Kembara 5 hari ke Jogja – Itinerary

Itinerary Jogja

Hujung-hujung tahun ni pasti ramai yang dah mula plan for the next trip kan? For those yang still tak tahu nak kemana tu, kali ni team Kaki Travel nak kongsikan satu lagi destinasi yang boleh korang pergi iaitu Jogjakarta, Indonesia.

Untuk korang yang memang tak reti duduk diam & suka gila benda-benda yang adventure, yes.. Jogja adalah tempat paling WAJIB masuk dalam list trip korang! Selalu bila cakap pasal Jogja orang akan ingat candi kan.. haaa silap besar la beb, Jogja ni bukan setakat penuh dengan candi.. view alam semesta dia fuhh tak cukup diungkap dengan kata semata weh! Meh baca iti trip bebudak USM ni ke Jogjakarta..

Trip ke Jogja ni adalah satu usaha program silang budaya student Komunikasi USM Penang.

Date: 3-7 November 2019 // 5Day 4Night
Bilangan Pax: 11 dewasa

Transport:
kalau nak jimat disarankan sewa van. Memang ada yang kata kalau naik grab lagi murah tapi kena tahu bahwa jarak antara 1 lokasi dengan lokasi lain kat Jogja ni jauh jugak lerr.. so better korang sewa van. Ha boleh try guna Muhib Jogja Tour sebab service dia tiptop beb! Siap boleh mintak diskaun lagi seh.. siapa je tak suka diskaun kan?? Muhib Jogja Tour
Contact Number: +62 819627065 (Pak Agus)

Sepanjang kami kat Jogja, bapak ni yang jadi tour guide/supir kami. Dia yang bawak kami pusing Jogja. Kami panggil dia ‘mas Yan’. Serious mas Yan banyak share info & tips-tips berguna kat kami. Thank you ya!

Hotel:
Kami stay dekat Zest Hotel Yogyakarta. Hotel ni kami booked awal sebab masa tu tengah promo dekat Agoda.com
Boleh dikatakan hotel ni kat tengah kota Malioboro jugak. Kondisi hotel ni bersih and selesa. Boleh try stay kat sini

Itinerary Jogja

DAY 1 (Tiba di Adisucipto Airport)
-Arrived Adisucipto Airport 5:30 pm
-Masa dalam van on the way ke hotel nak check in tu kami tengok jam nak dekat pukul 6petang tapi bila tengok langit dah macam maghrib weh, then dengar orang laung azan.. oh baru tahu kat Jogja ni waktu solat depa masuk awal. So, please alert ya guys!


DAY 2 (Universitas Mercu Buana (UMB) + Jurang Tembelan + Hutan Pinus)
-Pagi, program sesi dialog bersama student Ilmu Komunikasi UMB
-After program selesai, kami singgah lunch then baru gerak ke Jurang Tembelan
-Jalan nak ke Jurang ni boleh tahan pening tapi berbaloi sebab view dekat sana fuh bukan biasa-biasa
-Kalau nak tengok view cantik, sila datang masa sunrise/sunset
-Sila berhati-hati sewaktu berfoto kat Jurang ni sebab kebanyakkan spot foto agak tinggi & berbahaya
-Siapa yang jenis gayat tu bawa-bawalah bertenang ya
-Dah puas berfoto kat Jurang Tembelan kami direct ke Hutan Pinus
-Jarak antara Hutan Pinus dengan Jurang Tembelan ni dekat ja dalam 5 minit
-Suasana dalam Hutan Pinus sangat nyaman so memang sesuai untuk tenangkan minda yang kusut

Harga Tiket:
1) Jurang Tembelan -2500 rupiah
2) Hutan Pinus – 3000 rupiah

Itinerary Jogja

DAY 3 (Universitas Gadja Mada (UGM) + Pantai Timang)
-Pagi kami bermula dengan sesi dialog bersama student Ilmu Komunikasi di UGM
-Lepas program selesai, kami terus gerak ke Pantai Timang
-Dari UGM ke Pantai Timang ni makan masa 2 jam
-For those yang jenis mabuk jalan, disarankan bawak ubat sebab jalan nak ke Pantai Timang ni bukan setakat memeningkan malah boleh buat korang nak give up. Tapi rugilah kalau dah jejak Jogja tak ke sini sebab view dia confirm buat korang lega gila
-Untuk sampai ke Pantai Timang ni kena sewa jeep sebab van tak lepas nak lalu jalan berliku tu
-Masa naik jeep korang boleh singgah kedai makan Lobster kat sini. Order dulu makan lepas korang settle bergambar kat Pantai Timang


