11 Hari Mengembara ke Greece – Itinerary & Kos

Itinerary Greece – July 2019 (summer) untuk 11 hari 10 mlm

Greece, salah satu negara cantik dekat Europe tu. Negara ni penuh dengan peninggalan sejarah. Tempat-tempat seperti Santorini, Mykonos, Athens mula menjadi perhatian rakyat Malaysia. Disini kami kongsikan Itinerary 11 hari yang dihantar oleh followers Kaki Travel, Stenn Closen untuk rujukan korang yang mempunyai hajat untuk ke Greece.


Day 1 (10/07/19)

Kuala Lumpur – Singapore – Athens. Transit kat Singapore dlm 3 jam 30 min.
Penerbangan dari KL ke Singapore tu santai2 ja lah sbb 40 min dah smpi. Tapi from Singapore to Athens, bnyk movie dah ON pun tak smpi2 lagi.. mereput 13 jam dlm plane. We fly with FlyScoot. Utk yg prefer mknn halal, don’t worry sbb FlyScoot mmg serve mknn halal. FlyScoot ni lbh kurang mcm Air Asia X. No entertainment. Layan je lah movie kat hp or tab tu.

Day 2 (11/07/19)

Landed at Athens International Airport . And then ambil airport transfer (15 euro/car) utk ke apartment (Apartment Efi). RM243/night. Apartment dia ok. Not bad! Hehe. Dekat dgn beach (Artemis beach). Jalan kaki saja. Kalau yg prefer mknn halal, tempat ni agak susah nak cari mknn halal. Better memasak!

Day 3 (12/07/19)

Fly from Athens to Santorini. Flight kitorang jam 7 pagi. Timing flight dorg mmg bnyk yang awal pagi ataupun tengah malam. Untuk kos penerbangan ke Santorini, RM460/pax. Penerbangan cuma dlm 45 min jak!. Mcm Langkawi to KL sja lah. Oh ya, kami naik Ryanair airlines. Utk Ryanair, please check in online awal2 iaitu at least 2 jam sebelum boarding, kalau tak, nanti masa kat airport, dorg akan charge 62 euro!!! Ntah lah napa mahal sgt ..pada hal print boarding pass ja pun. Hmm. Ryanair ni agak sempoi. Dorg tak kisah ko slim or tak slim..hensem or tak hensem. Boleh jadi cabin crew dorg! Hehe.

Dalam flight tu dorg macam terkejar-kejar…sound untuk buat safety demonstrate dalam flight dah start, tapi ada crew yg belum ready..ada yg baru nak berlari utk ambil tempat. Dah start beberapa saat, crew bru ada.haha!. Dlm pukul 7.45 pagi, maka sampai lah Santorini airport. Airport dia kecik jak. Tapi yang penting ok lah kan. Hehe. Proceed with airport transfer (35 euro/car) untuk perjalanan lebih kurang 40 minit untuk ke hotel.

Kami stay kat Heliophos Boutique Hotel (Oia, Santorini) untuk 2 malam. Actually lebih kurang macam apartment. Kami dapat 2 tingkat. Satu katil kat bawah and satu kat atas. Hotel ni not bad. Views lawa. Hotel pun lawa. Boleh memasak. Tapi hotel kat Santorini memang semua mahal. Yang kami dpt ni RM850/night . Ni pun jauh sikit daripada city tapi city still walking distance. Kami pegi masa summer yang dikira peak season. Kalau season lain terutamanya masa winter mungkin lebih murah. Nasib kirorg baik sebab walaupun sampai hotel awal, auntie tu bagi kami check ni sebab hotel dah kosong. Hotel ni jugak provide breakfast. English breakfast ja lah yang more to bread and eggs. Lepas settle breakfast, terus pegi Oia city. Kami jalan kaki je. Not so far dan tak terasa jauh pun sebab views semua lawa-lawa (excited sepanjang jalan).

Untuk ke Santorini ni, pakai lah baju2 or dress2 yg lawa2 sbb memang setiap pelusuk Santorini ni sangat sesuai utk OOTD! Penat heyyy bergambar…tengok kiri, kanan, depan dan belakang semua cantikkk…biru dan putih tema color di Santorini. Ramai yg dtg utk photoshoot disini…Serius masa mula2 sampai Santorini, boleh dikatakan ada yang macam kena Histeria sebab terjerit sana sini, kagum dgn kecantikan terukkk Santorini! Haha…kalau boleh dpn toilet pun nak bergambar! So day 1 kat Santorini ni, kami berjalan kaki round2 smpi penat. Dalam beberapa jam saja, dah habis pusing Oia.

Kalau korang datang Oia Santorini ni, pastikan datang ke Three Blue Domes. Mmg cantik view area blue domes ni. Jangan ditanya apa point of interest Santorini sebab semua tempat dia cantik. Come and see. Cuma ada satu je problem datang Santorini ni.

Ok sebelum tu, sedikit cerita pasal Santorini, ianya terletak di persisir Aegean Sea. Dulu pernah terjadi letusan gunung berapi yg sangat dahsyat sehingga telah mengubah landscape pulau Santorini. Bentuk muka bumi Santorini ni pun banyak dipengaruhi oleh letusan gunung berapi yang pernah berlaku. Mungkin tu sebab sampai sekarang, rumah dorg semua diperbuat daripada batu untuk menahan lahar gunung berapi. Berbalik kpd problem yang saya cakap tadi, tempat dorang memang cantik tapi local people dia tak friendly. Semua muka ketat. Pegi cashier bayar barang pun ada yang tak senyum even nak say thank you pun tidak. Muka dorang muka stress sebab mungkin dorang stress ramai sangat pelancong datang sehinggakan tempat dorg sesak. Santorini akan sangat sesak masa summer terutamanya masa sunset. Semua nak kuar tgk sunset.

Itinerary – Greece

Day 4 (13/07/19)

Hari kedua di Santorini, after breakfast, kami meneruskan explorasi (chewahh) kami di bumi Santorini. We decided to walk from Oia to Fira Santorini. Memandangkan muscle kaki kami ni semua tagap, jadi we are ok to walk/hike for 11 KM! Haha… tapi ramai ja mat salleh berjalan kaki from Oia to Fira…memang tak rugi. Sangat berbaloi dengan kepenatan dan kepanasan yg kami dapat. Sceneries dia ya ampunnnnnn rasa nak duduk lama2 and tenung jak. Tak tau nak kata apa, meh lah datang tengok sendiri. Sikit2 stop ambil gambar..Sikit2 stop bergambar.

Fira ni salah satu city di Santorini. Kepada sesiapa yang nak datang Santorini dan prefer nak duduk bandar yg lebih happening dan besar, boleh duduk di Fira. Kalau yang prefer nak santai dan tenang, boleh stay di Oia. Di Fira dia ada serve makanan halal (check it out Parea Tavern, Jaipur Palace, Nick The Grill, Naoussa and Bayiatiko). Tapi highly recommended untuk memasak sendiri kalau nak jimat. Di Fira, view pun banyak lawa dan rumah2 tradisi pun cun melecun! Selagi Aegean Sea tu ada, dan selagi yang dinamakan Santorini tu ada, tempat tu tetap cantik!.

Untuk barang-barang yang dijual di pasar raya dorang macam buah, sayuran, memang murah…10 euro boleh dapat banyak barang dekat market. 10 euro dah lebih daripada cukup utk barang-barang memasak. Kalau korang malas berjalan semasa di Santorini, korang boleh download apps “Aegean Taxi”. Kat sini takde grab tapi Aegean Taxi ni akan berfungsi sama seperti grab car. Book online and the driver will come to fetch you. Tapi jangan cancel after dah call sebab dorang akan charge. Kalau tak silap dalam 2 euro charge. Duit juga tu.

Day 5 (14/07/19)

Check out from Santorini and flew to Athens. Rasa sekejap sangat flight ke Athens. Macam 30 min dah sampai. Sampai di Athens airport, pick up kereta sewa. Kami ambil dgn Lotus company. Dorang takde ofis di airport. Kena call dorg datang and baru dorg akan datang ambil untuk bawa ke ofis dorg. Dalam 10 ke 15 min juga from airport. Kalau nak senang, better sewa kereta yang ada ofis kat airport mcm Hertz, Avis etc. Senang nak berurusan. Tapi memandangkan masa booking, Lotus offer harga yang paling murah, so ambil yang ni jak lah.

Kami booked Hyundai Elantra tapi dibaginya Toyota Yariz. Tapi takpe lah. Yang penting condition kereta tu tip top! Nasib baik muat! So dapat kereta, terus drive ke Meteora. Perjalanan dalam 3 jam setengah dari Athens. Power gak kereta ni. Naik bukit mantap and kat highway pun laju. Kat Greece, kami isi minyak guna Shell (kecuali memang dah tak jumpa shell). Tapi harga dorang tak sama. Lain stesen lain harga. Normally dlm 1.6 euro / liter. Tapi ada yang 1.5 euro / liter juga. Ikut kawasan. Makin ke bandar, makin murah skit harga minyak dia.

Untuk Toyota Yariz ni, memang sangat jimat! 35 euro dah penuh. Jalan jauh tapi boleh tahan hampir 3 hari. Nak isi minyak sini senang sebab sampai stesen, dah ada org yang tolong isikan. Tinggal hulur duit jak. Tapi jangan terkejut, staff yang kerja isi minyak kat Greece semua muka artis. Ada yg muka macam Thor! Hehe. Kat highway macam every 5km, ada je toll. So duit syiling sangat berguna kalau nak lalu toll. Paling mahal toll yang kami lalu ialah 3.75 euro. Dan baru tau Greece ni sangat banyak terowong.

Panjang teruk pula tuu. Terpaksa tanggal sunglass bnyk kal. Ingatkan Norway yang banyak terowong. Ni kali kedua drive di Europe, so rasa macam dah biasa hehe. Yang 1st time drive di eropah tu, be careful terutamanya di pekan kecik or masa lalu round about. Takut confuse dengan simpang dorang. Contoh kalau di round about, kat Malaysia kita pusing start kiri, tapi kat sini dorg pusing start kanan. Dan of course steering dorg sebelah kiri dan lane ikut kanan. By the way jalan raya dorang cantik!.

Drive kat highway takde problem. Maka sampai lah di Meteora. Check in kat Spartacus House. RM231/night. Hotel dia selesa dan view lawa. Cuma tak boleh memasak. Meteora terkenal dgn kewujudan batu2an besar yg semulajadi…view di Meteora jadi lawa disebabkan kewujudan batu2 besar tu. Dan di Meteora wujudnya Orthodox Monastery. Ada 6 monastery sini. Kami sempat masuk 2. Fee untuk masuk dalam 3 euro/pax. Kalau korang rajin, masuk lah semua. Tapi lebih kurang sama je dalam. Cuma view yang berlainan. Untuk lebih detail, korang boleh google pasal monasteries ni. Memang boleh buat org speechless dan rasa kagum dengan kehebatan org zaman dahulu untuk bina kesemua monastery ni. Monastery dibina di atas batu2an yg besar! Tgk pemandangan sekitar Meteora ni pun dah ckup buat org speechless! Lawa yg teramat!

Itinerary – Greece

Day 6 (15/07/19)

After breakfast dan check out, kami ke monastery. Sempat pegi 2 monastery sebab dalam setiap monastery tu spent agak lama sebab kami kan rajin membaca . Kagum tengok sejarah2 lama dan kagum dengan view daripada monastery. Serius lawa terok! Dan tenang setenang tenangnya tempat ni. Kami cuma pergi Great Meteor monastery dan Varlaam monastery. Lepas tu balik ke pekan Meteora (also called Kalambaka) for lunch and top up souvenir sikit. Orang-orang kat Meteora ni agak peramah skit . Lepas dah settle, kami terus gerak ke Zagori. Ingin merasa suasana kampung di Greece katanya. Dalam 3 jam driving, maka sampai lah di Zagori. Check in kat Aloni guesthouse. Gusthouse ni terletak di Ano Pedina, salah satu daripada village di Zagori. Tmpt ni sangat tenang. Pencemaran bunyi zero! Ada yang datang sini hanya untuk duduk santai, reading dan writing. Dorang tak kuar berjalan pun kecuali pergi makan.

Harga guesthouse ni dalam RM185/night. Kalau nak add breakfast, tambah 4 euro per head. Kami stay 2 malam sini. Memandangkan waktu siang panjang di musim summer, so day 1 kat Zagori kami still sempat pegi berjalan. Kami ke Papingo rock pool. Tempat ni unik dan cantik. And then santai2 di Voidomatis River. Cantik sungai ni!!! Kami pegi masa summer tapi view river ni dah lebih kurang macam autumn. By the way untuk drive di sekitar Zagori ni, kena more extra careful sebab banyak selekoh2 tajam. Tajam yg tak boleh dibawa bincang!.

Day 7 (16/07/19)

Still in Zagori. Pegi ke kampung-kampung sekitar Zagori. Morning proceed to Monodendri village. Apa yang ada di Monodendri?? Sini lah terletaknya Vikos George and Vikos Canyon (diiktiraf sebagai world deepest canyon in 1997). Daripada parking, cuma perlu berjalan sejauh 600 meters untuk sampai ke viewpoint Vikos. Dekat viewpoint tu pun ada monastery (Monastery of Agia Paraskevi). Kalau banyak masa boleh singgah. After Monodendri, proceed dgn misi mencari stone bridge or traditional bridge kat area Zagori. Banyak stone bridge sini. Antara yang kami jumpa, Noutsos bridge/Kokoris bridge. Bridge ni unik and cantik. Bridge ni menghubungkan 2 batuan bukit yang memang tinggi!. By the way rumah-rumah kat Zagori ni pun sangat cantik. Ada yang macam castle! After done sightseeing area Zagori, terasa pula nak memasak malam nanti, so pegi lah ke Ioannina. Ioannina ni bandar yg paling dkt dgn Zagori (30km) kalau nak membeli belah, cari supermarket or anything. Tak perasan kewujudan bandar ni dalam peta, sampai Ioannina, tiba2 speechless…lawaaaa sih tmpt ni!!! . Tepi tasik dan dikelilingi dengan gunung. Puhh! Apa lagi, terus lupa misi mencari saki baki bridge di Zagori…so kami terus lepak Ioannina sampai ke malam. Lagipun Ioannina ni banyak gift shop. Berbalik kepada Zagori, sebenarnya sesiapa yang minat hiking tu, boleh lah datang Zagori. Banyak tempat untuk hiking. Kalau ada masa lebih, boleh lah hike ke Dragon Lake Zagori. Memang cun!

Itinerary – Greece

Day 8 (17/07/19)

Check out from guesthouse (Zagori) and terus pegi ke Ioannina. Semalam tak habis pusing. Hehe. Kalau yang ada masa lebih, actually from Ioannina boleh drive (around 3jam 30min) terus ke Albania. Daily bus pun ada untuk ke Albania from Ioannina. Start lepaking in Ioannina dengan lepak2 bawah maple trees sambil layan view lake and mountain. Memang awesome! Tenang setenang tenangnya!. By the way di lake Ioannina ni banyak sangat maple tree. Kalau datang masa autumn, maka bermandi lah korang dengan daun maple tree. Sure cantik sampai kuar semua air mata kewanitaan dan kejantanan. Untuk yang minat sejarah, boleh proceed untuk ke Ioannina castle. Ada ruin castle (zaman Ottoman dan Byzantine) yang memang banyak sangat sejarah. View kat castle pun cun!

After done kat Ioannina, maka bertolaklah kami ke Thessaloniki. Perjalanan dalam 2 jam 50min. View from Ioannina to Thessaloniki memang lawa! Banyak stop juga ambil gambar…tapi kena disiplin lah kalau nak sampai cepat. Sampai bila mau sampai kalau asyik stop kan!. Sunflowers pun ada dengan ladang yang besar! Cantikkk (penumpang 2 orang ni menjerit jerit lah minta stop bila lalu ladang sunflowers, so stop lah ambil gambar). Dan yes, memang kami jak yang stop. Orang lain buat dun know. Around 5.30pm, sampai lah Thessaloniki. Check in kat Art Home Panorama apartment. Around RM 222/night. Apartment ni cun melecun! Puas hati. Kitchen besar dan lengkap. Apartment luas. Semua bilik luas plus ruang tamu! Owner dia orang Pakistan tapi pernah kerja di Brunei around 12 tahun.Malaysia pun pernah jadi “play ground” dia. So owner dia pandai cakap BM. Owner dia baik. So this apartment is highly recommended! Hilang rasa penat bila masuk apartment ni!. Masak pun bersemangat bila ada kitchen yang lawa. Settled mkn, around 8pm, sempat kuar city lepak2 area Thessaloniki waterfront and layan sunset. 9.15pm bru sunset (summer season).

Day 9 ( 18/07/19)

Check out around 9am. Singgah jalan2 area Thessaloniki city & waterfront. Pegi ke landmark utama Thessaloniki iaitu White Tower. Tower ni dibina sekitar tahun 1430. Dulu White Tower ni berfungsi sebagai sea walls. Biasa lah zmn perang kan. Thessaloniki dah bnyk persamaan dgn Macedonia sebab berjiran ja. Thessaloniki dah considered as region of Macedonia. Boleh drive ke Skopje, Macedonia from Thessaloniki dlm 2 jam 50min jak. Antara tarikan di Thessaloniki selain White Tower, ada Statue Alexander the Great, Aristotle Square, Church St. Demetrios, Rotunda, Hagia Sophia (Greece pun ada Hagia Sophia ya…selain Turkey). Kat Thessaloniki, Hagia Sophia masih digunakan sebagai church. Seni bina dorg mmg cantik menarik! Dan banyak lagi tempat2 dan bangunan bersejarah di Thessaloniki tapi yang tu ja lah sempat kami pegi (boleh google). Yang bestnya, semua walking distance. Takat 1km tu boleh aja kan. Dalam pukul 1pm, drive ke Athens…dalam 5jam driving (around 530km). Smpi kat Athens around 6pm and pulangkan kereta. Masa nak pulangkan kereta tu, make sure kereta tu tak kotor sangat (kalau kotor kena charged) and make sure deposit tu cancelled (previously swipe from credit card). Paksa dorg buat serta merta depan mata selepas dah serahkan kunci (to be safe). Kalau tak, nanti dorg delay ikut bila free. Peringatan untuk para penyewa kereta di Greece, parking kat tmpt yang sepatutnya kalau pegi mana2, kalau tak saman memang double. Contoh, individual car, saman parking cuma 40 euro. Tp kalau company car rental, dorg akan charge 80 euro . Ok, done pulangkan kereta, akak car rental tu tolong hantar pi airport. So from airport, kitorg naik Metro untuk ke Cozy Apartment, Plaka, Athens (penginapan 2 mlm di Athens). Around RM330/night. Apartment ni pun cantik. Lengkap. Kitchen pun ok and ada mesin basuh. Untuk sampai ke tempat ni via Metro from airport, boleh ambil blue line (10 euro/pax) and stop kat Syntagma. From Syntagma boleh jalan kaki (around 1km) untuk ke apartment. Kalau nak lebih dkt, boleh ambil red line dan turun kat station Akropolis (tak sampai 1km). Cuma kalau amik red line, perlu tukar train masa sampai kat Syntagma stesen nanti. Day 1 kat sini tak berjalan. Pegi market ja utk beli bahan2 untuk dimasak. So malam tu makan lebih skit… (reward diri kunun sbb penat haha).

Itinerary – Greece

Day 10 (19/07/19)

Around 8.30am, proceed to Acropolis. Ada dua jenis ticket, 20 euro utk Acropolis tour saja dan 30 euro untuk combination ticket (Acropolis + other sites). Nanti akan tertulis kat tiket tempat yang boleh pegi. Kami ambil yg 30 euro. Tapi tak sempat pegi semua tempat (penat)… So beli yg 20 euro pun cukup lah untuk Acropolis tour. After dah puas jalan2 round Acropolis (rasanya semua tau pasal Aceopolis kan. So tak payah lah bebel panjang), kitorg patah balik ke apartment.. bukan balik apartment tapi singgah gift shop…berderet panjang lebar gift shop area apartment (dlm 100 meters from apartment). Banyak sangat kedai sampai tak tau nak masuk yang mana. Harga pun berbeza so pandai-pandai lah survey dulu. Dah puas shopping, tangan pun dah berat, so balik apartment, rest kejap, masak & makan. Tapi masa ni lah gempa bumi datang.

Nasib baik tak lama. Kekuatan 5.3 tapi rasa macam nak runtuh satu apartment errr…elektrik pun terputus. Tergendala sikit bab2 memasak. Tapi nasib baik lepas tu elektrik ada balik. Sebelah petang, pegi gift shop lagi. And then lepas tu baru pegi Mount Lycabettus. Jalan kaki jak. Dalam 1.9km from apartment. Tempat ni wajib kalau dtg Athens. View lawaaaa satu Athens plus view Acropolis. Tapi kat peak mmg sesak sebab semua nak tunggu sunset. On the way ke Mount Lycabettus tu, dapat lah tengok bangunan2 cantik sekitar Plaka macam Parliament house and hotel2 5 stars kat Plaka. By the way highly recommended Cozy apartment ni sebab memang dekat nak p mana2 terutamanya Acropolis dan gift shop.

Day 11 (20/07/19)

Check out from Cozy apartment Plaka, Athens. Ambil metro from Syntagma station to airport. 11.30 am (waktu Athens) fly from Athens to Singapore. After 13 hrs mereput, finally arrived in Singapore! Thank god! Transit dlm 6 jam sebelum fly ke KL.

Day 12 (21/07/19)

Safely arrived in KL. HomeSweetHome!.

Holiday ended.

So untuk kos flights dan ground kos (sewa kereta dan penginapan), kami spent RM 4572/pax. Tidak termasuk kos toll, minyak, makan dan shopping. Bab2 tu terpulang pada diri masing2. Lain routes lain kos.

Oh ya, untuk booking accommodations, highly recommended untuk “Pay Now” instead of “Pay Later” sebab masa kat penginapan nanti dorg akan minta bayaran ikut current rate dan bukan sama dengan amount yang stated masa buat booking. Harap membantu utk trip korg ke Greece nanti.

Itinerary ini dikongsikan oleh followers Kaki Travel iaitu Stenn Closen

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan korang!

You may also like...

1 Response

  1. Farz says:

    nak tanya macam mana berkenaan visa ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *