Senarai Negara Yang Air Paipnya Selamat Diminum
Apabila kita travel, air merupakan salah satu elemen penting untuk pastikan anda kekal sihat. Sebenarnya di dalam dunia ni, terdapat negara-negara yang mana airnya selamat diminum terus daripada paip. Kebanyakkan dalam senarai adalah dikalangan negara maju. Antaranya Canada, Australia, Jepun, Amerika Syarikat, Negara Kesatuan Eropah, Arab Saudi, Singapura dan lain-lain.
Namun begitu, masih terdapat banyak negara dimana pelancong harus mengelak daripada meminum terus daripada paip. Hasil daripada kajian Center of Disease Control (CDC) telah mendapati terdapat 187 yang tergolong dalam senarai ini. Malang sekali, Malaysia adalah salah satu daripadanya.
Boleh tengok imej dibawah untuk senarai terperinci
Berdasarkan pengalaman sendiri ke negara-negara seperti Australia, New Zealand, Negara-negara Eropah, memang rakyat di sana memang terus minum air daripada paip. Pernah sekali ketika baru sampai di Innsbruck – Austria, kami membeli beberapa botol air mineral besar untuk minum sepanjang kami di sana. Apabila sampai di rumah host kami, dia hanya tersenyum sambil membuat demo mengambil gelas dan meminum air dari paipnya.