Nak bercuti di Jepun? Ikuti 14 tips ini!

Jika anda merancang nak bercuti ke Jepun, atau mungkin baru 1st time menjejakkan langkah di negara matahari terbit itu, anda disarankan untuk mengikuti 14 tips yang dikongsi oleh seorang traveler dikenali Yamin Ismail. Jangan ambil mudah ya sebab once pergi ke negara orang, kita kenalah ikut cara mereka. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak..


1. Visa

  • Kalau ke Jepun tak perlu visa
  • Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari

2. Duit – Yen

  • Lebih elok jika anda tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran lebih baik
  • Boleh juga tukar duit di Jepun sebab turut disediakan mesin money changer

3. Data Internet

  • Disarankan untuk bawa pocket wifi – memudahkan capaian internet
  • Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport, nak lagi senang bawa siap-siap dari Malaysia

4. Pengangkutan

  • Dekat Jepun ini lagi senang kalau anda guna keretapi – beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas
  • Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Senang cakap, setiap keretapi ‘punctual’

5. Makanan Halal

Foto: Funi Japan
Foto: Japan Guide
  • Makanan halal ada ja dekat Jepun tapi tidak di semua tempat
  • Jadinya, lebih selamat kalau anda bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi
  • Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel
  • Kalau lapar sangat – masuk 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysia pun macam ni’.
  • Kalau blur sangat, pergi kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?)
  • Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri
Foto: nucba.ac

6. Penginapan

Foto: Kanpai-Japan

Foto: Japan Guide
  • Bab ni bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, rumah Air BNB, tumpang rumah kawan Jepun. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur
  • Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) dengan stesen bas atau stesen keretapi

7. Berjalan kaki

  • Jika ke Jepun, anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive!
  • Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, β€˜The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka

8. Destinasi menarik di Jepun?

  • Antara yang menarik untuk dilawati adalah di Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, gunung Fuji
  • Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk anda explore
  • Boleh dikatakan hampir 70% muka bumi Jepun adalah hutan dan gunung
  • Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan
  • Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO

9. Bahasa Jepun

  • Elok juga kalau anda reti cakap bahasa Jepun, tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita
  • Contoh paling easy: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen
  • Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.

10. Vending machine

  • Percayalah, dekat sana teramat banyak vending machine ni. Almost 5.5 juta vending machine ada dalam negara tu dan bermacam jenis benda kalian boleh beli.
  • Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences

11. Tandas

Foto: Motto Japan
  • Seperti diketahui, Jepun merupakan antara negara yang menjaga kebersihan. Jadinya, tandas kat sana bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekanpun tak pasti selepas menunaikan hajat
  • Rakyat Jepun memang obses akan kebersihan dan keselesaan
  • Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

12. Masjid/Surau

Foto: Jnto
  • Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau
  • Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari
  • Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat
  • Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk

13. Makan ramen

  • Kalau dekat sana, makan ramen dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Beza kan di Malaysia, rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu
  • Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.

14. Duit syiling

  • Jepun ada banyak dominasi : 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik)
  • Jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Selamat melawat Jepun!


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *