Terokai terowong bawah tanah di Penang War Museum
Korang tau tak ada muzium perang dekat Malaysia ni? Sebenarnya sebelum ini jika aku ke Pulau Pinang, tak pernah terlintas pun untuk ke Penang War Museum atau Muzium Perang Pulau Pinang ni. Namun baru-baru ni aku dapat peluang untuk explore tempat ni bersama-sama team Tourism Malaysia Wilayah Utara.
Penang War Museum ni pada asalnya adalah sebuah kubu pertahanan British yang dibina pada tahun 1930an. Tujuannya adalah untuk mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan musuh. Namun ketika perang dunia kedua, ianya telah jatuh ke tangan Jepun dan dijadikan sebagai pusat tahanan tawanan perang.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/01/penang-war-museum-1-1024x768.jpg)
Muzium ini terletak di Batu Maung, tidak jauh daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang. Tempat ini juga pernah digelarkan sebagai antara muzium paling menyeramkan oleh National Geographic Channel. Kawasan di sini agak luas, korang boleh habiskan masa lebih sejam untuk explore tempat ni. Tempat ni dikawasan bukit, jadi akan ada banyak tempat yang korang kena naik turun tangga. Di sini boleh tengok terowong bawah tanah, tempat simpanan senjata, meriam anti-pesawat, kuarters tentera, tempat hukuman pancung dan lain-lain lagi.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/01/penang-war-museum-2-1024x768.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/01/penang-war-museum-8-1024x768.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/01/penang-war-museum-6-1024x768.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/01/penang-war-museum-13-768x1024.jpg)
Bagi korang yang adventure, boleh cuba masuk ke dalam terowong bawah tanah di sini. Ada 2 terowong yang korang boleh cuba, tapi kena gunakan bantuan flashlight handphone korang la. Sebab ada kawasan terowong yang tidak di pasang lampu. Tapi kalau nak betul-betul thrill, tak payah pakai guna lampu.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/01/penang-war-museum-7-tunnel-1024x768.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/01/penang-war-museum-4-pricing-1024x768.jpg)
Apa pun bagi aku tempat ni memang berbaloi, setaraf dengan muzium perang dekat negara Asia yang lain. Banyak fakta sejarah yang korang boleh belajar di sini. Tiket masuk ke sini adalah RM22 sahaja untuk dewasa (pemegang MyKad) dan RM12 sahaja untuk kanak-kanak.
Peta lokasi tempat ni untuk rujukan korang.
Jadi kalau korang ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah ke Penang War Museum ni ya!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!