Malindo Air buka laluan baru dari Melaka ke Kota Bharu & Langkawi

Bermula 1hb Mac 2019 nanti, Malindo Air akan memulakan 2 laluan baru penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM). Dua destinasi baru tersebut adalah Kota Bharu, Kelantan dan Langkawi, Kedah. Ini menjadikan jumlah destinasi Malindo daripada LTAM bertambah kepada 4 destinasi. Buat masa ini Malindo sedang mengoperasikan laluan Melaka – P.Pinang dan juga Melaka – Pekan Baru, Indonesia.

EXCO Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, “Ini adalah satu langkah yang baik bagi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara khususnya yang datang ke Langkawi dan Kota Bharu untuk terus ke Melaka bagi menjayakan Tahun Melawat Melaka 2019”.

Beliau berkata penambahan laluan baru ini dilihat sebagai langkah yang baik untuk menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi di LTAM dan kerajaan negeri juga turut menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan.

Sebelum ini Malindo Air pernah menawarkan laluan ke Kota Bharu dari LTAM namun ia dihentikan kerana masalah kekurangan pesawat.


Penerbangan ke kedua-dua destinasi ini akan beroperasi 3 kali seminggu iaitu pada setiap Rabu, Jumaat dan Ahad. Tinjauan kami di laman web Malindo Air menunjukkan harga tiket penerbangan adalah bermula daripada RM139 sehala.

Berita sumber : Bernama

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *