Nikmati ‘Oyster’ segar di Tiram Sungai Merbok

Tiram Sungai Merbok

Negeri Kedah sangat popular sebagai negeri Jelapang Padi. Namun, sebenarnya di Kedah terdapat banyak lagi ‘hidden gems’ yang menarik untuk diterokai. Antaranya adalah kawasan Jerai Geopark, iaitu salah satu daripada dua geotapak warisan di negeri Kedah.

Baru-baru ini kami sempat melawat ke Tiram Sungai Merbok, salah satu produk di dalam kawasan Jerai Geopark. Tempat ini merupakan ladang ternakan tiram yang dikelilingi oleh kawasan paya bakau di muara Sungai Merbok. Tiram Sungai Merbok bermula sebagai tempat menternak tiram yang kemudiannya dijual ke pasaran, namun sekarang ini ia telahpun berkembang menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Jom belajar kenal tiram!

Di Tiram Sungai Merbok ini, terdapat beberapa aktiviti yang menarik boleh anda cuba. Antaranya seperti mengenal jenis-jenis tiram, belajar cara membersihkan tiram dan yang paling seronok adalah mencuba tiram yang segar dari ladang! Selain itu jika anda datang berkumpulan, anda juga boleh membuat aktiviti menangkap ketam serta menanam pokok bakau.

Fakta menarik mengenai tiram!

  • Tiram lebih subur jika diternak dalam air paya bakau. Oleh itu, kena pastikan air sentiasa dalam keadaan bersih
  • Kalau anda nak makan tiram, kena pilih tiram yang berusia atas setahun
  • Tiram yang diternak kena selalu dicuci dan digoncang. Tujuannya adalah untuk membuang selut, menjadikan tiram berbentuk mangkuk dan mengelakkan tiram melekat antara satu sama lain
  • Tiram harus digoncang sewaktu dicuci namun cukup dilakukan satu minggu sekali sahaja
  • Antara faktor yang menyebabkan tiram mati adalah kerana air kotor dan diserang oleh ketam. Untuk keselamatan, tiram-tiram tersebut harus ditutup dengan jaring
  • Setiap bulan, kesemua tiram yang berada di Tiram Sungai Merbok ini akan dilabelkan gred mengikut saiz

Nikmati tiram ‘fresh’ dari ladang!

Kalau anda ke Tiram Sungai Merbok, tak sah jika anda tak cuba makan tiram! Anda boleh pilih sama ada nak makan secara mentah ataupun yang telah dikukus. Kalau untuk anda yang pertama kali mencuba, mungkin boleh cuba tiram kukus dahulu. Selain itu, di sini juga ada restoran yang menyediakan hidangan makanan laut lain seperti ikan siakap, kerapu, ketam nipah, udang dan banyak lagi.

*Sekiranya anda ingin menikmati makanan di restoran, sila hubungi pihak restoran terlebih dahulu bagi membuat tempahan makanan.

  • Waktu operasi restoran: 10 pagi – 6 petang (tutup hari Jumaat)
  • Harga tiram (mengikut saiz) RM5-RM20/ per unit

Alamat :
Tiram Sg Merbok
Kg Sungai Batu Besi, Lembah Bujang,
Merbok, Kedah
No telefon : 019-5130119 (Pak Su) / 013-4213253 (Maksu Hamidah)

Facebook : Tiram Sg Merbok | Instagram @tiram.sg.merbok

Sebenarnya berdekatan dengan tempat tiram ni ada banyak lagi tempat menarik, boleh tengok di video di bawah:

Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *