Amverton Heritage – Resort mesra keluarga di Melaka
Amverton Heritage – Melaka
Bandaraya Melaka terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Bagi anda yang nak ke Melaka bersama keluarga, boleh cuba untuk ke Amverton Heritage Resort ini. Ianya terletak di Ayer Keroh, lebih kurang 5 minit daripada plaza tol Ayer Keroh.
Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, terutamanya kepada kanak-kanak. Memandangkan team kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman di resort ini, kami kongsikan benda-benda menarik yang ada di Amverton Heritage.
1. Kolam renang seperti mini waterpark
Kolam renang dekat sini dah macam dekat water theme park dah. Tempat dia sangat luas. Ada slide, water bucket dan banyak lagi. Ada potensi anak anda tak nak balik kalau dapat main dekat sini.
2. Kids Fun Zone
Di Amverton Heritage ni juga ada Kids Fun Zone. Tempat ni adalah ruang permainan dalam bangunan yang agak luas. Dan masuk adalah percuma untuk anda yang menginap disini. Disini terdapat ruang permainan, ruang aktiviti serta mini library untuk kegunaan.
3. Trek ATV yang menarik dan mencabar
Trek ATV dekat sini memang best. Kami dah banyak pergi trek ATV sebelum ni, yang ni antara yang best. Jentera ATV dia pun berada dalam kondisi baik. Anda akan dibawa meneroka di kawasan hutan berdekatan. ATV ni ada dua jenis, satu yang untuk dewasa dan juga ada trek ATV khas untuk kanak-kanak.
4. Cuba pengalaman memanah
Lagi satu aktiviti outdoor dekat sini adalah memanah. Tak perlu risau kalau korang tak reti nak main, staf-staf dekat sini akan berikan training dekat korang sebelum korang cuba.
5. Paintball target shooting
Bagi yang nak cuba aktiviti paintball, dekat sini ada target shooting range. Jadi korang boleh tunjukkan bakat menembak korang tu dekat sini. Kita tengok boleh tembak jatuh semua target tu tak.
6. Bilik Gym
Kalau korang nak bersenam pun boleh dekat sini. Ada disediakan mini-gymnasium untuk korang. Gymnasium ini terletak di dalam bangunan yang sama dengan Kids Fun Zone. Jadi sementara menunggu anak-anak bermain di sana, anda juga boleh melakukan aktiviti.
7. Solitaire Lounge
Solitaire Lounge ni lebih kurang macam games room la. Dekat sini korang boleh bermain permainan seperti pool, foosball ataupun dart.
8. Bilik yang selesa
Bilik dekat Amverton Heritage ni ada beberapa jenis. Bilik Famili di sini mempunyai 2 buah katil queen. Memang sesuai dan selsesa untuk famili bersama dengan anak-anak. Untuk bilik jenis Deluxe, anda boleh memilih sama ada nak satu katil king atau pun twin bed. Jika rasa anda perlukan ruang yang lebih luas dan eksklusif, boleh ambil bilik Junior Suite di sini.
9. Dayang Coffee House
Dayang Coffee House ini adalah restoran utama di sini. Makanan disini disediakan secara buffet dan juga secara ala-carte. Antara menu ala-carte yang popular disini adalah Nasi Goreng Puteri. Nasi Goreng Puteri ni dihidangkan bersama udang, ayam goreng, telur mata dan juga keropok. Boleh cuba kalau korang ke sini
Ok sekarang korang dah nampak kan apa yang ada di sana? So kalau nak pergi, boleh booking terus melalui website Amverton Heritage Resort di sini.