Selain Dabong, ini 12 destinasi menarik di Kelantan – Jeli ‘syurga’ geng outdoor!

Jika disebut negeri Kelantan, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah destinasi terbaik untuk dilawati dekat sana? Selalu orang cakap Dabong je best sebab boleh layan nature dengan naik keretapi. Haa.. tahu tak korang dekat Kelantan pun ada banyak gila port best nak diteroka! Ini kami senaraikan 12 lokasi korang boleh pergi!


1. Bukit Salor

  • For those yang kaki hiking tu, this one wajib masuk bucket list ok! Bukit ni terletak kat area Jeli
  • View atas puncak subhanallah! Cantik gila tengok awan karpet tu weh!
  • Selain itu, korang juga boleh nampak view puncak Gunung Reng dari atas puncak
  • Dekat Bukit Salor ini ada 2 puncak iaitu puncak menara (around 328m) & puncak Salor (around 412m)
  • Nak hiking ke puncak ambil masa dalam 30-40min
  • Kalau taknak hiking boleh ja naik van/motor ke atas area puncak menara
  • Vibes trek jalan ke puncak tu ala-ala dekat Cameron Highlands pulak
  • Nak dapat view cantik or nak buat time-lapse sunrise sila datang seawal subuh yeee

2. Gunung Reng

  • Selain hiking, korang boleh juga explore gua-gua di Gunung Reng dekat Jeli juga ya
  • Dalam Gunung Reng ada 69 gua, kalau ikut brader yang guide ke gunung tu dia kata ambil masa around 2 hari jugaklah untuk explore semua tu tapi kalau hiking keliling boleh la settle dalam 29 gua
  • Ada macam-macam nama gua dalam ni macam Gua Katak, Gua Bunga, Gua Gajah & banyak lagi!
  • Menariknya, korang kena tahu hikayat mengenai Gunung Reng ni, orang lama cakap dulu dekat tapak gunung ni ada sebuah kampung dikenali sebagai Kampung Tala. Orang kg ni suka betul lagakan haiwan sampai sanggup laga kucing dengan anjing. Nak jadi cerita, mereka dilanda ribut & hujan lebat sampai kena serkup dengan gunung ni. Maka lenyaplah Kampung Tala tu..

3. Lata Mawoo @ Air Terjun Dilwalee

  • Bagi kalian yang suka sangat mandi air terjun tu, ni port paling best di Jeli.. gila cantik weh!
  • Untuk ke Lata Mawoo atau lebih femes dengan gelaran Dilwalee ni korang boleh sewa 4×4 (RM10/pax pergi-balik) sebab kena masuk sikit laluan hutan
  • Ada 2 air terjun kat sini memang superb!

4. Lata Kashmir

  • Kalau ada yang nak bercamping atau berkelah petang-petang dengan family tu.. jom ke Lata Kashmir di Jeli
  • Dekat sini boleh la korang merasa ala-ala berada di Kashmir weh view empangan Pergau yang menerusi Sungai Pergau tu memang nice
  • For those yang nak bercamping tu boleh sewa khemah kat sini ya, complete guys siap ada port BBQ lagi
  • Kalau taknak bermalam boleh je sewa spot tepi sungai tu RM10 je all day
  • Selain tu, ada juga aktiviti air macam water rafting (RM200/5pax – 1 boat) & tubing (RM5/1pax)
  • Parking – RM3

5. Lata Janggut

  • Satu lagi destinasi bersesuaian untuk family & member-member nak beriadah
  • Lata Janggut terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Jeli.
  • Kat sini ada beberapa kolam mandi yang terbentuk daripada batu-batu di jeram yang selamat untuk dijadikan tempat mandi manda
  • Memang syok weh terjun mandi dekat sini!

6. Lata Hokkaido

  • Selain Lata Janggut, korang boleh juga explore Lata Hokkaido – dekat area nak ke Lata Janggut juga ni
  • Kalau tengok dari jauh sungai kat sini banyak jeram berbatu tapi kalau rajin jalan masuk ke dalam sikit sumpah nice weh view!
  • Tempat ni pun sesuai untuk jadi spot nak bercamping – healing gitu..

7. Masjid Iktikaf

  • Selain layan nature, korang juga boleh terokai seni bina dan budaya di Kelantan. Contohnya, macam dekat Kota Bharu ni ada sebuah masjid yang memukau mata hati!
  • Masjid Iktikaf ni cantik sebab dibina menggunakan 100% kayu hutan daripada 11 jenis seperti kayu jembal, kelat, mahagoni, manggis, medang, sentang dan tembesu
  • Menariknya, masjid ni dibina oleh seorang tukang perabot profesional tanpa guna pelan khusus ye.. dia bina ikut ilham yang diperoleh tengah malam..
  • Oh dekat masjid ni ada juga pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al Quran Darul Quwwah. Sejuk je tengok diaorang ni dok mengaji
  • Korang boleh singgah solat berjemaah 5 waktu kat sini & pada kalian yang non-muslim pun boleh datang ziarah masjid ni untuk berfoto selepas waktu solat Asar

8. Po-Land Grape Machang

  • Po-Land Grape Machang adalah kebun anggur pertama di Kelantan!
  • Dekat sini korang boleh tengok lebih 50 jenis spesis anggur dengan bermacam rasa, warna & saiz
  • Antara jenis anggur yang ada kat sini seperti Jupiter, Black Ozark, Alfonso Lavalle, Dickson, Faith dan Vales
  • Kat sini tadak jual buah anggur tapi korang boleh datang untuk rasa sendiri pengalaman petik buah anggur
  • Kalau nak datang beli benih, keratan batang or anak pokok anggur pun boleh ya!
  • Ada satu buah anggur ni kami try rasanya macam buah belimbing weh! Ada juga yang rasa macam buah laici.. menarik kan?

9. Jambatan Guillemard @ Guillemard View

  • Rasanya tak complete pula kalau tak jalan-jalan di lokasi bersejarah rite?
  • Haa, jangan lupa singgah berfoto di Jambatan Guillemard yang terletak di Tanah Merah
  • Untuk pengetahuan, jambatan ini adalah jambatan kereta api kedua terpanjang (600 meter) dan tertua di negara ini selepas Jambatan Victoria di Perak. Ia merentasi Sungai Kelantan di antara Paloh Rawa, Machang dan Kusial, Tanah Merah.
  • Ada spot lepak-lepak, playground juga kat area ni sambil tengok kereta api lalu dekat jambatan

10. Galeri Peranakan Cina Kelantan

  • Dah alang-alang dekat Tanah Merah, apa kata korang singgah Galeri Peranakan Cina.. haa kat sini bolehlah korang tambah sikit info mengenai budaya orang Cina Kelantan
  • Boleh tengok sejarah informasi kedatangan orang Cina di negeri Cik Siti Wan Kembang ni sambil tu tengok juga pakaian, makanan, gaya hidup depa.. bahasa depa pun menarik weh bukan hokkien!

11. D Pergau Inn

  • Pergi Kelantan tapi tak tahu nak tidur kat mana? Haa apa kata cuba menginap di D Pergau Inn yang terletak di Jeli
  • Tempat penginapan ni baru je beroperasi tahun 2022, kira baru lagilah
  • View takyah cakaplah, depan pintu entrance ada 3 kolam, belakang pula ada sungai weh!
  • Bilik? Pergh! Luas, kemas, bersih plus toilet pun cantik & besar ye.. haha
  • Sesuai juga untuk jadi spot family day sebab kat sini kawasan luas dan tenang gitu
  • Alamat: Lot 2587 Jalan Kampung, Kampung Kuala Long, 17600 Jeli, Kelantan

12. Lalang’s Resort & Spa

  • Kalau yang jenis suka glamping, jom rasai pengalaman bermalam di Lalang’s Resort & Spa yang terletak di Kampung Gemang berhampiran jalan utama ke Bandar Jeli (9km) atau kira-kira 90km dari Kota Bharu
  • Resort ini dikelilingi kawasan hutan hijau & sungai (Lata Keding) yang bersih!
  • Menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan antaranya Bilik Balak, Khemah Arabian, VIP Nipah, VIP Lalang dan macam-macam lagi!
  • Kalau nak datang healing ke honeymoon ke sini memang kami suggest gila sebab tenang dengan view plus concept resort pun sedap je mata tengok
  • Alamat: PT 6293, Sungai Keding, Kampung Gemang, 17700 Ayer Lanas, Jeli, Kelantan

Thank you Tourism Malaysia sudi bawa Kaki Travel terokai keindahan alam dan budaya di Kelantan Darul Naim! Jom lerr guys kita pi Kelantan!


Jangan lupa LIKE Facebook KakiTravel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet  & SUBSCRIBE YouTube KakiTravel bagi mendapatkan idea dan info untuk percutian anda! Kalau rajin, SHARE stori kami dengan gang korang ya!

You may also like...

1 Response

  1. omg lalang glamping tu best giler! ah rinduu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *