Thailand kuat kuasakan undang-undang baru merokok
Bermula 3hb Februari yang lalu, kerajaan Thailand telah mula menguatkuasakan undang-undang berkenaan merokok di tempat awam. Jika di Malaysia, kita hanya boleh merokok 3meter dari tempat makan, di Thailand undang-undangnya menetapkan 5meter.
Anda bukan hanya tak boleh merokok 5 meter dari tempat makan sahaja, tetapi dari semua tempat berikut
- Semua tempat-tempat awam (Restoran, Pasar, Hospital, Universiti, Taman-taman etc)
- Kenderaan awam
- Pejabat awam dan swasta
- Condominium
- Lapangan Terbang
- dan lain-lain tempat yang diwartakan
Boleh rujuk gambar di bawah untuk penerangan lebih lanjut macam mana jarak 5 meter tu dikira.
Namun begitu, anda dibenarkan merokok di dalam bangunan sekiranya tempat tersebut ada menyediakan bilik/zon merokok didalam bangunan tersebut.
Peraturan ini sebenarnya telah dicadangkan semenjak tahun 2017 lagi, tetapi ianya baru mula di kuat-kuasakan 3hb Februari 2019 yang lalu. Sabit kesalahan anda boleh didenda sehingga 5000 bath (RM600++).
Sumber : Sanook.com
*Yang paham bahasa Thai tu boleh baca kenyataan Kementrian Kesihatan Thailand di sini