Itinerari 3H2M – Railway to See Malaysia dengan Keretapi, Explore Kluang, Johor!
Nak pergi bercuti menaiki keretapi tapi takut salah turun stesen? Tak tahu nak menuju ke mana kalau naik keretapi? Haa.. jangan risau! Kali ini Kaki Travel nak kongsikan itinerari 3Hari 2Malam menerokai keseronokan di Kluang, Johor menerusi Railway To See Malaysia yang dibawakan khas oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Itinerari 3 Hari 2 Malam @Kluang, Johor:
Hari-1:-
- 12.15pm: Bergerak dari KL Sentral menaiki ETS (KL Sentral – Gemas)
- 2.40pm: Tiba di Stesen Gemas, terus tukar lane naik KTM Ekspres Selatan (Gemas- Kluang)
- 3.20pm: Tren KTM Ekspres Selatan bergerak
- 5.50pm: Tiba di Kluang, pick up kereta sewa terus menuju ke Gunung Lambak
- 6.15pm: Check in di Te’mola Gunung Lambak Resort – bersihkan diri, solat etc
- 8.00pm: Keluar makan malam di Laman Belakang Kluang Cafe – korang mesti akan rasa kagum gila once masuk laman belakang ni sebab vibes kampung tu hidup weh! Menu hidangan pun menarik.. boleh cuba masakan Johor style seperti Lontong Goreng, Nasi Ujang Ayam, Lempeng Nenek (sambal lempeng ni pergh) dan banyak lagi. Harga pun berpatutan ya..
Hari ke-2:-
- 7am: Sarapan pagi di Railway Kluang Station. Kedai ini boleh kira spot wajib singgah breakfast kalau mai Kluang. Tapi kena datang awal ya sebab kalau lewat kena beratur panjang weh! Yang pasti menu kat sini semua berbaloi dicuba!
- 9am: Kami ronda-ronda sekitar Gunung Lambak.. rupanya banyak je aktiviti best-best boleh buat dekat area Gunung Lambak ini.. kalau pagi-pagi, boleh nampak ramai geng hiking nak menuju ke puncak Gunung Lambak tu.. selain tu, ada juga RMZ Petting Land – ada bermacam jenis haiwan peliharaan comel-comel boleh interact, siap boleh kasi makan lagi taw!
- Oh ya, dekat sini ada juga mini waterpark. Sesuailah kalau nak bawa anak-anak bermandi-manda hujung minggu! Selain itu, ada juga gerai dan kafe dibuka sekitar jalan di tepi-tepi Gunung Lambak ni.. memang happening!
- 12.30pm: Kami singgah makan di Beriyani Bukit Ayam – dekat sini special sikit ada set dulang! Korang kena try lauk daging & lambshank dia..padu!
- 2pm: Dah kenyang perut, kami ronda-ronda sekitar pekan Kluang – singgah Rumah Seni – dalam ini memang banyak hasil karya yang menakjubkan! Dari luar tengok macam kecil sekali masuk haa berpusing-pusing kitaorg bergambar dalam rumah 2 tingkat ni!
- 3pm: Dah redup sikit, kami jalan-jalan pula area Laman Kreatif Kluang Street Art! Boleh dikatakan disebalik lorong-lorong belakang kedai di pekan Kluang ini penuh dengan lukisan mural yang melambangkan kisah di Kluang & Johor. Sejuk je mata memandang tengok karya-karya cecantik ni taw!
- 4.30pm: Kami menuju ke Talula Hill.. nak kesini memang better sewa kereta sebab ke dalam juga kawasan nak masuk tempat ni. Ada kafe so kami lepak minum sambil layan view menunggu waktu sunset. Cantik sangat view sunset kat atas bukit ni weh!
- 7pm: Pulang ke resort, bersihkan diri solat etc
- 8pm: Makan malam – BBQ (ni korang boleh request dengan pihak Te’mola), siap ada sajian dari Sate Makmur – sate kambing, daging, ayam, ostrich, arnab semua ada! Peminat sate confirm suka hidangan dari Sate Makmur ni!
- Oh ye, kalau weekend malam dekat Gunung Lambak ni ada ala-ala night market jualan makanan & Wayang Pacak taw! So kalau tak tahu nak lepak mana malam-malam tu.. meh la sini ek
Hari ke-3:-
- 8am: Sarapan pagi di Te’mola Resort
- 9.30am: Check out – menuju ke Stesen KTM Kluang untuk menaiki KTM Ekspres Selatan (Kluang- Gemas) – then tukar naik ETS di Gemas (Gemas-KL Sentral)
- 6pm: Selamat tiba di KL Sentral 🙂
Anggaran Kos:
- Tiket ETS (KL Sentral- Gemas): RM33/ 1 pax
- Tiket KTM Ekspres Selatan (Gemas-Kluang): RM16/ 1 pax
- Kereta sewa: RM130-150/ 1 day
- Penginapan: Suite Room – RM200/1 malam (stay 2 malam)
- Tiket RMZ Petting Land: RM9/ 1 pax
- Makan: depends perut masing-masing la ek.. macam kita RM50/1 hari pun dah ngam sangat tu lol
Bonus! Tips Dalam Keretapi!
- Nak beli tiket keretapi ada banyak cara samada beli di kaunter/kiosk.. nak senang muat turun apps KITS untuk jimatkan masa korang beli tiket, tak pun.. layari laman web www.ktmb.com.my
- Pemilihan seat dalam tren: kalau nak seat jenis menghala kedepan, masa beli tiket pilih seat ‘Forward’
- Dalam ETS – Surau & Kafe dekat Koc C
- Plug: kalau dalam ETS ada plug bawah seat kita duduk so senang nak caj phone, kalau Ekspress Selatan plug jauh sikit.. disarankan caj awal-awal masa dalam ETS tak pun bawa je power bank, settle!
- Kalau bawa luggage/ beg besar gedabak.. boleh je simpan dekat area simpanan luggage
- Kafe: Menu dalam kafe ni ada macam-macam dari nasi sampailah ke snek. Boleh bayar pakai scan QR juga
So tunggu apa lagi? Jom pakat ajak geng or partner korang explore Kluang, Johor menerusi Railway To See Malaysia! Inilah masanya nak terokai Malaysia dengan menaiki keretapi!
penulisan yang senang faham. awesome idea n trip 👍
Terima Kasih 🙂