Hayati panorama kayangan di Gunung Pulai, Bukit Kodiang dan Bukit Chabang

Okay, kali ni salah seorang followers Kaki Travel iaitu Mohd Nizam Zambari ingin berkongsi pengalaman beliau dan rakan-rakannya dalam menyokong semula industri pelancongan & ekonomi negara yang terjejas teruk akibat COVID-19. Sokongan ini dilaksanakan menerusi aktiviti mendaki Gunung Pulai, Kedah dan beberapa bukit di Kedah dan Perlis pada 11-13 Julai 2020.

Dan dengan izinNya, Alhamdulillah kami berjaya mendaki dan selamat sampai ke puncak:
Gunung Pulai, Kedah (620 meter) ✅
Bukit Chabang, Perlis (390 meter) ✅
Bukit Kodiang, Kedah (140 meter) ✅

Pengalaman pendakian 1 Gunung + 2 Bukit yg berbeza diwaktu hujan memang menguji air mata kami untuk jatuh mengalir. Trip ‘kayangan’ kami ini dimulakan dengan menaiki bas express untuk perjalanan ke Baling, Kedah.

11 Julai 2020 – Gunung Pulai, Kedah (620 meter)

– Pendakian kami bermula agak lewat memandangkan ada perkara kecemasan yang tidak dapat kami elakkan.
– Pendakian kedua bagi aku kali ini agak berbeza dengan pendakian pertama pada 5 tahun lepas ketika Gunung Pulai, Kedah ini sedang terbakar ketika itu.
– 10minit pertama kami dihidangkan dengan trek mencanak dengan 70-85 darjah.
– Batu-batu tajam yang kami harungi sepanjang trek ini sedikit sebanyak memperlahankan rentak pendakian so, kami terpaksa beraksi ala-ala spiderman untuk mengelakkan dari bahaya batu tajam ini.
– Setelah mengharungi 2 jam perjalanan trek yg super ‘friendly’ ni, kami berjaya sampai ke puncak Gunung Pulai, Kedah!
– Perlu diingatkan perjalanan ketika turun lebih mencabar sekiranya hari hujan pada sebelah malam dan hujan turun ketika itu.

12 Julai 2020 – Bukit Chabang (390 meter)

– Jam 5.15 pagi, ketika aku masih dibuai mimpi serta kepenatan yang masih belum sempat dipulihkan akibat pendakian di Gunung Pulai, Kedah pintu rumah diketuk beberapa kali oleh kawan kawan dengan ganasnya. Alamak!!! dah lewat!! Cadangan awal kami akan bersolat subuh di Arau sebelum terus menuju ke kaki Bukit Chabang. Alhamdulillah dengan skill mandi kartun dan cara pemanduan aku ketika itu, kami sempat juga sampai awal ke kaki bukit Chabang.
– Bukit Chabang, Perlis ketika ini popular dengan view awan nano atau awan kepul-kepulnya.
– Dengan ketinggian hanya 390 meter Bukit Chabang ini tetap menguji air mata kami untuk menyembah bumi.
– Sama macam Gunung Pulai, Kedah pendakian berbatu tajam, berlubang dan juga curam jadi agak sukar untuk kami menikmati awan nano di puncak.
– Jangan lupa bawa air minuman secukupnya kerana bukit ini akan ‘mendahagakan’ tekak anda dengan cepat!

12 Julai 2020 – Bukit Kodiang @ Bukit Mokcun (140 meter)

– Disebabkan hujan lebat pada petang hari, pendakian kami ke Bukit Kodiang bermula pada jam 6.00 petang dengan keadaan batu-batu licin serta jalan berlumpur.
– Ketika pendakian pertama aku pada 2018, kami hanya mengunakan kaedah ‘rock climbing’ dengan tali-tali yang diikat ke batu Bukit Kodiang tapi sekarang, mendaki di Bukit Kodiang agak mudah kerana adanya tangga-tangga yang disediakan untuk para pendaki.
– Dengan berketinggian 140 meter, pendakian ke puncak Bukit Kodiang ini tidak boleh diambil mudah. Skill rock climbing perlu ada ketika pendakian dijalankan.
– Skill mendaki batu juga diperlukan di samping kekuatan mental fizikal, terutamanya di bahagian lengan dan kaki bagi memastikan anda tidak berputus asa ketika sedang bergayut di batu-batu yang curam ketika itu.
– Setelah selesai menikmati pemandangan panorama jelapang padi dari puncak Bukit Kodiang ini, kami semua selamat turun pada jam 7.45 malam.

Saya kongsikan luahan kata dari kawan-kawan kami;
“Sumpah trek dia amat kejam!”
“Trek berbatu, mencanak-canak, tajam dan gayat”
“Hampir nak menangis tapi belom lagi”
“Tobat lahum x nak repeat dah”

So, make sure mental fizikal semua kental ya baru boleh sampai puncak!

Penginapan: Atesya Homestay

– Mempunyai 2 bilik bagi setiap rumah.
– Keadaan rumah dan sekeliling amat bersih!
– Layanan owner Hj. Shafie yg sangat friendly serta baik kepada semua tetamu homestay
– Berdekatan dengan Bukit Kodiang dan kira-kira 20 minit jarak ke Kuala Perlis.
– Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan di sini boleh hubungi:
Haji Shafie Isa (010-847 3859) atau (013-504 2144)

Haa, menarik bukan? So, korang tunggu apa lagi? Ayuhlah ramai-ramai ke puncak sana! Ajak member korang biar lebih HAVOC okay!


Jangan lupa LIKE Facebook KakiTravel & FOLLOW Instagram @kakitravelnet bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *