Panduan untuk bawa kereta dari Malaysia ke Thailand
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk memandu ke Thailand. Antara destinasi popular adalah Hat Yai. Namun ada juga yang memandu hingga ke Krabi, Phuket hinggkan ke Hua Hin. Disini kami nak kongsikan sedikit panduan atau tips untuk korang yang nak bawa kereta ke Thailand.
[Dapat kan insurance kenderaan untuk masuk ke Thailand di Gothai Insurans Dan Dokumen Pass Ke Thailand]
Pintu Sempadan di Rantau Panjang
Jika anda hendak memandu ke Thailand, 3 benda penting yang perlu ada bersama anda adalah
1.Passport
Standard seperti anda nak masuk ke mana-mana negara. Mesti masih belum tamat tempoh (6 bulan sebelum tamat tempoh). Isi borang ketibaan dan cop passport dikaunter. Borang ketibaan kalau tak pandai isi, ada kaunter yang boleh isi tapi diorang mintak RM 2.(isi sendiri free:mudah dan ringkas jer maklumat).
2.Sijil Pemilikan Kenderaan
Kata mudah adalah geran kereta. Kalau tak ada original, sila pergi ke JPJ tempat korang dan request salinan. Sekejap sahaja korang dapat copy dengan harga RM50 (sila rujuk gambar salinan geran dari JPJ).
Note:
~Salinan photocopy geran sesetengah pintu masuk dah tak terima.
~ Tolong jangan liminate geran korang.Pernah tengok kastam Thai reject permohonan masuk sebab geran dah liminate.
~ Sesiapa yang membawa kereta atas nama orang lain perlu surat akuan sumpah yang lengkap(kalau tak kereta korang tak boleh masuk). Ada kes kereta kena sita sebab masalah pemilikan.

3.Insurance kereta Thailand
Kalau korang nak bawa kereta ke Thailand, Insurance ni adalah wajib. Boleh beli di pintu sempadan Malaysia atau di kaunter semasa diorang nak isu simplified customer declaration form.
Harga ada untuk setahun, 6 bulan atau seminggu. Biasa ambil setahun insurance harga dalam RM90.Untuk jenis pergi sekejap boleh minta seminggu dalam harga RM20.
Bila korang dah cop passport terus pergi special kaunter untuk kemasukan kereta. Bagi passport dan geran kereta.Disini korang boleh beli insurance (biasa diorang offer).Diorang akan keluarkan Simplified customer declaration form(rujuk gambar)untuk korang.
[Dapat kan insurance kenderaan untuk masuk ke Thailand di Gothai Insurans Dan Dokumen Pass Ke Thailand]

Note:
Untuk kali pertama masuk diorang ambik masa lama sebab kena key in dalam sistem diorang. Yang biasa masuk,data dah ada jadi terus diorang printkan simplified customer declaration form.
Next dan last stage korang pergi minta cop dekat Pegawai diorang yang dekat luar.Biasanya diorang akan tanya mana kereta untuk pastikan betul .Diorang akan cop dan kita kena sign macam perjanjian (korang baca dalam form gambar rujukan).
Taraaa. Siap dan korang dah boleh masuk Thailand.
Oh, Jangan lupa bagi balik simplified customer declaration form masa cop passport keluar.Kalau tak,korang kena denda base hari.Masalah akan timbul bila korang nak masuk balik next time.๐

*Tips ini ditulis berdasarkan pengalaman membawa kereta ke Sungai Golok dari Rantau Panjang Kelantan .
*Lesen Antarabangsa tak diperlukan sebab lesen kita valid dekat sana.So far, beratus kali masuk sana tak pernah timbul isu lesen๐๐ผ.
[Dapat kan insurance kenderaan untuk masuk ke Thailand di Gothai Insurans Dan Dokumen Pass Ke Thailand]

Tips ini dikongsikan oleh seorang followers Kaki Travel iaitu Krik Alfie
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea untuk planning pengembaraan korang!