Pelajari Kraftangan Kercut di Setiu Wetland, Terengganu

Terengganu sememangnya negeri yang kaya dengan warisan budaya. Tidak hanya kaya dengan lokasi alam semulajadi yang mampu membuat siapa sahaja terigau, malah negeri yang seringkali dikaitkan dengan slogan ‘senyum sokmo’ ini turut menghasilkan produk pelancongan yang bermutu tinggi seperti kraftangan yang berasaskan rumput kercut.

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman untuk menghasilkan kraftangan dengan sendiri, anda boleh berkunjung ke Kampung Beting Lintang yang terletak dalam kawasan Setiu Wetland. Disini, anda boleh melihat demonstrasi penghasilan kraftangan kercut sambil mempelajari proses pembuatan tikar kercut.

Rumput bernilai komersial!

Untuk pengetahuan umum, rumput kercut berbentuk bulat dan panjang. Jika dilihat sekilas lalu, pokok ini kelihatan seperti penyedut minuman. Kebiasaanya, rumput kercut tumbuh merumpun di kawasan tanah terbiar dan kawasan paya cetek. Rumput kercut yang dikutip mudah dikeringkan dan boleh dicampurkan dengan bahan kimia supaya tahan lama demi nilai komersialnya sebagai aksesori hiasan di dalam mahupun di luar bangunan. Justeru itu, rumput kercut yang dikategorikan sebagai salah-satu tumbuhan yang mudah didapati berupaya menjadi salah-satu bahan asas dalam penghasilan kraftangan. Inshaa Allah tidak akan mengganggu ekosistem ya kawan-kawan..

Foto: @ATMology
Pokok kercut di kawasan paya | Foto: EM Faris

Proses pembuatan tikar kercut

Bagi anda yang berkunjung ke Kampung Beting Lintang untuk mempelajari teknik penghasilan tikar kercut, anda berpeluang untuk melalui proses pembuatan dari mula sehingga akhir. Pada mulanya, anda akan dibawa mengelilingi sekitar kawasan pemprosesan untuk mencari rumput kercut. Setelah mengutip rumput tersebut, anda akan ditunjuk cara untuk menumbuknya sehingga menjadi leper. Kemudian, rumput kercut tersebut perlu dicuci dengan air selut. Setelah selesai dicuci dan dijemur hingga kering, anda akan ditunjukkan cara untuk menganyam tikar menggunakan rumput kercut tersebut. Kebiasaannya proses menganyam tikar mengambil masa 1-2 hari. 

Proses anyaman | Foto : Mizzila Lavender

‘Support barang lokal’!

Selain daripada melihat demonstrasi dan mempelajari cara membuat tikar kercut, anda juga boleh menyumbang kepada pertumbukan ekonomi setempat dengan membeli barangan tempatan, salah satunya adalah hasil kraftangan yang berasaskan rumput kercut di sini. Hasil kraf bermula dari RM40 ke atas. Bolehlah anda jadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah ya! 

Tikar kercut yang telah siap | Foto : Huayra Lobaloba
Foto: Kercut Beris Tok Ku
Foto: Kercut Beris Tok Ku

Sekiranya ada yang berminat untuk menimba ilmu berkaitan penghasilan kraftangan kercut, anda boleh berhubung dengan pihak Setiu Wetlands Ecotourism Discovery (EcoSwed) di talian 011-18988107. Mereka merupakan sebuah NGO yang menyelaraskan aktiviti di kawasan Setiu Wetland ini.

Alamat:
Kampung Beting Lintang,
22020 Setiu, Terengganu
No telefon: 011-18988107
Facebook: Setiu Wetland Discovery

Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *