Ganjaran menarik menanti jika berbelanja di Central i-City Shopping Centre
Perayaan Hari Natal atau Hari Krismas bakal tiba tidak lama lagi. Sempena itu, Central i-City Shopping Centre kini sedang sedang mengadakan kempen ‘Embracing Happiness 2023’. Kempen ini berlangsung bermula dari 2hb Disember 2022 sehingga 1hb Januari 2023. Selaras dengan ini, ruang legar utama pusat membeli-belah ini kini diubahsuai dan dipenuhi dengan pelbagai dekorasi cantik.
SPOT BERGAMBAR INSTAGRAMMABLE & PELBAGAI GERAI MENARIK!
Dekorasi Krismas kali ni bertemakan LINE FRIENDS Christmas Décor. Pihak Central i-City Shopping Centre telah menyediakan pelbagai lokasi instagrammable untuk para pengunjung bergambar. Memang sesuai untuk anda yang nak ber-‘OOTD’!. Selain itu terdapat juga pelbagai gerai-gerai menjual barangan seperti Puzzle Planet, Cake Moments, Korean Cotton Candy dan lain-lain lagi.
TEBUS HADIAH MENARIK!
Bagi anda yang berbelanja di mana-mana kedai di dalam Central i-City Shopping Centre ini, anda berpeluang untuk menebus hadiah-hadiah menarik. Bagi mereka yang membuat pembelian melebihi RM700 , anda berpeluang menebus 1 Flask Eksklusif Central i-City. Jika pembelian anda melebihi RM1,000, 1 x Selimut LINE FRIENDS serta 1 tiket ke SnoWalk i-City (untuk 2 orang) bakal menjadi milik anda! Resit pembelian daripada pelbagai kedai boleh digabungkan untuk menebus hadiah-hadiah ini.
Terma & Syarat boleh rujuk disini (link to: https://central-icity.com.my/campaign?campaign=terms-condition)
PUSAT MEMBELI BELAH + HIBURAN
Selain daripada kempen Hari Krismas yang sedang dijalankan, para pengunjung juga dapat membeli belah di gedung serbaneka terkemuka, SOGO. SOGO menawarkan lebih 400 jenama barangan yang terdiri daripada kelengkapan rumah, fesyen, alat solek, minyak wangi dan sebagainya.
Bagi pengunjung yang sukakan hiburan, pawagam TGV Cinemas turut beroperasi di dalam pusat membeli-belah ini. Pawagam ini turut menampilkan skrin Samsung ONYX iaitu skrin pawagam LED terbesar di dunia! Pawagam TGV Cinemas disini turut mempunyai skrin IMAX serta pawagam mesra-famili untuk mereka yang datang bersama anak-kecil.