Arab Saudi buka semula negara kepada pelancong bermula Ogos 2021
Selepas 17 bulan menutup sempadan negara mereka kepada pelancong, Arab Saudi hari ini telah mengumumkan mereka akan membuka semula sempadan negara mereka. Kenyataan rasmi daripada Kementerian Pelancongan Arab Saudi menyebut bahawa mereka akan membuka semula dan menarik balik larangan keatas kemasukan pelancong bermula 1hb Ogos 2021.
Namun begitu, kemasukkan ke negara tersebut tertakluk kepada beberapa syarat iaitu :
- Telah lengkapkan dos vaksinisasi
- Perlu memohon visa pelancongan
- Membuat PCR test 72 jam sebelum ketibaan ke Saudi (keputusan test negative)
- Mempunyai pelindungan insurans COVID
Para pelancong turut perlu mendaftar vaksinisasi di laman web https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home serta muat turun aplikasi Tawakkalna. Aplikasi ini adalah seperti aplikasi MySejahtera di Malaysia, dimana anda perlu ‘scan’ dahulu sebelum masuk ke tempat awam seperti pusat membeli belah, masjid, restoran dan lain-lain.
SENARAI VAKSIN YANG DIIKTIRAF OLEH ARAB SAUDI
Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa untuk masa ini jenama vaksin yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi adalah :
- Astra Zaneca
- Pfizer
- Moderna
- Johnson & Johnson
Bagi mereka yang telah mengambil dua dos vaksin Sinovac atau Sinopharm, anda masih lagi dibenarkan untuk masuk ke Arab Saudi, namun perlu mengambil satu dos tambahan diantara 4 vaksin yang dinyatakan diatas terlebih dahulu.
Pelancong juga dinasihatkan untuk mematuhi segala langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi termasuk memakai pelitup muka dan menjaga jarak.
Para pelancong yang ingin memohon visa pelancong boleh mohon sendiri di laman web visitsaudi.com .
EH JAP, VISA PELANCONGAN NI BOLEH BUAT UMRAH KE ?
Ya boleh. Pemegang visa pelancongan dibenarkan untuk membuat ibadah umrah ketika mereka berada di sana. Boleh baca kenyataan dan syarat di sini.
Sumber : Saudi Gazette
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!