Langkawi Adventure & Xtreme Park – Promosi RM50!
Selalunya kalau pergi ke Pulau Langkawi, Kedah.. mesti orang akan imagine ‘pantai, island hoping takpun cable car’. Walhal, ada banyak lagi aktiviti lain yang korang boleh terokai weh! Bagi yang sukakan aktiviti lasak, kami nak suggestkan korang untuk datang ke Langkawi Adventure & Xtreme Park yang berlokasi di Kampung Kilim, Langkawi Kedah.
Dekat sini terdapat banyak aktiviti yang menguji daya ketahanan fizikal dan mental korang. Kalau ada yang nak challenge diri untuk cuba something yang adventure tapi masih ‘takut-takut’. Haa, inilah masanya untuk korang mencuba benda baru! Don’t worry, paling teruk pun korang akan menjerit sampai hilang suara.. hehe
PROMOSI PROMOSI PROMOSI !!
Berita gembira untuk korang semua! Sekarang ni Langkawi Adventure & Xtreme Park ada buat PROMOSI RM50 sahaja untuk 5 Games! Promosi ni bermula 17 Jun – 31 Disember 2020. Meh usha kat bawah ni antara game-game yang korang boleh try dalam promosi tersebut..
1. Skybike Adventure
Kredit: FB Page Langkawi Adventure & Xtreme Park
Okay, kalau korang datang ke sini, make sure korang cuba Skybike Adventure! Game ini antara yang sentiasa dapat sambutan orang ramai untuk try sebab bukan semua tempat adventure sediakan game ‘basikal terbang’ macam ni weh! So, rugilah kalau tak cuba kan??
Jangan risau ya, sebab before korang maju kedepan.. akan ada staff yang beri sedikit penerangan kat korang cara nak control basikal tu, nak break, nak berfoto semualah. Oh kalau nak naik basikal ni kena make sure berat korang around 45 kg – 80 kg ya. Jarak Tower A ke Tower B cuma 150 meter sahaja. Bunyi macam “‘oh, dekat je” tapi bila naik rasa macam “BILA NAK SAMPAI TOWER B!!??”
*tips- elakkan pandang bawah kalau rasa diri tu gayat. Steady weh, benda jarang naik kenalah cuba!
2. ATV’s Adventure
Haa, this one best gila! Trek ber-ATV dekat sini boleh tahan menarik taw.. Korang akan ambil masa around 30 minit untuk merentas hutan di sekitar kawasan ini.
Kalau taknak rasa sendu gerak solo, korang ajaklah member-member datang sekali weh! Seronok bila ada geng sekepala dengan kita kan!
Kredit: FB Page Langkawi Adventure & Xtreme Park
3. Go Kart Ride
Jangan lepaskan peluang korang untuk berlumba Go Kart. Takpe kalau rasa takde skill nak bawak pun still boleh cuba ya.. senang kacang ja nak bawak benda ni and make sure korang still utamakan keselamatan okay!
Kredit: FB Page Langkawi Adventure & Xtreme Park
4. 3D Art Museum
Lepas dah penat cuba semua game outdoor yang ada disini, korang boleh cuci mata pula tengok lukisan 3D dalam muzium ya. Jangan lupa serlahkan expression korang sambil berfoto tu.. baru nampak ‘real’!
5. Upside Down Museum
Upside Down Museum ni terletak bersebelahan dengan 3D Art Museum sahaja. Kat sini, korang bolehlah cuba feel sikit rasa dunia terbalik. Santai-santai saja dalam area ni weh. Oh, kalau korang tak tahu macam mana nak dapatkan angle foto yang nice, korang boleh rujuk gambar yang disediakan takpun korang mintak staff yang ambilkan. Bukankah lebih mudah? haha
So yeah, tunggu apa lagi geng? Make sure korang selitkan Langkawi Adventure & Xtreme Park ni dalam itinerari korang sewaktu bercuti ke Pulau Langkawi!
Untuk maklumat lanjut boleh usha FB Page Langkawi Adventure & Xtreme Park atau korang boleh hubungi (ws):
1) 017-4676460 (Firdaus)
2) 019-4746460 (Jojo)
Jangan lupa LIKE Facebook KakiTravel & FOLLOW Instagram @kakitravelnet bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!