7 perkara wajib tahu sebelum bercuti di Mersing, Johor!
Jika anda merancang nak bercuti di kawasan kepulauan atau mahukan suasana yang serba lengkap, apa kata kalian datang ke Mersing, Johor! Dekat sini memang menjanjikan suasana yang tenang dari bingit kota. Tapi, sebelum ke sana.. wajib tahu 7 perkara ini!
1. Kewujudan nama Mersing
Okay 1st sekali kita cakap mengenai nama Mersing. Haa, untuk pengetahuan korang Mersing ni dinamakan based on pokok Mersinga. Kalau ikut kajian (1992) Sejarawan Johor – Dr. Haji Shaharom Hussain bersama Tuan Haji Kamdi Kamil, Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor, pokok mersinga ni banyak tumbuh di sepanjang pantai Mersing.
Tiupan angin daripada Laut Cina Selatan ke pantai Mersing yang mengenai daun-daun pokok tu yang hasilkan bunyi gemersik. Akhirnya lama-kelamaan orang-orang Melayu yang merupakan penduduk asal daerah tersebut menamakan kawasan itu sebagai Mersing..
2. Nasi Dagang- menu popular waktu pagi
Haa, jangan terkejut pula kalau tengok pagi-pagi orang Mersing suka nau makan nasi dagang! Disebabkan Mersing ini terletak di bahagian timur laut negeri Johor, so banyak la terpengaruh dengan style pantai timur terutamanya Terengganu — orang Mersing pun ramai yang berasal dari Terengganu weh. Selain nasi dagang, kat sini kalau petang-petang orang makan keropok lekor. Banyak juga perusahaan keropok lekor dibuka kat Mersing ni..sedap doe!
3. Banyak homestay dari hotel
Di Mersing, penginapan lebih kepada style homestay daripada hotel. Kalau dekat pulau banyak resort ye. Salah satu homestay famous kat sini adalah di KampungStay yang terletak di Teluk Buih. Cantik style ala-ala ‘English Cottage’ gitu. Kalau nak rasa vibes suasan kampung, korang boleh stay di Kampung Air Papan Homestay, memang mantap!
4. Pulau-pulau di Mersing masih ‘virgin’!
Kalau korang rasa pulau-pulau di Sabah cantik dan menakjubkan, korang silap. Sebabnya kat sini pulau-pulaunya Mashaallah.. air crystal clear, pantai pasir putih halus dah sama level Maldives weh! Kalau tengok pulau-pulau kat sini memang terjaga macam tak disentuh sesiapa pula, ‘virgin’ gitu.. sampaikan korang duduk tepi pantai pun dah boleh nampak ikan berenang-renang kat tepi tu..
5. Pulau Babi ada 3 jenis!
Haa, ni satu benda korang kena tahu ni.. kat sini ada 3 jenis Pulau Babi ye iaitu Pulau Babi Hujung, Pulau Babi Tengah dan Pulau Babi Besar. Mungkin korang pernah dengar orang sebut ‘Pulau Hujung, Pulau Tengah, Pulau Besar’, itu sama je dengan Pulau Babi ni weh, cuma title ‘babi’ tu ditolak tepi sebab macam tak komersial kot. haha apapun setiap pulau ni ada keunikan tersendiri. Kalau korang ambil pakej island hopping, boleh singgah kat Pulau Babi Hujung & Pulau Babi Besar sahaja. Pulau Babi Tengah takleh stop melainkan korang bercuti di Resort Batu-Batu. Private island guys..
Oh ye, kalau korang buat aktiviti island hopping boleh tengok paling-paling 5 jenis pulau iaitu Pulau Harimau – Pulau Rawa – Pulau Babi Hujung – Pulau Babi Tengah – Pulau Babi Besar .
6. Resort ‘harga bajet’ di Pulau Babi Besar
For those yang planning nak bercuti di area pulau tapi terkejut tengok harga level kayangan tu.. meh bercuti di Bayu Lestari Island Resort yang terletak di Pulau Babi Besar / Pulau Besar. Haa, dari terminal Mersing ke pulau ni ambil masa around 25 minit ja. Resort ini bolehlah dikatakan harga bajet sebab price dia 1/3 daripada price dekat pulau-pulau lain (Pulau Rawa, Pulau Babi Tengah). Memang nice untuk jadikan destinasi honeymoon sebab vibes kat resort ini so chill and romantic sehh!
7. Mersing – destinasi percutian ‘3 in 1’
Before jejakkan kaki ke Mersing, selalu ingat tempat ini just persinggahan nak naik feri pi Pulau Tioman je. Once dah sampai, weh seriuslah kenapa orang Malaysia tak ramai bercuti kat sini ek? Bukan apa, dekat sini semua ada.. nak tengok pantai ada, nak tengok pulau ada, nak mountain bike kat bukit pun ada haa satu lagi.. nak tengok suasana sawah padi terbentang luas pun ada! Punyalah complete and dekat-dekat je semua lokasi ini plus elok-elok je terjaga semua destinasi kat sini. Mungkin ramai yang beranggapan Mersing ini ‘agak jauh’ dari KL tapi percayalah once korang dah sampai sini mesti terjatuh hati..
Jangan lupa LIKE Facebook KakiTravel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet & SUBSCRIBE YouTube KakiTravel bagi mendapatkan idea dan info untuk percutian anda! Kalau rajin, SHARE stori kami dengan gang korang ya!