Mulai 1 Jun kena bayar 150-300 Baht untuk masuk ke Thailand
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2023/02/florian-wehde-y3sidWvDxg-unsplash-1024x792.jpg)
THAILAND adalah antara destinasi pelancongan paling popular di Asia hingga mencatat hampir 1.75 juta pelancong dari luar negara pada tahun lalu.
Susulan itu, Kabinet Thailand dilaporkan akan mengenakan bayaran antara 150 baht (RM19.25) dan 300 baht (RM38.45) ke atas setiap pelancong asing berkuat kuasa 1 Jun ini.
Menurut Timbalan Jurucakap Kerajaan, Traisulee Traisaranakul, kutipan itu bertujuan untuk memberikan perlindungan insurans para pelancong dari luar negara.
Katanya, kutipan fi tersebut adalah sebahagian usaha bagi mempromosikan pelancongan selamat di negara terbabit.
Malahan, oleh kerana pelancongan merupakan sektor penting di negara ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu, kutipan bayaran tersebut juga bertujuan untuk membiayai kos pembangunan serta penyelenggaraan tempat tarikan pelancongan.
Kutipan fi tersebut sekali gus meletakkan Thailand dalam senarai 40 negara di dunia yang mengutip bayaran daripada pelancong asing.
Tak perlu bayar fi pelancong jika..
Meskipun fi pelancong asing akan dikuatkuasa tidak lama lagi, namun terdapat beberapa golongan yang dikecualikan daripada kutipan tersebut. Berikut merupakan senarai golongan yang tidak dikenakan fi pelancong asing:
- Memiliki pasport Thailand / pasport diplomatik / permit kerja / permit kerja khas (untuk golongan profesional tertentu)
- Kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah
- Penumpang transit
- Pelancong harian
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2023/02/norbert-braun-FQywpXw0PmE-unsplash-1024x867.jpg)
Jadi, adakah anda setuju dengan kutipan fi di Thailand? Komen dibawah ya!