6 kedai makan menarik di Kelantan – Machang, Jeli, Tanah Merah
Baru-baru ini team Kaki Travel berpeluang jelajah ke negeri Kelantan Darul Naim. Memang banyak sangat destinasi menarik yang best untuk dikunjungi. Selain destinasi, makanan pantai timur mestilah wajib rasa kan? Haa, ini kami senaraikan 6 kedai makan best dekat Kelantan korang patut try!
1. Kedai Ikan Sungai Selera Cik Anie
- Buat anda yang gemar makan ikan sungai, boleh try singgah makan tengahari kat sini
- Lokasi terletak betul-betul sebelah Sungai Kelantan area Machang
- Dekat sini ada hidangan masakan kampung macam ikan lampan rebus, sayur labu masak lemak, patin masak tempoyak even ayam goreng dia yang simple-simple tu pun sedap weh!
- Menariknya, ikan sungai yang korang nak makan kat sini dia masak bila diorder, kira fresh panas-panas gitu..
- Waktu Operasi: 7 pagi- 5petang // Buka setiap hari
2. Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang Kelantan
- For those yang nak merasa selera Thai, boleh singgah makan malam kat kedai ni yang terletak area Tanah Merah/Jeli
- Salah-satu menu menarik dicuba kat sini: Miang Pla Pao – dia punya portion tu fuhh meletops!
- Ada juga menu baru iaitu Siakap Phed Phiaw, asyik siakap 3 rasa je kan cuba try this one pulak
- Kedai makan ni luas, sesuai kalau nak datang ramai-ramai macam bawa family besar ke etc
- Seafood kat sini pun fresh-fresh ye.. menggiurkan gittew
- Waktu Operasi: 2 petang – 12 malam // Buka setiap hari kecuali cuti umum
3. Pizza Jangok Mek Ani
- Siapa cakap dekat Kelantan takde kedai western best? Haa silaplah weh, ni ada kedai Pizza sedap punya!
- Kedai ni terletak di area Ayer Lanas
- Pizza Jangok Mek Ani ni kira macam port wajib datang la kalau pi Kelantan sebab roti pizza dia mashaallah, lembut, gebu gila!
- Topping pizza fuh memang meriah, bahan digunakan pulak segar-segar weh
- Ada 10 jenis pizza korang boleh try, antara best seller kat sini Pizza Seafood. Serius recommended! Ada juga pizza frozen korang boleh beli bawa balik ye..
- Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam // Rabu (Tutup)
4. Selera Tepi Sungai
- Satu lagi kedai makan tengahari yang meriah aneka hidangan boleh dikunjungi!
- Kedai makan ni terletak di Tanah Merah
- Ada lebih 60 jenis lauk-pauk dihidangkan setiap hari paling wajib cuba aneka kerabu
- Selain masakan kampung, ada juga nasi ayam, laksa, masakan panas, colek & berbagai jenis dessert
- Waktu Operasi: 7 pagi – 11 malam // Buka setiap hari
5. Nasi Kerabu Kak Pah
- Jika anda ke Jeli, jangan lupa nikmati sarapan pagi nasi kerabu di gerai Kak Pah ni
- Paling penting kalau makan nasi kerabu kena try letak kambing bakar, serious sedap lembut je
- Selain nasi kerabu ada juga menu lain seperti nasi dagang, nasi air, nasi campur, mee celup dan macam-macam lagi!’
- Waktu Operasi: 6 pagi – 4.30 petang // Sabtu (Tutup)
6. Akok Belahat – Kelantan version!
- Okay another one makanan wajib korang beli kalau pi Kelantan adalah akok belahat ni
- Yang ni bukan kedai makan tapi gerai jual kat rumah area Jeli
- Akok kat sini menarik sebab bentuk dia unik sikit then gebu molek ja tengok
- Kalau makan panas-panas memang pergh! Lagi satu kalau beli siang simpan sampai ke malam pun masih sedap weh
- Waktu Operasi: 8 pagi – 6.30 petang // Buka setiap hari
Korang ada tak suggestion lagi kedai makan best dekat Kelantan? Kalau ada share-share kat komen ya! Btw, thank you Tourism Malaysia sudi bawa Kaki Travel terokai keindahan alam dan budaya di negeri Cik Siti Wan Kembang!
Nak tahu tempat menarik diterokai sekitar Kelantan? Baca sini: