM99 sahaja! Promo ini bermula esok (16hb Nov 2019) jam 9 pagi.
Nak ke Europe lepas ni pun boleh Air Asia sahaja..
Sumber : Reuters, Harian Metro
tiket murah bha