-Naik jeep ke Pantai Timang ni makan masa 15 minit, korang akan lalu bukit bukau serta kawasan perkampungan orang pedalaman
-Ya benar, sepanjang jalan kat sini tadak langsung lampu letrik weh. Boleh imagine dak kalau lalu time malam rasanya macam mana?
-Dekat Pantai Timang ada pulau kecil, untuk ke sana ada 2 cara iaitu samada korang naik jambatan gantung or gondola. Pergi-balik memang kena guna cara yang sama tak boleh campur
-Jangan risau sebab akan ada orang yang guide korang untuk merentas jambatan gantung
-Kalau tak tahu nak bergambar boleh mintak orang yang guide tu share spot-spot menarik untuk berfoto
-Dah puas bergambar boleh gerak balik ke kedai makan Lobster & nikmati hidangan yang telah disediakan

Harga:
1) Sewa Jeep -350K
*1 jeep boleh naik 3-4 orang
2) Jambatan gantung – 100K
3) Gondola – 200K
4) Makan Lobster
*ada 2 jenis set kat kedai ni, kami amik set B – 750K
boleh share 3-4 orang untuk 1 set

Itinerary Jogja

DAY 4 (Gunung Merapi + Candi Borobudur + Malioboro Street)
-Kami gerak dari hotel jam 3:30 pagi sebab nak kejar sunrise dekat Merapi
-Jangan risau sebab before naik ke Merapi tu ada surau untuk korang solat Subuh
-Sila bawak jaket/sweater or pakai something yang tebal sebab angin pagi dekat sini punyalah sejuk macam kena simbah air aircond je weh
-Untuk sampai ke Merapi ni korang kena sewa jeep & ya.. jalan dia bukan macam highway ye guys tapi SERIOUS ENJOY GILA!
-Dekat sini cantik kalau datang time sunrise/sunset ja sebab view nak berfoto tu nice & tak panas sangat
-Habis ja sesi fefeling nikmati alam kat Merapi, kami gerak ke Candi Borobudur
-Jarak dari Merapi nak ke Candi Borobudur ambil masa sejam
-Sila bawa kad student kalau nak dapat harga diskaun ya guys

-Oh ya, better datang ke Candi waktu matahari dah redup kalau dak kepanasan la korang kat sana sebab jarak dari parking nak ke Candi tu boleh kata jauh jugaklah
-Masa turun Candi, korang takkan lalu jalan yang sama waktu korang naik sebab jalan keluar dia punyalah jauh.. dah macam buat pusingan tawaf ja weh.. jalan punya jalan tetiba jumpa Zoo. So, kalau rasa tak larat nak jalan boleh naik kereta kuda/trem
-Kalau pergi Candi, korang kena belajar jadi heartless taw! Sebab sebaik ja kami turun van, berduyung-duyung peniaga jalanan datang terjah weh! Diaorang akan paksa korang beli barang yang dijual tapi JANGAN BELI sebab harga dia MAHAL GILA tak macam harga kat pasar area Candi tu ha. Better korang beli kat pasar Candi
-Malam kami ronda-ronda sekitar Malioboro Street, ala-ala Jalan TAR kt KL tu haa banyak kedai tepi jalan so boleh shopping sakan
-Ada yang cakap kalau nak shopping murah better dekat Pasar Beringharjo sebab boleh tawar harga tapi kalau dekat Malioboro ni pun boleh ja dapat tawar harga cuma kena pandai cari kedai la sebab ada yang murah gila & ada jugak yang CEKIK DARAH ohh!

Harga:
1) Sewa Jeep -500K
*1 jeep boleh naik 3-4 orang
2) Tiket Candi Borobudur – 210K (harga after diskaun)
*sila bawa student card

DAY 5 (Going back to Malaysia)
-Last day ni kami tak kemana pun sebab masing-masing dah penat & busy packing barang nak balik Malaysia
-After lunch terus gerak ke Adisucipto Airport – KLIA2

So yeah, kalau ikutkan banyak lagi tempat menarik boleh pi tapi sebab kesuntukan waktu & jarak lokasi agak jauh so terpaksa cancel certain lokasi. Tapi apapun boleh dikatakan Jogjakarta ni bukan sekadar kaya dengan budaya semata malahan punya alam yang harus kita semua terokai! Yuk, beli tiket ke Jogja! Pakat ajak gang travel korang baru best!!

Semoga itinerary jogja ini bermanfaat buat korang


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan info menarik tentang lokasi-lokasi yang superb Awesome!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *