7 aktiviti menarik dicuba bersama BFF di Petaling Street!

Anda tak tahu nak kemana pada hujung minggu ni? Nak chill-chill dengan member tapi penat fikir nak lepak mana? Haa, apa kata kalian ajak member atau partner berjalan-jalan di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Banyak juga aktiviti best dan menarik korang boleh cuba di Petaling Street ini. Nak tahu aktiviti yang bagaimana? Jom ikuti perkongsian Kaki Travel dibawah:

1. Lepak di Mary Jane KL

Rasanya majoriti si gadis pasti tertawan melihat kedai ini. Manakan tidak, konsep kedai berona merah jambu ditambah pula dengan lambakan bunga mawar yang mekar buatkan mata-mata yang memandang pun jadi tenang. Rasa ala-ala di taman bunga ros gittew.

Disini, anda boleh nikmati hidangan seperti western, sandwich dan dessert yang menyelerakan. Serius sedap kek dekat sini beb.

Kafe ini 2 tingkat, dekat ground floor konsep ala-ala rimbunan menghijau, yang dekat tingkat atas tu macam ala-ala di ‘surga’ idaman si gadis.

Tips: Kalau datang sini makan ada limit waktu (maybe sebab ramai sangat, risau seat tak cukup kot), so kalau taknak rushing korang makan dulu baru bergambo weh!

2. Jom berbunga-bunga di Petaling Street

Buat kalian pencinta bunga, rasanya tak complete kalau datang Petaling Street tak jenguk ke kedai bunga dekat area sini. Bukan apa, banyak kedai bunga fresh-fresh dijual dan paling best harga dijual mur-mur saja! Salah satu kedai yang famous adalah Lee Wah Florist.

Korang boleh pilih apa saja bunga yang korang nak dekat sini dengan harga borong.
Ptss, ramai juga sang jaka yang datang dengan gf singgah membeli bunga kat sini, kalau masih single don’t worry beli sendiri pun ok jela, love yourself gittew!

3. Canting Batik di Ainna Artwork!

Foto: @batik_ainnaartwork

Salah satu aktiviti best korang boleh layan dekat area Petaling Street ini adalah mencanting batik. Boleh ajak member or partner healing kat sini sambil tunjukkan kreativiti kalian. Oh ya, kedai canting batik Ainna Artwork ini terletak area Pasar Seni. Tak perlu risau tentang peralatan semua disediakan beb. Tinggal nak tunjuk skill korang lawa tak lawa je, hehe.

4. Lakaran potrait!

Selain canting batik, apa kata korang ajak partner/bff korang lukis gambar portrait kat sini. Bukan apa, kalau masuk ja area Pasar Seni, korang akan terpegun melihat karya-karya lukisan pelukis yang cantik dan nampak ‘hidup’ weh! Boleh tengok lukisan tokoh-tokoh terkemuka digantung juga. Rugilah kalau tak lakar gambar kenangan bersama orang tersayang pulak kan..

5. Jualan barangan kraf/preloved

Foto: expedia

Buat manusia yang meminati art, Pasar Seni ataupun Petaling Street memang tempat paling ‘top’ untuk korang explore sebab dekat sini korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis hasil kraftangan yang cantik-cantik.

Oh pada masa sama, korang juga boleh ‘selam’ barangan preloved yang gojes okie, sebab kebiasaanya waktu weekend, ada saja event jualan preloved sekitar Pasar Seni ni.
Pandai pilih, harga mantul, bergaya la kamu!

Foto: expedia
Foto: expedia

6. Ronda-ronda di Chinatown

Petaling street, Chinatown, Kuala Lumpur, Malaysia

Kalau dah penat nak berseni, apa kata kalian ronda-ronda sekitar China Town pulak. Haa.. dekat sini korang akan lihat bermacam ragam manusia lalu lalang dan ramai yang berniaga sepanjang jalan. Ala-ala pasar malam tapi versi ‘china’ punya. Hehe..

Tips: selalunya kalau once korang dah tanya berapa harga dekat seller, dia akan ‘push’ korang untuk beli so jadi agak annoyed sikit. Kalau rasa macam setakat nak tengok-tengok je disarankan tak payah tanya harga haha.. sebab risau kena paksa beli weh! Kalau hati ‘keras’ buat dunno jela kalau dia paksa weh.

7. OOTD!

Boleh dikatakan setiap lubuk jalan di Petaling Street ni menarik perhatian untuk dijadikan spot kalian nak ber-OOTD. Dah beli bunga, dah pakai cantik jangan lupa snap picture okie! Oh ya, jangan pelik kalau tetiba ada photographer dari luar tegur korang nak mintak ambil gambar korang ek sebab ramai juga geng photographer yang dok melilau ambil foto area Petaling Street ni. Mungkin depa ‘berkenan’ dengan pemakaian korang or maybe sebab ‘Malaysian ppl’ gittew.

Foto: Central Market

Oh wait! Nak staycation sekitar Petaling Street? Apa kata korang refer artikel ni.. mana tahu membantu 🙂 >> Floresta Hotel @ Chinatown, KL – bilik luas, selesa dengan harga murah!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *