6 aktiviti menarik boleh cuba di Sibu, Sarawak!
Kali ini Kaki Travel nak kongsikan kepada anda 6 aktiviti menarik boleh dilakukan ketika bercuti di Sibu, Sarawak.
Untuk pengetahuan anda, Sibu adalah sebuah bandar pedalaman di wilayah tengah Sarawak. Pekan ini terletak di pulau Borneo. Kebanyakan kaum yang mendiami bandar ini adalah orang keturunan Cina, terutamanya dari Fuzhou. Kumpulan etnik lain seperti Melanau, Melayu, dan Iban pun ada tapi tidak seperti wilayah lain di Sarawak, mereka tidak begitu ramai.
1) Melihat ‘sunset’ sambil menaiki Sibu River Cruise
Antara benda paling best anda perlu rasai di Sibu adalah dengan menikmati panorama alam lebih-lebih lagi waktu sunset! Memang cantik beb. Anda boleh kini boleh menaiki bot sambil menyaksikan suasana matahari terbenam tu.
Masa pelayaran lebih kurang sejam dan anda bakal belayar di sepanjang Sungai Rejang iaitu sungai terpanjang di Malaysia. Sepanjang cruise ini, pengunjung berpeluang untuk melihat aktiviti harian masyarakat serta penempatan di pesisir sungai.
Alamat: Sibu River Cruise Pulau Babi Wharf, Jalan Khoo Peng Loong, Sarawak
2) Melawat Sibu Heritage Center
Disini terdapat sebuah muzium yang memaparkan warisan budaya pelbagai kumpulan etnik di Sarawak. Anda juga boleh pelajari sejarah pembentukan pekan Sibu ini ya. Selain itu, anda juga boleh membeli cenderamata di sekitar tempat ini.
Alamat: 182, Jalan Central, 96000 Sibu, Sarawak
3) Jade Dragon Temple
Jade Dragon Temple merupakan kuil terbesar di bandar ini. Malahan, kuil ini juga dipercayai sebagai kompleks kuil terbesar di Asia Tenggara. Menariknya, lokasi ini adalah tempat keagamaan yang membawa semua 3 bentuk latihan yang berbeza di bawah satu bumbung. Antaranya adalah ajaran Buddhisme, Taoisme dan Konfusianisme. Candi itu sendiri bukan hanya tempat ibadat tetapi ia menjadi tarikan utama pelancong di Sarawak. Cantik taw senibina dekat kuil ini!
Alamat: Mile 16,Jalan Ulu Oya, 96000 Sibu, Sarawak
4) Sibu Central Market
Merupakan sebuah pasar tertutup yang terbesar di Malaysia! Dekat sini anda bakal rasai suasana meriah orang membeli-belah sebab macam-macam ada dijual dalam pasar ini dari buah-buahan, makanan eksotik, dabai hinggalah bab kraftangan ada ye.. Pasar ini terletak bertentangan dengan Terminal Penumpang Perahu Ekspres.
Alamat: Jalan Channel, Sarawak
5) Makan di Restoran Cabe Ijo
Jangan lupa untuk nikmati hidangan di restoran Cabe Ijo ye! Restoran ini menyajikan masakan Asia dan antara menu istimewa anda boleh cuba disini adalah “Nasi Lalapan Ayam Madu” dan “Nasi Lalapan Empel (daging lembu)”.
Alamat: Lorong Kuda 2, 71 & 73, Jalan Kuda, 96000 Sibu, Sarawak
6) Lau King Howe Hospital Museum
Hospital Lau King Howe pada asalnya dibina pada tahun 1936 oleh Lau King Howe sebagai satu-satunya hospital di bandar ini. Selepas Hospital Sibu dibuka pada 1 September 1994, jumlah pesakit di hospital ini berkurangan. Justeru, bangunan hospital telah dirobohkan lalu ditukar menjadi tempat lawatan. Sebuah muzium bertemakan hospital dengan pameran yang meneroka evolusi penjagaan kesihatan di kawasan itu. ‘Unik’ untuk diterokai kan?
Alamat: Jalan Lau King Howe, 96000 Sibu, Sarawak
Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net