Cycle.Eat.Repeat 2.0 di Gamuda Cove! – acara buat peminat berbasikal

Berita baik untuk korang yang gemar berbasikal! Sabtu ini (20 November 2021), jangan lupa untuk datang ke acara Cycle.Eat.Repeat 2.0 di Gamuda Cove, Selangor.

Banyak Aktiviti Best Yang Anda Boleh Cuba!

Mesti penat kan setiap hari hadap kerja atau hadap kelas je. Apa kata jadikan Sabtu ini hari untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan ataupun dengan orang yang tersayang! Disini kami senaraikan pelbagai akitiviti menarik yang korang boleh buat di acara Cycle.Eat.Repeat 2.0:

1) Kopi Outside @ Paya Indah Discovery Wetland (PIDW).
Antara aktiviti yang korang boleh sertai dekat sini adalah aktiviti berbasikal di sekitar kawasan Paya Indah Discovery Wetlands ini. Korang boleh pusing-pusing naik basikal sambil menghayati keindahan alam.

Oh ya, untuk makluman, pendaftaran KopiOutside @ PIDW akan bermula jam 7.45 pagi. Korang boleh mula berbasikal jam 8 pagi di dalam kawasan trail PIDW (kira-kira 7km). Jangan lupa ye ajak geng cyclist korang!

2) Cycle & Hunt
Bagi korang yang sukakan permainan misteri, boleh join game ‘Cycle & Hunt’! Sambil-sambil berbasikal di sekitar Central Park, korang boleh cuba uji minda dengan kepekaan untuk mencari ikon misteri di sekitar kawasan tersebut.

*Pendaftaran ‘Cycle & Hunt’ bermula jam 8.00pagi

Kalau nak tahu, acara ini juga merupakan inisiatif Ride2Plant di mana setiap 10km yang dikayuh, Gamuda Parks berkomited untuk menanam sebatang pokok sebahagian daripada matlamat program #OneMillionTrees Gamuda Group.

Jadi ayuh dan kayuh bersama-sama tau!

3) Lucky Draw
Paling menarik untuk acara ini adalah korang berpeluang untuk menang hadiah LUCKY DRAW ataupun CABUTAN BERTUAH yang bernilai sehingga RM5,000! Ada banyak hadiah-hadiah best untuk dimenangi termasuklah sebuah basikal Marin Bobcat Trail 3!

4) Filler Activities
Selain berbasikal dan lucky draw, ada juga beberapa aktiviti sampingan yang lain di sekitar kawasan Gamuda Cove ini yang korang boleh cuba. Antaranya :

  • Safari Insta Tour
  • Boat Cruise
  • Cove Aerobar
  • Goosebumps Rope Course Challenge

Menarik kan acara Cycle.Eat.Repeat 2.0 kali ini ?

*Bagi aktiviti Safari Insta Tour, Boat Cruise, Cove Aerobar, Goosebumps Rope Course Challenge – bayaran dikenakan bagi setiap permainan.

Kalau Tadak Basikal Macam Mana?

Untuk korang yang tiada basikal tapi nak join acara Cycle.Eat.Repeat 2.0 ni, jangan risau! Pihak penganjur turut menyediakan sewaan basikal dengan harga yang berpatutan untuk korang.

Jadi SHARE artikel ni dengan famili, kawan-kawan ataupun partner korang. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 012-6630155 atau emel info.discoverypark@gamudaland.com.my


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *