Shangri-La tawar pelindungan StaySurance sehingga USD50,000 kepada pengunjung!
Bagi membantu merangsangkan ekonomi pelancongan negara, Kumpulan Shangri-La kini menawarkan pelindungan kemalangan peribadi (StaySurance Personal Accident Cover) sehingga USD50,000 kepada pengunjung hotel mereka.
Pengarah Komunikasi Shangri-La Rasa Sayang Pulau Pinang, Suleiman Tunku Abdul Rahman berkata perlindungan tersebut layak diterima pengunjung setelah mereka menempah dan membayar deposit bilik. Pelindungan ini sah sehingga 31 Disember 2021 dan merangkumi semua tujuh hotel milik kumpulan Shangri-La di seluruh negara iaitu :
- Shangri-La Kuala Lumpur
- Shangri-La Rasa Sayang, Penang
- Shangri-La Golden Sands, Penang
- Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu
- Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu
- Traders Hotel, Kuala Lumpur
- JEN Penang Georgetown by Shangri-La
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2021/10/Shangri-La-Rasa-Sayang-Garden-and-Pool-1-1024x596.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2021/10/Shangri-La-Golden-Sands-Splash-Zone-01-1024x683.jpg)
“Perlindungan bermula pada jam enam pagi pada hari mereka daftar masuk hotel. Sekiranya dalam perjalanan ke hotel, pengunjung terlibat dalam kemalangan, kita akan memberikan perlindungan… Perlindungan diteruskan sepanjang 24 jam selama mereka menetap di hotel, malah dilindungi sehingga jam enam petang pada hari pengunjung daftar keluar dari hotel. Sekiranya pengunjung terlibat dalam kemalangan dan disahkan menghidap COVID-19, mereka layak mendapat perlindungan sehingga USD100 sehari. Manakala sekiranya kemalangan melibatkan kematian atau hilang upaya kekal, mangsa berhak mendapat perlindungan sehingga USD50,000″, ujar beliau ketika sidang media.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2021/10/Poster-StaySurance-783x1024.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2021/10/Elaine-Yue-GM-of-Rasa-Sayang-and-Golden-Sands-in-an-interview-with-press-about-StaySurance-1-1024x636.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2021/10/StaySurance_1-768x1024.jpg)
Inisiatif ini diambil oleh Kumpulan Shangri-La bersama AIG Insurance bagi memberikan jaminan dan ketenangan kepada pengunjung yang kini lebih berhati-hati apabila merancang percutian ketika pandemik COVID-19 ini melanda. Sehingga kini, kumpulan Shangri-La merupakan satu-satunya kumpulan hotel yang menawarkan perkhidmatan seperti ini kepada pelanggan.
Namun begitu, beliau berkata perlindungan tersebut tidak termasuk dengan kemalangan akibat aktiviti berisiko tinggi seperti aktiviti terjun udara, menunggang kuda, menunggang jetski, paragliding dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut mengenai StaySurance Personal Accident Cover ini anda boleh layari –> https://www.shangri-la.com/en/landing/staysurance/.
Fakta mengenai Shangri-La
Kumpulan Shangri-La merupakan salah satu pemaju, pemilik serta pengurusan hotel yang terbaik di dunia. Sehingga kini, kumpulan ini memilik/menguruskan lebih dari 100 hotel di lebih 75 destinasi di seluruh dunia dibawah jenama Shangri-La, Kerry, JEN dan Traders.