Itinerari Paris: Panduan Sightseeing, Makanan dan Shopping!

Bagi mereka yang gemarkan percutian gaya romantik, Paris semestinya tersenarai dalam bucket list sebagai destinasi impian yang popular dengan seni bina klasik, budaya kafe menawan dan antara kota fesyen terbaik di Eropah!
Selain Menara Eiffel dan muzium terkenal, tahukah anda bahawa bandar ini turut menawarkan bermacam pengalaman menarik untuk menjadikan percutian lebih bermakna khususnya buat pelancong dari Asia.. percutian di Paris boleh diisi dengan gabungan aktiviti bersiar-siar, mencuba makanan tempatan, meneroka kawasan kejiranan dan tentunya, membeli-belah!
Bagi anda yang suka berbelanja, pastinya aktiviti membeli-belah di kota Paris tersenarai dalam itinerari percutian anda. Antara kawasan yang sesuai dikunjungi adalah di La Vallée Village, sebahagian daripada The Bicester Collection. Terletak di kawasan Marne-la-Vallée, destinasi shopping terbuka ini boleh menjadi persinggahan menarik buat anda sewaktu di Perancis.

1. Mulakan Pengembaraan dengan Tarikan Ikonik Paris

Perjalanan ke Paris tidak lengkap tanpa mengunjungi beberapa mercu tanda terkenalnya. Anda boleh memulakan hari dengan menikmati pemandangan Menara Eiffel, berjalan di sekitar Sungai Seine atau bergambar di hadapan Arc de Triomphe.
Jika gemar seni dan budaya, luangkan masa untuk mengunjungi muzium seperti Musée du Louvre. Sebaiknya tempah tiket lebih awal dan pilih tarikan yang benar-benar ingin dilawati supaya jadual tidak terlalu padat.
Pada sebelah petang pula, singgah di kawasan Le Marais untuk meneroka butik kecil, kedai tempatan dan kafe yang menarik. Kawasan ini sesuai untuk berjalan-jalan tanpa perlu terlalu terikat dengan jadual.
Tip: Susun tarikan mengikut kawasan supaya anda tidak menghabiskan terlalu banyak masa dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat lain.


2. Shopping di La Vallée Village
Selepas meneroka tarikan utama Paris, anda boleh luangkan masa untuk pengalaman shopping di luar pusat bandar.
La Vallée Village, di bawah The Bicester Collection menghimpunkan butik fesyen dan gaya hidup dalam persekitaran terbuka yang menarik. Pengunjung boleh berjalan-jalan antara butik, meneroka pilihan jenama Perancis dan antarabangsa serta berehat di restoran atau kafe dalam suasana yang lebih santai.
Selain mencari pakaian, aksesori atau hadiah untuk dibawa pulang ke Malaysia, anda juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang berbeza daripada pusat membeli-belah biasa.
Bagi yang ingin menjadikan sesi shopping lebih terancang, terdapat beberapa keistimewaan yang boleh diterokai, tertakluk pada kelayakan dan terma yang berkenaan:
- Diskaun shopping 10% — nikmati penjimatan tambahan di Village yang mengambil bahagian, tertakluk pada terma dan syarat.
- Akses ke The Apartment atau ruang VIP — pengalaman yang lebih eksklusif dalam suasana selesa, bergantung pada kelayakan dan ketersediaan.
- Temu janji Personal Shopping percuma — dapatkan bantuan untuk meneroka butik dan mencari barangan yang sesuai dengan gaya serta keperluan anda.
Jika berminat dengan kemudahan ini, semak syarat kelayakan dan cara mendapatkannya melalui saluran rasmi sebelum lawatan. Dengan sedikit perancangan, anda boleh menikmati pengalaman shopping mengikut bajet dan keperluan sendiri.

3. Nikmati Budaya Kafe dan Makanan Paris

Satu lagi cara untuk menikmati Paris adalah dengan meluangkan masa di kafe dan restoran tempatan. Daripada sarapan santai hinggalah makan tengah hari selepas berjalan-jalan, pengalaman kulinari boleh menjadi sebahagian daripada kenangan percutian.
Anda boleh meneroka kawasan Saint-Germain-des-Prés untuk suasana kafe klasik atau singgah di kedai bakeri untuk melihat pilihan pastri Perancis.
Bagi pelancong Muslim, sebaiknya semak restoran halal lebih awal kerana status halal berbeza mengikut premis. Anda juga boleh mencari restoran yang menyediakan pilihan makanan laut, vegetarian atau hidangan tanpa daging mengikut keperluan.
Jika merancang untuk mengunjungi La Vallée Village, semak pilihan tempat makan yang tersedia supaya anda boleh menyusun waktu makan bersama aktiviti shopping.
4. Terokai Sudut Paris yang Berbeza
Selain tarikan utama, Paris turut mempunyai kawasan menarik untuk diterokai dengan lebih santai.
Montmartre, misalnya, terkenal dengan jalan-jalan berbukit, suasana artistik dan pemandangan bandar dari sekitar Sacré-Cœur. Anda boleh meluangkan masa berjalan-jalan, melihat kedai kecil atau menikmati suasana kejiranan yang berbeza daripada pusat bandar.
Jika gemar membeli-belah, kawasan seperti Saint-Germain-des-Prés dan Le Marais juga menawarkan pilihan butik serta kedai tempatan yang sesuai untuk diterokai tanpa tergesa-gesa.
Pilih aktiviti mengikut minat dan tempoh percutian. Anda tidak perlu mengunjungi setiap tempat popular untuk menikmati pengalaman Paris yang menyeronokkan.
5. Tip Berguna untuk Pelancong Malaysia

Sebelum berlepas, beberapa persediaan ringkas boleh membantu perjalanan menjadi lebih lancar.
- Rancang pengangkutan: Semak laluan metro, RER dan pilihan shuttle, terutama jika ingin mengunjungi destinasi di luar pusat Paris.
- Semak makanan halal: Kenal pasti restoran yang sesuai dan sahkan status halal secara terus dengan premis.
- Rancang waktu solat: Semak waktu solat mengikut tarikh perjalanan dan kenal pasti lokasi masjid atau kemudahan solat yang berdekatan.
- Sediakan bajet: Ambil kira kos pengangkutan, makanan, tiket tarikan dan perbelanjaan shopping dalam euro.
- Pilih pakaian yang sesuai: Cuaca Paris berbeza mengikut musim. Kasut yang selesa dan pakaian berlapis boleh membantu jika banyak berjalan kaki.
- Semak maklumat terkini: Waktu operasi, jadual pengangkutan dan kemudahan destinasi mungkin berubah, jadi rujuk laman rasmi sebelum bertolak.
Paris menawarkan lebih daripada mercu tanda ikonik. Pastikan anda merancang perjalanan sebaik mungkin supaya dapat menikmati seni bina, makanan, budaya tempatan dan pengalaman shopping di kota cinta ini sepuas hati!
Jika ingin menambah kelainan pada itinerari, lawatan ke La Vallée Village di bawah The Bicester Collection boleh menjadi salah satu pilihan. Selain meneroka butik fesyen dan gaya hidup dalam suasana terbuka, pengunjung yang layak juga boleh menyemak keistimewaan tambahan yang tersedia untuk menjadikan sesi shopping lebih selesa dan terancang.
Untuk maklumat lanjut tentang butik, kemudahan dan perancangan lawatan, layari La Vallée Village dan untuk panduan travel sambil shopping yang menarik boleh layari The Bicester Collection .

