Nikmati pengalaman berkhemah di Paya Indah Discovery Wetlands!
Berkhemah di Paya Indah Discovery Wetlands
Tentu seronok kan, sekiranya berpeluang menikmati percutian dalam suasana alam yang menghijau dan tenang, Tambah pula kawasan itu jauh dari kesibukan bandar. Fuh! Memang relax’lah’ sikit badan. Bagi kalian yang gemar pergi ‘camping’ atau baru sahaja nak berjinak-jinak dengan dunia perkhemahan, kami ingin kongsikan satu port perkhemahan yang cukup menarik.
Paya Indah Discovery Wetlands ini terletak di Bandar Gamuda Cove, Banting, Selangor. Sekarang ini mereka ada menyediakan lokasi yang cantik untuk anda lakukan aktiviti perkhemahan bersama keluarga ataupun rakan anda!
Rasai Pengalaman ‘Camping‘ Yang Berbeza!
Apa yang membuatkan pengalaman berkhemah di Paya Indah Discovery Wetlands ini berbeza? Aktiviti – aktiviti yang cukup menarik seperti di bawah ini akan pasti membuat anda teruja.
1. Lawatan Safari Hop-on Hop-off
Salah satu aktiviti yang anda boleh cuba sewaktu berkhemah disini adalah menaiki Safari Hop-on Hop-off. Setibanya di Paya Indah Discovery Wetlands Centre, anda akan diberi taklimat berkenaan peraturan dan keselamatan semasa berkhemah di kawasan tersebut. Selepas itu, anda akan dibawa menaiki trak safari untuk ke tapak perkhemahan. Dalam perjalanan, anda akan menikmati keindahan tasik, flora dan fauna yang ada di sekitar Paya Indah Discovery Wetlands. Segar mata memandang, beb!
2. Dekatkan Diri dengan Alam Semulajadi!
Suasana alam yang tenang dan mendamaikan jiwa pasti membuatkan anda jadi lebih ‘fresh’. Lagi seronok sekiranya anda datang berkhemah dengan orang tersayang. Alang-alang dapat layan suasana menghijau sambil borak santai. Mesti seronok kan? Perfect moments giteww!
3. Hidupkan Malam Anda Dengan BBQ
Rasanya tak lengkap pula kalau pergi berkhemah tanpa aktiviti BBQ, kan? Jangan risau! Di Paya Indah Discovery Wetlands ini, anda boleh adakan aktiviti memanggang. Bolehlah bawa makanan lebih sikit untuk buat BBQ di malam hari. Sambil-sambil itu, boleh cuci mata tengok bintang-bintang bergemerlapan di langit. Cantik weh!
4. Spot Terbaik untuk ‘Bird Watching‘
Oh ya, kalau anda jenis yang minat tengok burung, lokasi ini bersesuaian buat anda lepas gian! Selain aktiviti ‘bird watching’, Paya Indah Discovery Wetlands juga menyediakan akses untuk memancing, memberi makan haiwan dan banyak lagi. Anda juga berpeluang untuk dikelilingi dengan pelbagai jenis haiwan yang comel dan mesra. Bolehlah buat teman nak hilangkan stres tu, beb!
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melawati tarikan lain yang terdapat di Discovery Park dan Gamuda Cove ya.
Nice kan tempat ni? Jom pakat tag pasangan atau rakan-rakan anda untuk datang berkhemah di Paya Indah Discovery Wetlands!
- Harga Pakej Perkhemahan:
Harga Istimewa : RM100 / per pakej (untuk 2 orang)
- Pakej merangkumi:
– Bayaran perlindungan untuk perkhemahan
– Menaiki trak safari hop-on-hop-off
– Jungle Trekking sesi pagi
– Permit BBQ (peralatan tidak disediakan dan hanya dapur perkhemahan elektrik dibenarkan)
– Permit memancing
– Pengggunaan kemudahan/fasiliti seperti tandas, bilik mandi dan bekalan elektrik
– Pertolongan Cemas
- Waktu Perkhemahan: Setiap Sabtu & Ahad (Pakej 2 Hari 1 Malam)
- Check-in jam 3 petang (Sabtu) | Check-out jam 12 tengahari (Ahad)
*Sila bawa peralatan perkhemahan, makanan & minuman sendiri dan sebagainya.
*Aktiviti ‘Bird Watching’, memancing, memberi makan haiwan (bayaran dikenakan mengikut aktiviti)
*Akses ke tarikan lain di Discovery Park dan Gamuda Cove (bayaran dikenakan mengikut perjalanan)
Untuk tempahan & maklumat lanjut sila hubungi 012-9321811 atau email ke info.discoverypark@gamudaland.com.my.
Layari laman Facebook Gamuda Cove atau Instagram @GamudaCove .
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!