Gangwon – Destinasi menarik buat peminat Kpop !
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang ke Korea Selatan akan memilih Seoul, Busan atau Jeju sebagai pilihan destinasi untuk bercuti. Namun begitu, sebenarnya terdapat satu lagi wilayah di utara Korea Selatan yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, iaitu Gangwon. Gangwon terletak di kawasan timur laut negara Korea Selatan.
Untuk pengetahuan anda, wilayah Gangwon ini popular sebagai destinasi yang menjadi lokasi penggambaran untuk artis K-Pop dan juga K-Drama. Jadi kali ini kami ingin kongsikan bersama anda 8 lokasi menarik di Gangwon yang telah menjadi tapak penggambaran kumpulan seperti BTS dan juga NCT.
1.BTS Bus Stop, Gangneung
Lokasi ini menjadi terkenal setelah ia muncul di dalam video muzik BTS – Spring Day. Gambar bus stop ini juga turut menjadi muka depan kepada album BTS – You Never Walk Alone. Lokasi tempat ini adalah di kawasan Jumunjin Beach.
2. Samyang Ranch, Pyeongchang
Sebuah ladang yang sangat luas dimana terdapat banyak kambing biri-biri serta lembu di sini. Sangat sesuai jika anda ingin ke sini bersama keluarga. Tempat ini muncul di dalam video BTS – Winter Package 2021 in Gangwon
3. Jeongdong Simgok Badabuchaegil, Gangneung
Jeongdong Simgok Badabuchaegil ini terletak di kawasan Gangneung. Di sini terdapat laluan pejalan kaki sejauh hampir 3km serta pelantar di pinggir laut. Pemandangan di sini memang sangat cantik. Ahli kumpulan BTS iaitu RM juga pernah ke sini !
Gambar Kredit : @BTW_twt
4. Byeongbangchi Zipline, Jeongseon
Zipline ini merupakan antara yang tertinggi dan terpantas di Asia. Menariknya anda akan dapat merasai pengalaman ‘terbang’ bersama 3 lagi rakan anda secara serentak ! Tempat ini juga muncul di dalam video BTS – Winter Package 2021 in Gangwon.
5. High 1 Resort, Jeongseon
High 1 Resort adalah salah sebuah ‘ski-resort’ terbesar di Korea Selatan dan ia terletak di Jeongseon. Lokasinya yang mempunyai taburan salji yang banyak serta cerun yang luas membuatkan ia menjadi salah satu resort yang popular dikalangan masyarakat Korea. Ia juga muncul di dalam video BTS – Winter Package 2021 in Gangwon
6. Lake 192, Chuncheon
Lake 192 merupakan sebuah rumah tepi tasik di daerah Chuncheon. Ia menyajikan pemandangan cantik di tepi tasik serta sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan. Ia mula popular sejak muncul di dalam rancangan realiti tv BTS, In The Soop
Gambar Kredit : www.lake192.com Gambar Kredit : www.lake192.com Gambar Kredit : www.lake192.com
7. Alpaca World, Hongcheon
Alpaca World adalah salah satu tarikan menarik di daerah Hongcheon. Ia menawarkan kepada para pengunjung pengalaman untuk bermain bersama Alpaca dan juga rusa. Kumpulan NCT Life turut memaparkan tempat ini di dalam video NCT Life in Chuncheon & Hongcheon.
8.Luge World, Hongcheon
Terletak berhampiran dengan Alpaca World. Ia merupakan satu tarikan yang wajib dicuba sekiranya anda ke sini, dimana pengunjung berpeluang untuk merasai debaran menaiki ‘Luge’ sambil menuruni bukit. Lokasi ini turut muncul dalam video NCT Life in Chuncheon & Hongcheon.
Menarik kan tempat-tempat di Gangwon ni ? Jadi mana satu pilihan korang kalau dapat ke Gangwon lepas sempadan dibuka nanti ?
Semoga info-info ini dapat membantu anda merancang perjalanan ke Korea atau dengan lebih tepat nya ke Gangwon. Panduan ini dibawakan kepada anda oleh Gangwon Province.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
Saya nak pergi Samyang Ranch, Pyeongchang. Macam seronok je bagi makan biri2 tu. Comel pulak 😍
Saya nak pergi High 1 Resort Jeongseon, Alpaca World Hongcheon, lepas sempadan dibuka nanti 🤗 insyaallah..
#gangwonkorea
Saya nak pergi ke Jeongdong Simgok Badabuchaegil, Gangneung, Gangwon lepas sempadan dibuka nanti … jom Nur Fadhlina, Mourin Inyu & Melissa Eng
“Saya nak pegi ke Jeongdong Simgok Badabuchaegil, Gangneung , Gangwon lepas sempadan dibuka nanti.. Jom Kak Ninie ,Jun ,teha #Gangwon #Korea #2021RAYAwithGangwon
SAYA NAK PERGI KE JEONGDONG SIMGOK BADABUCHAEGIL,GANGNEUNG,GANGWON LEPAS SEMPADAN DI BUKA NANTI..JOMLAH NOR FARAIHAN,SHARIFAH FARAH,SYED AGIL #GANGWON #KOREA #2021RAYAWITHGANGWON