Busan Tourism sasarkan lebih ramai pengunjung dari Malaysia melawat ke Busan
Busan, satu lagi destinasi yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Korea Selatan. Implikasi daripada filem ‘Train to Busan’ telah memberi impak kepada nama Busan menjadi semakin dikenali ramai. Walaupun ia merupakan bandar kedua terbesar di Korea Selatan, namun kedudukannya yang berada di pesisir laut serta kadar populasinya yang hanya 1/3 daripada penduduk di Seoul menjadikannya kurang sesak dan lebih tenang untuk dikunjungi.
Baru-baru ini telah berlangsungnya acara “Busan Hugs in KL: Healing by the sea” pada 10 & 11hb Ogos 2024 yang lalu di pusat membeli belah Avenue K, Kuala Lumpur. Ia merupakan program anjuran Busan Tourism Organization yang berertujuan untuk memperkenalkan Busan kepada rakyat Malaysia di Kuala Lumpur.
Pelbagai Program Menarik
Acara Busan Hugs telah menampilkan beberapa aktiviti menarik antaranya:
- Konsultansi mengenai percutian ke Busan
- Promosi Buy 1 Free 1 Visit Busan Pass oleh Klook
- Rancangan Temu Bual
- Tarian K-Pop dan banyak pelbagai aktiviti lain
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Busan Tourism, Mr. Lee Joung-Sil , Malaysia merupakan sebuah pasaran yang penting buat Busan. Ketika ini Malaysia berada di ranking no 1 bagi penjualan Visit Busan Pass di Asia Tenggara serta tempat ke-3 bagi segment pelancongan berkumpulan selepas Taiwan & Thailand. Untuk makluman Visit Busan pass merupakan satu pass yang membolehkan pengunjung berkunjung ke pelbagai tempat tarikan di sekitar Busan. Ia membolehkan pengunjung untuk akses ke mana-mana tempat tarikan yang berada dalam senarai serta pengangkutan terpilih untuk tempoh 24jam atau 48jam tanpa sebarang kos tambahan.
FOKUS BUSAN TOURISM UNTUK TAHUN INI
Antara perkara yang ingin dipromosikan oleh Busan Tourism ketika ini adalah:
- Visit Busan Pass –
- Pass khas untuk para pelancong melawat ke tempat-tempat tarikan
- Gastronomy Tourism
- Busan telah melancarkan Michelin Guide Busan 2024 pada February tahun ini
- Experential Tourism
- Pelancongan sukan marin, budaya Korea, K-pop, K-Beauty dan lain-lain
- Connectivity Tourism
- Pakej-pakej pelancongan dari Busan ke bandar-bandar lain yang berdekatan
Katanya lagi, pengunjung Muslim tidak perlu risau untuk ke Busan kerana ketika ini sudah terdapat banyak restoran-restoran mesra muslim, restoran makanan laut serta restoran ‘vegetarian’ untuk kemudahan pengunjung Muslim. Di Busan juga terdapat sebuah masjid yang dibina sejak tahun 1980 lagi serta terdapat beberapa tempat yang turutt menyediakan kemudahan bilik solat (prayer room).
Mr Lee turut berharap program Busan Hugs in KL : Healing by the sea ini akan membantu menggalakkan lagi kedatangan pelancong dari Malaysia untuk berkunjung ke Busan.