Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024: Rasai Keceriaan Pelancongan dan Budaya dengan Diskaun Hingga 50%!

Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024 bakal berlangsung di Kompleks Kraf, Jalan Conlay dari 25 hingga 27 Oktober dengan pelbagai tawaran menarik!

Sempena majlis prapelancaran yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay hari ini KCCM menawarkan pakej pelancongan yang menarik dengan lebih daripada 100 pilihan dan diskaun antara 15% hingga 50%.

Karnival ini merupakan inisiatif kerjasama antara Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia bertemakan ‘Crafting Holidays’, KCCM 2024 memberikan peluang kepada pengunjung untuk merancang percutian sambil menikmati pelbagai aktiviti seni, kraftangan, dan budaya tempatan. Dari destinasi alam semula jadi hingga pengalaman budaya yang unik, setiap pelancong pasti akan menemui sesuatu yang menarik. Antaranya:- 

Jelajah Destinasi Menarik

Di KCCM 2024, pelawat akan dihidangkan dengan pelbagai pakej pelancongan yang merangkumi aktiviti seperti jelajah warisan, sukan air, selam skuba, dan banyak lagi. Terdapat juga pameran dan jualan produk kraftangan yang boleh ditemui, serta demonstrasi masakan dan budaya. 

Pasar Saloma dan Aktiviti Menarik

Antara tarikan utama karnival ini adalah Pasar Saloma, sebuah platform bagi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mengangkat tema perkampungan Melayu klasik. Pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah tradisional serta produk unik yang berakar umbi dalam budaya Malaysia.

Selain itu, pelbagai persembahan seni dan budaya, termasuk tarian dan demonstrasi kraftangan, akan menghiburkan pengunjung sepanjang acara.

Karnival ini juga menyediakan pelbagai aktiviti interaktif untuk keluarga, termasuk permainan tradisional dan cabutan bertuah. Pastinya, ia adalah karnival yang ideal untuk seisi keluarga merancang percutian sambil menikmati keindahan budaya tempatan.

Kemudahan untuk Pengunjung

Bagi memastikan keselesaan pengunjung, perkhidmatan shuttle disediakan dari lokasi letak kereta Malaysia Design Development Centre (DDEC) dan MATIC terus ke Kompleks Kraf. Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam, MRT dan Bas KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) juga akan berhenti di hadapan lokasi karnival.

Pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma melalui Klinik Bergerak yang disediakan, memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.

Dengan matlamat untuk mencapai 220 juta pelawat domestik pada tahun 2024, Tourism Malaysia berusaha keras mempromosikan pelancongan domestik dan memastikan pertumbuhan sektor pelancongan yang mampan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024! Bersiap sedia untuk merasai keceriaan pelancongan, seni, dan budaya yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, dan TikTok

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *