3 spot cantik di Yogyakarta yang jarang dikunjungi rakyat Malaysia

Yogyakarta ataupun lebih dikenali sebagai Jogja, kini semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Jogja adalah bandar di timur pulau Jawa, Indonesia dan ianya terkenal dengan tarikan seperti Candi Borobudur, Candi Prambanan, Jalan Malioboro, Pantai Timang dan lain-lain lagi. Untuk posting kali ni kami ingin kongsikan tentang 3 tempat menarik & cantik di Yogyakarta yang mula mendapat perhatian para pelancong. Posting dan gambar ini dikongsikan oleh Shooterpixtures.


AIR TERJUN KEDUNG KAYANG

Air terjun ini terletak di luar kota Jogjakarta berdekatan dengan Magelang. View ini masih baru sekitar 1 tahun setengah, jadi pelancong Malaysia jarang ke sini berbanding penduduk lokal. Apa yang menarik anda boleh dapat 2 permandangan dalam 1 keping gambar! Gunung berapi dan juga air terjun!

View sangat cantik!! Disarankan keluar Hotel jam 3.30am kerana perjalanan hampir 1 jam lebih dari Yogyakarta. Tiket bergambar setiap spot hanya IDR5000 (sekitar RM1.50 SAHAJA). Selepas bergambar di sini anda boleh turun ke bawah air terjun tu dengan berjalan kaki dalam 1 kilometer pergi dan pulang. (semputttttt tauuu huhu..)

Sebelum matahari naik dari celahan gunung Merapi | Gambar : Shooterpixtures
masa matahari naik dibelakang Gunung Merapi | Gambar : Shooterpixtures
Gunung Merapi bersama kawan 1 alam si Matahari | Gambar : Shooterpixtures

KETEP PASS

Ketep Pass ini memang mantapp gaiss! Ianya terletak tidak jauh daripada Air Terjun Kedung Kayang. Anda boleh nampak gunung ganang yang memukau pandangan! Tempat ni di rasmikan oleh presiden Indonesia wanita iaitu Megawati Soekarnoputri pada tahun 2002. Harga tiket sekitar IDR20,000.

Gunung Merbabu bersambung bersambung dengan Gunung Merapi, gunung ini tiada Lava gunung berapi  |Gambar : Shooterpixtures
Gunung Berapi Sindoro & Sumbing berserta asap lava |Gambar : Shooterpixtures

PANTAI KRAKAL

Lokasi yang sangat cantik untuk termenung lama menikmati matahari terbenam di pantai. Tak puas mata memandang pada batuan karang berserta lumut yang terbentang luas. Di sini anda boleh melayan bunyi Ombak Lautan Hindi yang ganas membuatkan jiwa ini leka dengan bisikan alam.

pantai ini di Gunung Kidul jadi tiket masuk IDR10,000 | Gambar : Shooterpixtures

So macam mana? cantik kan tempat-tempat ni? Jadi jika anda ke Yogyakarta, jangan lupa singgah ke sini ya!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *