Nikmati citarasa Thai-Cina di Aloq Staq Bamboo Garden

Bila sampai di Alor Setar, semestinya nak cari juga makanan masakan Thai, selain masakan Kedah yang popular. Mana tidaknya, negeri yang mempunyai banyak sejarah dengan Siam ini mesti original masakan Thai di sini. Bayangkan pula masakan thai itu bergabung dengan masakan Cina, mesti sedap kan? Tapi, nak cari kat mana? Di tengah-tengah Alor Setar ini terdapat restoran masakan Thai dan Cina yang halal dan cukup sedap. Kedainya bernama Aloq Staq Bamboo Garden yang terletak bersebelahan saja dengan Masjid Zahir. Sangat strategik lokasinya. Lepas solat boleh terus makan disini.

Bersebelahan saja dengan Masjid Zahir dan Menara Jam Besar Alor Setar

Dari luar suasana restoran ini nampak sempoi dan tenang tapi makanannya fuhh… seperti makan di kedai mewah! tapi harganya memang berpatutan.

Restoran Aloq Staq Bamboo Garden

Terdapat banyak menu signature di sini antaranya Tom Yam Kepala Ikan, Ikan Bersirih Daun Kaduk, Udang Butter Milk Dry, Sotong Telur Masin dan yang paling unik adalah Daging Harimau Menangis. Sebab apa nama dia macam ni? Sebab korang rasa nak menangis makan lauk daging ni. Cukup rasanya ada pedas, masin dan masam semuanya sebati.

Daging Harimau Menangis
Udang Butter Milk Dry
Tom Yam Kepala Ikan
Broccoli Mushroom
Kerabu Mangga

Apa yang menarik tentang masakan di restoran ini adalah cara masakannya yang asli dengan bahan seratus peratus semulajadi tanpa menggunakan MSG. Gabungan masakan Cina dan Thailand ni bukan saja beri rasa yang unik malah, lauk-pauk yang dimasak semuanya berkhasiat dan bahannya semua fresh-fresh. Contohnya menu sotong telur masin ini, walaupun ia adalah menu yang biasa terdapat di restoran lain tapi rasanya lain dari yang lain kerana ia menggunakan telur masin yang asli tanpa perisa atau bahan-bahan MSG lain yang membuatkan sotong telur masin ini sangat asli kemasinannya.

Sotong Telur Masin

Kalau nak tahu, Aloq Staq Bamboo Garden ini telah beroperasi kurang dari setahun tapi pengunjungnya sudah kenal dengan masakan di restoran ini melalui restoran pertamanya yang dikenali sebagai Summit Bamboo Garden Chinese Thai Restaurant yang terletak di dalam Summit, USJ. Restoran itu cukup terkenal dan telah pun beroperasi semenjak 5 tahun lalu. Malah, Summit Bamboo Garden Chinese Thai Restaurant juga mendapat rating yang tinggi di Google. Service kedua-dua restoran ni pun ramai yang puji kerana tuan kedai ni memang peramah. Jadi untuk orang utara dan siapa-siapa yang berkunjung di Alor Setar, kini dapat juga makan makanan restoran tersebut di Aloq Staq Bamboo Garden. Tapi ape yang best, harga di sini dikatakan lebih murah dari restoran di KL!

Jadi, korang yang datang Alor Setar tu, kena datang makan di Aloq Staq Bamboo Garden!

Waktu Berbuka

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *