Shibuya Sky – Tarikan terbaru di Tokyo

Shibuya Sky – Tokyo

Shibuya adalah salah satu kawasan tumpuan pelancong di Tokyo, Japan. Ianya popular dengan Shibuya Crossing, iaitu laluan melintas jalan paling sibuk di dunia. Kebanyakkan orang Malaysia kalau ke Tokyo mesti akan singgah ke kawasan ni. Di sini bukan sahaja ada Shibuya Crossing tetapi juga beberapa tempat shopping menarik ada di kawasan ini.

Baru-baru ini, satu tarikan baru telah dibuka di kawasan ini iaitu Shibuya Scramble Square. Fasa pertama Shibuya Scramble Square yang dibuka adalah bangunan 47 tingkat yang terletak bersebelahan Shibuya Station. Bangunan ini mempunyai tempat shopping, pejabat serta pelantar pemerhati. Fasa-fasa lain Shibuya Scramble Square ini dikatakan akan siap menjelang tahun 2028.

Yang menjadi tarikan utama di sini adalah Shibuya Sky, iaitu ruang pemerhati atau observation area. Kawasan Shibuya Sky ini terletak di kawasan rooftop dan dikelilingi oleh dinding kaca. Jadi anda boleh menikmati permandangan penuh bandaraya Tokyo daripada atas Shibuya Scramble Square.

Anda juga berpeluang untuk menaik escalator yang dilitupi oleh dinding kaca. Cuba tengok gambar dibawah, gayat weii..

Gambar : Matcha-Jp.com

Antara view-view lain yang korang boleh tengok dekat Shibuya Sky ni..

Boleh nampak Shibuya Crossing dari atas. | Gambar : Japan-Guide.com
Gambar – Ikdanae-Japan
Gambar – Japan-Guide.com

Tiket masuk ke Shibuya Sky ini adalah 2000 yen untuk dewasa jika anda beli di kaunter. Tetapi jika anda beli online harganya cuma 1800 yen sahaja. Boleh rujuk carta harga di bawah.

*Harga adalah berdasarkan screenshot dari website rasmi Shibuya Scramble Square pada 1hb Dec 2019

MACAM MANA NAK KE SINI?

Oleh sebab tempat ni bersambung dengan Shibuya Station, cara paling mudah untuk ke sini adalah dengan menaiki train. Untuk lebih info boleh tengok gambarajah dan peta lokasi dibawah

PETA LOKASI

Tempat ini dibuka setiap hari dari 9pagi hingga 11malam. Jadi kalau anda ke Tokyo tu boleh la singgah ke Shibuya Scramble Square ni ya, alang-alang korang nak pergi Shibuya Crossing tu kan. Kalau nak view cantik, mungkin boleh pergi sebelum matahari terbenam, jadi anda berpeluang untuk melihat view disiang hari dan juga malam hari.


LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *