8 lokasi terbaik untuk anda lihat Gunung Fuji

Gunung Fuji atau Mount Fuji merupakan mercu tanda ikonik di negara Jepun. Pastinya pengalaman ke Jepun anda tidak akan lengkap jika anda tidak melihat Gunung Fuji ini dengan mata anda sendiri. Sebenarnya ada banyak lokasi dimana anda boleh melihat gunung ini. Disini kami senaraikan 9 lokasi terbaik di mana anda boleh melihatnya.

1.Tasik Kawaguchiko

Tasik Kawaguchiko atau Lake Kawaguchi ini merupakan antara destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia. Ianya terletak di daerah Fuji Five Lakes, iaitu 5 tasik utama di kawasan berhampiran Mt Fuji ni. Daripada Kawaguchiko Station pun anda dah boleh lihat permandangan cantik Mt Fuji. Untuk ke kawasan Kawaguchiko ni anda boleh menaiki tren daripada beberapa stesen tren di Tokyo ataupun bas dari stesen bas Shinjuku.

2.Chureito Pagoda

Pagoda 5 tingkat ni terletak tidak jauh daripada Tasik Kawaguchiko. Ianya merupakan antara spot paling popular ketika musim bunga. Dari Kawaguchiko Station, boleh naik train ke Shimoyoshida. Kemudian boleh mendaki tangga di kaki bukit berhampiran stesen ni untuk ke Chureito Pagoda ni. Memang cantik view dari atas ni!

3.Iyashinosato

Iyashinosato ni terletak di Lake Saiko, lagi satu tasik dalam kawasan Fuji Five Lakes. Dekat sini ada sebuah Japanese Cultural Village di mana anda boleh melihat pelbagai rumah tradisional Jepun dan mencuba pakaian tradisional. Ada bas yang boleh bawa anda ke sini daripada Kawaguchiko Station. Anda boleh bergambar sambil berlatar belakang Mt Fuji di sini

4.Festival Fuji Shibasakura

Festival ini diadakan setiap tahun antara Pertengahan April hingga awal Jun. Lokasi dia berhampiran Lake Motosuko, dalam kawasan Fuji Five Lakes juga. Kalau masa festival ni, korang boleh bergambar dengan bunga pink moss ataupun Shibazakura sambil berlatar belakangkan Mount Fuji.

5.Hakone

Di kawasan Hakone ni juga terdapat beberapa spot menarik untuk anda lihat Mt Fuji. Antaranya adalah di Moto-Hakone port serta di Hakone Ashinoko Narukawa Art Museum.

View dari Moto Hakone Port – Gambar : hakonenavi.com
Hakone Ashinoko Narukawa Art Museum – Gambar : hakonenavi.com

6.Fujinomiya

Fujinomiya adalah satu lagi kawasan yang berhampiran dengan Gunung Fuji. Anda boleh ke kawasan Lake Tanuki untuk dapatkan view cantik tasik dengan latar belakang Gunung Fuji.

Lake Tanuki di Fujinomiya

7.Dari dalam Shinkansen

Anda juga berpeluang untuk tengok view Mt Fuji daripada keretapi laju Shinkansen. Sekiranya anda menaiki tren daripada Tokyo ke Osaka, memang akan lalu di spot yang boleh nampak gunung ni daripada dalam tren. Tips : Ambil seat sebelah kanan jika anda naik daripada Tokyo dan seat sebelah kiri jika anda daripada Osaka.

8.Dari Udara

Lagi satu spot untuk view Gunung Fuji ni adalah daripada dalam kapal terbang. Ianya boleh dilihat sekiranya anda menaiki penerbangan domestik daripada airport Haneda di Tokyo ke destinasi di barat Jepun (Osaka, Hiroshima, Yamaguchi etc).

Gambar : Kevin Finn

Jadi jika anda ada rancangan ke Jepun, boleh la pertimbangkan spot-spot ini untuk melihat Gunung Fuji!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *