8 Tempat cantik yang kini diancam kepupusan

Di dunia ini terdapat banyak tempat-tempat cantik yang boleh dilawati. Namun begitu, ada banyak tempat yang kini diancam kepupusan akibat daripada pelbagai sebab. Antaranya perubahan iklim, hakisan, mendapan ataupun runtuhan struktur.

Di bawah adalah senarai 7 tempat yang harus dilawati sebelum ianya hilang di muka bumi ini.

1.Maldives

Maldives terdiri daripada banyak kepulauan kecil di Lautan Hindi. Negara yang terkenal dengan air jernih serta resort-resort mewah, dikatakan sedang tenggelam sedikit demi sedikit akibat daripada perubahan iklim. Ada laporan yang mengatakan ianya berpotensi untuk tenggelam sepenuhnya dalam masa 100 tahun lagi.

2.Taj Mahal – India

kawasan belakang Taj Mahal

Monumen kebanggaan negara India ini juga turut berada dalam senarai. Taj Mahal dibina oleh maharaja Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz dikatakan berdepan ancaman hakisan. Struktur asas monumen tersebut kini berdepan hakisan daripada sungai Yamuna dibelakangnya.

3.Piramid – Mesir

Piramid, salah satu daripada “Ancient Wonders of the World” dan tarikan utama pelancong ke Mesir. Piramid kini berdepan dengan ancaman pencemaran udara. Udara yang tercemar berasal daripada bandaraya Kaherah telah sedikit sebanyak merosakkan dan menghakis monumen yang dibina sejak zaman firaun lagi. Selain itu juga, sistem perparitan di kawasan berhampiran juga memberi kesan kepada kawasan di sekitar Piramid.

4.Venice – Itali

Gondola di Venice
Banjir di Venice

Venice, antara salah satu destinasi wajib kalau anda ke Itali. Tempat yang popular dengan kayuhan sampan ataupun ‘gondola’ ini kini dalam ancaman di tenggelami air. Hampir setiap tahun Venice akan menghadapi situasi banjir akibat daripada limpahan air laut. Keadaannya semakin buruk dari tahun ke tahun dan dikhuatiri Venice akan tenggelam sepenuhnya di masa depan.

5.Laut Mati – Jordan

Laut Mati berada di antara sempadan Jordan dan Palestin. Air di Laut Mati ni sebenarnya bukan laut, tapi tasik air masin. Kandungan garam di Laut Mati ni sangat tinggi sehingga tiada ikan yang boleh hidup di sini dan anda akan terapung jika mandi di sini. Paras air di Laut Mati telah susut sehingga 1/3 daripada paras asal sepanjang 40 tahun yang lalu. Hal ini dikatakan berlaku kerana sumber air utama Laut Mati iaitu daripada Sungai Jordan, banyak digunakan oleh negara-negara bersempadan dengannya.

6.Glasier Patagonia – Argentina/Chile

Salah satu Glasier di Patagonia

Glasier di Patagonia adalah antara permandangan tercantik di dunia. Wilayah Patagonia nie terletak di selatan Amerika Selatan dan dikongsi oleh Argentina & Chile. Sekiranya anda bercadang ke dua negara ini, anda wajib ke wilayah Patagonia untuk melihat glasier ini. Namun begitu glasier di sini dikatakan tidak akan bertahan lama. Ini adalah kerana ais nya semakin hari semakin cair disebabkan suhu dunia yang semakin meningkat.

7.Tembok Besar China – China

Tembok Besar China di kawasan Mutianyu

Antara kawasan tembok yang rosak dan tidak dibuka kepada pelancong

Tembok Besar China merupakan struktur buatan manusia paling besar di dunia. Tembok ini telah bertahan lebih 2000 tahun. Namun pencemaran akibat daripada industri agrikultur di China yang semakin banyak di kawasan berhampirannya membuatkan tembok ini terancam. Sehingga kini lebih daripada 2/3 tembok ini telah rosak. Hakisan daripada pencemaran udara juga akan mengurangkan lagi tempoh hayat tembok ini.

8.Masjid Djinguereber , Timbuktu – Mali

Masjid ini dibina pada kurun ke 14 yang lalu. Ia merupakan salah satu daripada tapak UNESCO World Heritage Site. Uniknya masjid ini ianya dibina daripada lumpur. Namun begitu masjid ini berdepan ancaman daripada suhu yang kian meningkat serta jumlah hujan yang turun semakin banyak di Mali.

Sekiranya anda mempunyai rezeki yang lebih, mungkin boleh pertimbangkan untuk ke tempat-tempat ini kerana di masa depan kita mungkin tidak berpeluang lagi untuk ke sini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *