Fun Rafting bersama si kecil di Gopeng Glamping Park – Perak

Rasanya pasti ramai yang dah mula jemu bekerja dari rumah atau mungkin stress hadap jem di bandar-bandar besar. Apa kata anda ambil ruang sedikit untuk nikmati percutian yang menenangkan fikiran anda seketika. Mana tahu lepas balik bercuti anda jadi lebih bermotivasi nak hadap kerja! haha.. Okay kali ini kami nak kongsikan pengalaman sis Nadirah Rustam bercuti dengan keluarganya di Gopeng Glamping Park yang terletak di Gopeng, Perak. Haa.. yang stay Perak tapi tak pernah pergi glamping tu.. meh baca perkongsian ini!

Di sebabkan saya jenis yang sukakan outdoor activities sejak dari sekolah lagi, so percutian kali ini saya angkut sekali satu keluarga untuk merasai alam nature bersama. Kami menginap di Gopeng Glamping Park ini selama 3 Hari 2 Malam. Kawasannya boleh dikategorikan sangat cantik, bersih dan kemas! Makanan dekat sini pun boleh tahan sedap dan service memang superb!! Alhamdulillah, sepanjang kami kat sana, siang panas elok. Malam pun cuaca best. Hujan sikit waktu malam memang sejuk la tidur hehe..

Penginapan & Fasiliti

  • Disini terdapat kira-kira 15 khemah. Kami pilih untuk bermalam dalam khemah yang jenis besar dan luas. Dalam khemah kami stay itu disediakan:
    • 2 tilam queen + comforter and pillows
    • 2 kipas
    • 1 extension with USB charging
  • Toilet pula jenis sharing diluar ; tak jauh pun dari khemah kita, kalau nak pergi malam-malam pun okay ja sebab ada lampu terang-benderang – ada shower, heater dan hair dryer
  • Kat sekitar kawasan ini juga disediakan hammock
  • Boleh lepak-lepak di tree house sambil main permainan tradisional seperti congkak dan main trampoline. Turut disediakan bean bag yang sungguh selesa

Makanan sedap-sedap!

  • Sebabkan kami ambil full board package on weekend, makanan disediakan seharian di kafe (breakfast, lunch, hi tea dan dinner)
  • Makanan dekat kafe ini sedap-sedap! Paling saya suka adalah masa dinner – bbq; mushroom soup yang disediakan tu sedap macam kat pizza hut, lamb bbq sauce very nice, garlic bread served hot!

Jom cuba aktiviti water rafting!

  • Di Glamping Gopeng Park ini terdapat banyak aktiviti yang menarik boleh anda cuba dan kebanyakkannya adalah aktiviti yang melibatkan air
  • Sebabkan saya datang bersama anak-anak, so saya cari aktiviti yang ‘Kids Friendly’ seperti Fun Rafting; flat water katanya tapi kita lalu 3,4 jeram air jugalah masa water rafting ni..
  • Water rafting ni selamat sebab ada guide yang ikut sekali.. dia berpengalaman bab-bab ni dan masa aktiviti tu, dia memang banyak jaga budak budak instead of adults sebab budak ni ringan senang melantun bila lalu jeram berbatu kan
  • Memang best guys! Lenguh tangan nak rowing.. rasa nak tercabut! haha..
  • Ada juga aktiviti berbasikal kat sini, ada basikal yang free dan ada juga yang boleh disewa (RM5 untuk 3 jam)
  • Waktu malam pula boleh tengok fire show 🔥

Jika anda belum pernah membawa anak anak atau anda sendiri tak pernah lagi cuba enjoy nature, saya suggestkan anda untuk cuba GLAMPING (glamour camping). Trust me, you will surely fall in love and wanna come again! Have fun guys!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

1 Response

  1. Jue says:

    Hi sis, berapa ya harga water rafting?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *