11 Tempat Menarik di Macau – Bukan Sekadar Bandar Kasino! 

Bila sebut pasal Macau, mesti korang ingat bandar kasino kan? Tapi sebenarnya Macau ni penuh dengan spot yang menarik, view yang cantik, muzium interaktif, sampai show bertaraf dunia. Plus, shopping dekat Macau ni murah eh lagi-lagi bagi peminat Popmart. Memang heaven! 

Ni 11 tempat menarik di Macau yang memang worth it: 

1. Macau Tower

Ikon paling famous di Macau mempunyai ketinggian sekitar 338 meter (1,109 kaki). Bila naik atas ni, memang boleh nampak keseluruhan Macau + sebahagian Zhuhai, China especially waktu cuaca clear. 

Aktiviti: 

  • Observation Deck: lebih kurang 223 meter tinggi
  • Bungee Jump platform: sekitar 233 meter (antara yang tertinggi di dunia) & pernah pegang rekod Guinness untuk commercial bungee jump tertinggi
  • Skywalk keliling tower

2. Macau Science Centre

Direka dengan bentuk macam kon futuristik. Muzium interaktif ini sesuai untuk semua peringkat umur. 

Antara aktiviti: 

  • Cuba eksperimen interaktif (hands-on)
  • Masuk planetarium (antara terbesar di Asia)
  • Belajar sains secara fun

Sesuai untuk:

  • Family trip atau korang yang nak indoor activity (especially kalau hujan)

3. Poly Museum at MGM Macau

Walaupun muzium ni terletak di dalam hotel, tetapi ia dibuka kepada umum. Banyak benda korang boleh belajar + sangat aesthetic & instagramble. 

Apa yang menarik:

  • Artifak budaya China yang rare & original
  • Pameran bertema sejarah & seni klasik tapi interaktif 
  • Suasana eksklusif

4. Taipa Grande Viewing Platform (Free Entry)

Ini antara spot free paling underrated di Macau. Terletak atas bukit, view dia memang menakjubkan especially waktu malam.

Apa yang best:

  • Nampak keseluruhan Cotai Strip
  • Kurang tourist, tempat lepak bagi orang local
  • Tempat pun luas, naik atas pakai lift 

Tips:

  • Datang waktu malam atau sunset untuk pemandangan lebih cantik

5. Macao Grand Prix Museum

Macau terkenal dengan perlumbaan jalan raya yang mencabar, iaitu Macau Grand Prix.

Apa yang korang boleh explore:

  • Kereta F3 & superbike sebenar
  • Simulator racing
  • Sejarah pelumba terkenal

Sesuai untuk:

  • Peminat motorsport atau nak pengalaman interaktif

6. Macao Giant Panda Pavilion (Free Entry)

Tengok panda dekat sini free je! Panda-nya real tau bukan replika hihi. Walaupun terletak di tengah bandar tapi ia masih mengekalkan kawasan hijau yang penuh dengan ketenangan. 

Tips:

Datang awal pagi, panda lebih aktif waktu tu

7. TeamLab @ Vertican

Experience seni digital dari teamLab yang terkenal seluruh dunia.

Apa yang best:

  • Room penuh projection interaktif, setiap room ada different tema
  • Visual berubah ikut pergerakan korang
  • Super aesthetic untuk bergambar

Tips:

  • Pakai outfit cerah/kontra untuk gambar lagi standout 

8. The House of Dancing Water Show

Ini antara show paling famous di Asia. Tiket pun sedikit mahal ya tapi memang worth every penny. Korang mesti tak sangka dalam auditorium hotel je tapi boleh buat persembahan yang macam ni. 

Apa yang buat dia special:

  • Pentas air berubah-ubah dengan kedalaman yang berbeza-beza
  • Aksi akrobatik + stunt ekstrem
  • Storyline dramatik macam movie
  • Siap ada show motorcross 

Tips:

  • Pilih seat tengah untuk view terbaik

9. 2049 Show @ MGM Cotai

Show futuristik directed by Zhang Yimou. Bila tengok show ni korang akan tergamam dengan lighting, muzik, teknologi, persembahan pentas dan bermacam lagi. Sedikit art berat tapi fun. 

Apa yang unik:

  • Gabungan teknologi (robotics, projection)
  • Elemen budaya tradisional China
  • Visual sangat cinematic

Sesuai untuk:

  • Korang yang suka art + teknologi 

10. Top Bus Night Tour

Nak explore seluruh Macau? Naik je bas ni… korang boleh pilih juga untuk deck terbuka ataupun tertutup. 

Apa yang korang akan nampak:

  • Hotel & kasino ikonik bercahaya
  • Cotai Strip vibes macam Las Vegas
  • Berhenti untuk tengok watershow 

Tips:

  • Duduk tingkat atas (open top) untuk view terbaik
  • Bawa jaket kalau angin kuat

11. Muzium Macau

Terletak berhampiran Monte Fort, muzium ni antara tempat terbaik nak faham sejarah Macau.

Apa yang menarik:

  • Sejarah penjajahan Portugis
  • Budaya campuran East meets West
  • Pameran interaktif & informatif

Tips:

  • Combine dengan visit Ruins of St. Paul’s sebab dekat je walking distance dan beberapa lagi tempat bersejarah

Sekarang, Macau juga dah jadi tempat pelancongan muslim friendly dengan adanya masjid dan tempat makan halal. Dalam hotel juga tersedia arah kiblat, sejadah dan Al-Quran bagi pelancong muslim. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *