Pejabat Baharu Taiwan Tourism Di KL, Perkukuh Kerjasama Pelancongan Taiwan–Malaysia

Selepas hampir dua dekad memperkukuh hubungan pelancongan antara Taiwan dan Malaysia, Taiwan Tourism Administration Kuala Lumpur Office kini melangkah ke fasa baharu dengan berpindah ke premis baharu di Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian perpindahan pejabat tersebut telah diadakan pada 4 September 2026, menandakan satu lagi detik penting dalam usaha Taiwan untuk terus memperkukuh pasaran pelancongan Malaysia yang sememangnya menjadi antara pasaran antarabangsa utama Taiwan.

Sejak penubuhan pejabatnya di Kuala Lumpur pada tahun 2007, Taiwan Tourism Administration giat bekerjasama dengan pemain industri pelancongan Malaysia dalam memperkenalkan pelbagai tarikan, pengalaman dan produk pelancongan Taiwan kepada rakyat Malaysia.

Hasil kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak, semakin ramai pelancong Malaysia berpeluang mengenali Taiwan dengan lebih dekat – bukan sahaja melalui destinasi popular, tetapi juga menerusi pengalaman budaya, makanan, alam semula jadi dan pelbagai tarikan di luar kawasan tumpuan utama.

Premis Baharu, Komitmen Lebih Kukuh

Menurut Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Taiwan Tourism Administration, Joseph Cheng, perpindahan ke pejabat baharu ini bukan sekadar peningkatan dari segi kemudahan dan ruang perkhidmatan, malah mencerminkan komitmen jangka panjang Taiwan untuk terus membangunkan pasaran Malaysia.

Beliau berkata, Taiwan Tourism Administration akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memperkukuh hubungan dengan pemain industri pelancongan Malaysia dan rakan strategik daripada pelbagai sektor.

Usaha ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang untuk pertukaran pelancongan yang lebih pelbagai, mendalam dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Sementara itu, Representative Lien Yu-ping dari Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia menyifatkan perpindahan pejabat Taiwan Tourism Administration yang turut menempatkan Tourism Division sebagai lebih daripada sekadar pembukaan lokasi baharu.

Menurut beliau, ia merupakan satu pencapaian penting dalam usaha Taiwan dan Malaysia untuk terus memperkukuh kerjasama serta membuka lebih banyak peluang untuk berhubung dengan dunia melalui sektor pelancongan.

Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia juga akan terus membantu Tourism Division dalam mengintegrasikan sumber tempatan serta memperkukuh komunikasi dan kerjasama bersama kerajaan Malaysia dan pemain industri pelancongan.

Pelancongan dilihat sebagai salah satu jambatan penting yang mampu mengeratkan lagi hubungan antara Taiwan dan Malaysia.

Inisiatif Baharu Galakkan Pelancong Terokai Lebih Banyak Destinasi Taiwan

Dalam perkembangan berkaitan, Taiwan Tourism Administration turut memperkenalkan “Tourism Dual-Engine Drive Program” yang mula dilaksanakan pada 1 September 2026.

Program ini diperkenalkan sebagai respons kepada perubahan trend dan corak perjalanan pelancong antarabangsa, dengan matlamat menggalakkan pelawat meneroka lebih banyak kawasan di Taiwan serta menikmati pengalaman pelancongan yang lebih pelbagai.

Antara inisiatif yang diperkenalkan ialah konsep “Bleisure Travel”, yang menggalakkan pelancong luar negara yang datang ke Taiwan atas urusan persidangan, pameran atau perniagaan untuk melanjutkan tempoh perjalanan mereka bagi menikmati pengalaman percutian.

Selain itu, insentif penginapan turut dipertingkatkan bagi kumpulan korporat antarabangsa yang mengadakan perjalanan insentif ke kawasan selatan Taichung dan Taiwan Timur.

Langkah ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong meneroka kawasan tengah, selatan dan timur Taiwan, sekali gus membantu merancakkan perbelanjaan pelancongan serta pembangunan ekonomi di kawasan-kawasan tersebut.

Bawa Keluarga & Kawan Ke Taiwan

Bagi pasaran Malaysia pula, Taiwan Tourism Administration akan terus memperkukuhkan konsep “Bring a Friend to Taiwan”, yang menggalakkan mereka yang pernah melancong ke Taiwan untuk mengajak keluarga dan rakan-rakan menikmati pengalaman yang sama.

Konsep ini dilihat berpotensi besar dalam kalangan pelancong Malaysia yang gemar melancong secara berkumpulan, khususnya bersama keluarga dan rakan.

Selain itu, kempen “Return to Taiwan, Double Your Luck” turut diperkenalkan pada tahun ini bagi menarik kembali pelancong yang pernah mengunjungi Taiwan.

Melalui kempen ini, pelancong yang sudah mengenali Taiwan digalakkan untuk kembali dan meneroka sisi Taiwan yang berbeza menerusi pengalaman serta produk pelancongan yang lebih pelbagai.

Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan menarik pelancong baharu, tetapi juga menggalakkan repeat visitors untuk kembali ke Taiwan dan menemui pengalaman baharu setiap kali berkunjung.

Dengan kepelbagaian destinasi, makanan, budaya, alam semula jadi dan aktiviti yang ditawarkan, Taiwan Tourism Administration melihat strategi ini amat sesuai untuk pasaran Malaysia, terutamanya keluarga dan kumpulan rakan yang melancong bersama.

Bab Baharu Pelancongan Taiwan–Malaysia

Majlis perpindahan pejabat yang berlangsung pada 4 September itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu dan wakil daripada pelbagai sektor industri.

Para tetamu menyampaikan ucapan tahniah dan harapan agar Taiwan Tourism Administration Kuala Lumpur Office terus berkembang serta memainkan peranan lebih besar dalam mengukuhkan hubungan pelancongan antara Taiwan dan Malaysia.

Dengan lokasi baharu, strategi promosi yang lebih pelbagai serta inisiatif yang memberi fokus kepada pengalaman baharu dan destinasi di luar laluan popular, Taiwan Tourism Administration bersedia membuka bab baharu dalam hubungan pelancongan Taiwan–Malaysia.

Bagi pelancong Malaysia yang merancang perjalanan ke Taiwan selepas ini, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat Taiwan dari perspektif yang berbeza – bukan sekadar kembali ke tempat yang pernah dilawati, tetapi menemui sesuatu yang baharu setiap kali kembali ke Taiwan.

Taiwan Tourism Administration Kuala Lumpur Office

📍 Alamat: Lot 1, Level 16, Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
🕘 Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.30 petang
☎️ Telefon: +603-2070 6789
📧 Emel: tourism@taiwan.net.my


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *