Semeling – Satu lagi kawasan di Jerai Geopark yang wajib diterokai!

Selalunya kalau sebut negeri Kedah pasti ramai yang akan memberi cadangan untuk berkunjung ke Alor Setar ataupun ke Pulau Langkawi. Tapi sebenarnya ada banyak lagi ‘hidden gems’ yang berbaloi untuk diterokai di Kedah. Salah satunya adalah di sekitar mukim Semeling di dalam kawasan Jerai Geopark. Mungkin kawasan ini kurang dikenali namun sebenarnya terdapat beberapa tempat menarik yang boleh anda singgah.

OOTD di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling

Bagi anda yang suka berfoto, boleh singgah ke Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Sungai Merbok. Di sini anda bakal menemui laluan pejalan kaki yang menarik untuk dijadikan lokasi bergambar kerana ia dikelilingi oleh hutan paya bakau. Memang cantik pemandangan dekat sini lagi-lagi sewaktu matahari terbenam.

Lawati pelbagai Galeri di sini!

Di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling ini terdapat 3 ruang pameran utama iaitu galeri berkaitan sejarah, galeri mengenai fauna dan flora di sepanjang Sungai Merbok dan juga galeri berkaitan batuan unik yang ada di Kedah. Bukan itu sahaja, informasi menarik mengenai kawasan Jerai Geopark juga dipaparkan dalam ruang pameran ini.

Selain itu, anda boleh melihat pembuatan hasil kraftangan dan belajar membuat sabun di gerai Bujang Natural. Boleh hubungi 013-4496559 (Sani) jika anda ingin cuba pengalaman belajar membuat sabun. Di sini juga anda berpeluang bermain permainan tradisional seperti congkak.

Cuba hidangan sate Semeling!

Pekan Semeling ini popular dengan menu utama mereka iaitu sate. Jika anda lalu di kawasan pekan ini, anda akan nampak banyak gerai & restoran yang menjual sate. Kami sempat singgah di At Satay Semeling ketika berada di sana, memang tidak mengecewakan!

Satu lagi benda menarik di pekan Semeling ini adalah lukisan mural-mural cantik di bahagian tepi bangunan lama. Lukisan mural ini telah dihasilkan oleh anak tempatan sekitar negeri ini.

Mural di Pekan Semeling – Foto: Perpustakaan Desa Sungkap Para
Mural di Pekan Semeling – Foto : Faiz Fadziar

Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *