Naik Skywalk sambil melihat ‘awan karpet’ di Betong, Thailand
Buat kalian yang gemar menikmati panorama keindahan alam semesta, apa kata anda bercuti ke Betong yang terletak di Selatan Thailand.
Di sana anda berpeluang merasai pengalaman melihat ‘awan karpet’ yang terbentang luas dan sangat menakjubkan menerusi Skywalk yang terletak di puncak bukit, Aiyerweng
Tak tahu bagaimana nak kesana? Jom ikuti perkongsian sis Ruby Azreen yang bercuti disana bersama keluarga.
- Day 1
- Perjalanan kami dari Kijal – Jeli – Gerik – Pengkalan Hulu – Betong mengambil masa lebih kurang 8 jam.
- Jam 10 pagi sampai di border dan urusan passport selesai tak sampai 10 minit, dari border perjalanan ke hotel lebih kurang 15 minit.
- Alhamdulillah tak susah nak cari kedai Halal dan makanan yang sangat sedap dan murah
- Cuaca dari petang hingga malam hujan jadi kami tak dapat nak ke mana-mana. Nasib dapat jumpa pulut ayam dan pulut mangga yang sedap berdekatan dengan hotel.
- Day 2
- Keesokan hari jam 5 pagi setelah solat subuh kami memecut ke Skywalk Aiyerweng perjalanan mengambil masa sejam.
- Jalan yang penuh liku dan berkabus memerlukan skill pemanduan yg bijak! haha
- Sampai di sana kena parking kereta dan naik tut² dgn bayaran 20 bath seorang. Nasib tak ramai sangat yang beratur masa tu.
- Diwajibkan sewa kasut mcm doktor selalu pakai di bilik bedah tu, sepasang 20 bath.
- Hujan renyai² tapi masih ada kabus dan awan kepul².
- Time kat sini kena posing sakan waktu diberi cuma 7 minit untuk satu group.
- Selesai berposing kami turun balik dengan tut² dan bersarapan di kedai² yang banyak ada di kawasan parking. Nasi kerabu dia dah laa sedap murah pulak tu 15 bath sepinggan
- Sempat beli petai lagi weh!
- Perjalanan kami diteruskan ke Yala. Dari Betong ke Yala mengambil masa sejam.
- Sempat singgah di Bang Lang. Empangan yang cantik.
- Sampai di Yala kami jalan-jalan sambil cari makan. Pekan kecil tapi seronok tengok suasana penduduk di sini. Kami beli ikan bakar cicah sos hijau Thai perghhh sedap gilos! Ikan tenggiri bakar cuma 9 ringgit seekor.
- Day 3
- Bersiap kemas untuk pulang. Masa ni kami borong macam² di 7E. Wajib bawa pulang susu Meiji, Yogurt dan jajan²
- Sampai di Golok jam 12.30 tengah hari, orang pun tak ramai jadi sekejap ja urusan passport.
Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net
stay hotel mna sis