Heha Ocean View – Spot Instagrammable terbaru di Jogja
Jogja ataupun Yogyakarta adalah antara destinasi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia sebelum ini. Jika anda pernah ke sini, pastinya tempat ini membuatkan anda ingin ke sana semula. Bandar ini kaya dengan sejarah, budaya serta alam semulajadi. Antara tempat tarikan yang menjadi tumpuan adalah seperti Jalan Malioboro, Candi Borobodur, Candi Prambanan, Gunung Merapi dan banyak lagi. Namun di Jogja kini terdapat satu lagi tarikan menarik yang baru iaitu Heha Ocean View.
BANYAK SPOT FOTO MENARIK !
Heha Ocean view ini terletak di daerah Gunung Kidul, lebih kurang 1.5 jam daripada pusat bandar Yogyakarta. Tempat ini menawarkan pelbagai spot cantik untuk anda bergambar ataupun instagrammable. Ini termasuklah spot-spot yang dibina khas dan juga spot semulajadi seperti view laut dan cerun. Ia juga sesuai untuk mereka yang ingin beristirehat ataupun bersantai. Selain itu terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual disini.
Heha Ocean View mula dibuka kepada orang ramai pada 1hb Februari 2021 yang lalu. Nama Heha dikatakan diambil hasil gabungan nama dua pemilik tempat ini iaitu Herry Zudianto dan Handoyo Mawardi. Mereka sebelum ini turut membuka Heha Sky View, iaitu sebuah kawasan tanah tinggi yang turut menempatkan beberapa restoran serta spot foto yang menarik tidak jauh dari kota Jogja.
HARGA TIKET
Harga tiket untuk masuk ke sini adalah diantara 10,000 rupiah hingga 20,000 rupiah (bergantung kepada hari). Namun terdapat beberapa spot bergambar yang memerlukan anda membayar tambahan 10,000 ke 20,000 rupiah untuk bergambar. Kalau korang tak pandai ambil gambar, jangan risau kerana di sini juga ada ditawarkan khidmat jurufoto untuk membantu anda dapatkan gambar yang cantik. Waktu operasi Heha Ocean View pula adalah diantara pukul 10 pagi hingga 9 malam untuk hari bekerja, serta 9 pagi hingga 9 malam pada hujung minggu dan cuti am.
Selain daripada spot foto dan tempat makan, fasiliti lain yang terdapat di sini adalah kawasan letak kereta yang luas, surau, khidmat refleksologi dan juga tandas awam. Buat masa ini masih belum ada tempat penginapan yang disediakan di kawasan ini.
PETA LOKASI
Jadi lepas sempadan negara dibuka nanti, boleh la plan untuk ke Jogja !
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
Perlu diketahui , spot foto di Heha Ocean View tak semuanya free, foto dalam contoh berbayar tiket tambahan semua mulai IDR 10.000-IDR 30.000, dan hanya dapat 2 menit saja buat ambil foto, spot foto favorit bisa nak antri 1 jam lebih, so tak perlu risau , ambil uang buat beli Snack dan duduk duduk boleh jadi alternatif menikmati Heha Ocean View, informasi destinasi wisata di Yogyakarta bisa call 082145854996 , http://www.jogjatourist.com
Travel