Belitung – Permata Tersembunyi di Indonesia
Alhamdulillah baru-baru nie team kami berpeluang untuk ‘explore’ Pulau Belitung selama 4 hari 3 malam.. Belitung nie terletak di daerah Bangka-Belitung, selatan Pulau Sumatra.. (Google je la senang kalau nak tau lokasi dia). Pulau ni memang besar beb. Kalau tengok dekat map tu boleh nampak ia lebih besar daripada Singapore.
Belitung nie mula dikenali dunia sejak filem Laskar Pelangi tahun 2008 dulu (yang tak pernah tengok sila google @ download dan tengok). Tapi tempat nie masih lagi dikategori sebagai kurang popular dikalangan pelancong Malaysia. Mungkin sebelum ni agak susah nak ke sana sebab sebelum nie cara nak ke sana hanya lah dengan naik flight daripada Jakarta.
Tetapi baru-baru ni Garuda Indonesia dah lancarkan direct flight daripada Singapore ke Tanjung Pandan di Belitung. Jadi mudah sikit la untuk kita yang dari Malaysia nie, tak perlu nak naik flight 2 jam ke Jakarta dulu. Ada juga ura-ura cakap akan ada direct flight dari KL lepas nie, semoga ianya menjadi kenyataan.
Jadi apa yang best dekat Belitung nie?
Replika Sekolah SD MUhammadiyah Gantong (Sekolah Laskar Pelangi)
Sekolah nie adalah replika kepada Sekolah dalam cerita Laskar Pelangi tu.. ye sekolah tu hanya wujud dalam filem tu je, betul2 nya tak ada… cuma sebab dah ada dalam filem tu dan pengambaran filem memang dibuat di Belitung, dorang buatkan la satu replika sekolah tu dekat sini
Dermaga Kirana
Tempat nie terletak tak jauh dari Sekolah Laskar Pelangi tu.. boleh jalan kaki je.. dekat sini memang sangat sesuai untuk korang nak photoshoot.. ‘Instagram-worthy’ orang cakap.. ada tasik dan juga struktur berbumbung yang dibuat daripada rotan
Ngenjungak
Ngenjungak ni sebenarnya adalah pejabat jabatan pelancongan Belitung. Tapi dekat sini ada mini-zoo dan juga pameran barangan, sejadah dan juga budaya masyarakat Belitung
Pantai Tanjung Tinggi
Dekat sini adalah salah satu lokasi pengambaran filem Laskar Pelangi. Pantai kat sini memang bersih dan air dia sangat clear ok. Ada banyak batu-batu besar di sini, jadi korang boleh bergambar dekat batu-batu besar dekat sini.. tapi kena hati-hati sikit la bila nak panjat batu2 tu..
Pulau Lengkuas
Pulau kecil nie terletak di Belitung Barat. Dekat sini ada satu rumah api ataupun lighthouse.. sama macam Pantai Tanjung Tinggi tu, ada banyak batu-batu besar dekat sini.. air pun jernih untuk korang mandi.. kata orang-orang dekat sini, lighthouse nie dibina di zaman Belanda dulu.. sebab orang-orang dekat sini tak fasih nak sebut Lighthouse, sebutannya disebut macam Lengkuas.. last-last dapat terus la nama Pulau Lengkuas..
Pulau Kelayang
Satu lagi pulau kecil di daerah Belitung Barat nie.. pantai di sini pun cantik dan bersih juga.. dekat sini juga korang boleh trekking ke satu kawasan gua yang terbentuk diantara batu-batu granit.. tempat nie dorang panggil telaga bidadari..
Snorkling
Dah nama pun pulau kan, tak pegi snorkling memang tak sah. Antara spot yang sempat kami cuba adalah berhampiran dengan Pulau Garuda. Iaitu satu pulau batu yang menyerupai garuda. Ok dekat sini air jernih dan coral dia masih cantik
Rumah Adat
Rumah Adat nie kiranya macam cultural village dia la.. Penduduk Belitung ni sebenarnya kebanyakkan nya bangsa Melayu jadi rumah adat dia adalah rumah adat melayu la.. dekat dalam ni pun lebih kurang jer dengan rumah2 kampung kita di Malaysia nie..
Danau Kao Lin
Tempat nie adalah tempat bekas lombong Kao Lin.. airnya memang turqoiuse habis.. cantik untuk bergambar.. tempat nie tak jauh daripada airport Tanjung Pandan.. tapi haritu kami hanya sempat singgah sekejap je dekat sini sebab hujan.. haihh..
Kopi Kong Djiee
Kopi Kong Djiee nie memang kopi yang asal nya daripada Belitung sejak tahun 1943 lagi katanya.. rasa dia memang sedap dan berbeza dengan kopi biasa.. masa kami dekat kedai nie, kebetulan owner kopi ni Tuan Ishak Holidi ada di sana.. jadi sempat la borak-borak sikit dengan dia.. Kopi ni sebebarnya mula diusahakan oleh bapa dia, Kong Djiee tu sebenarnya nama bapanya… Dekat belitung je dah ada lebih 20 cawangan kedai kopi dia nie.. di seluruh Indonesia ada 100++ katanya.. Dia cakap yang membeza kan kopi ni dengan kopi lain ialah kopi ni adalah jenis campuran daripada biji kopi arabica dan robusta… tapi dia tak nak bagitau pulak berapa peratus campuran dia tu, rahsia katanya..
Mie Belitung
Mee Belitung nie macam mee rebus la kiranya… kuah dia adalah kuah udang dan diletakkan juga keropok belinjau.. yang uniknya dia hidang diatas satu daun nama dia daun simpur (kalau kat sini byk yg serve mee dalam daun pisang kan).. Yang kitorg makan nie dekat Restoran Pandan Alam.. memang recommended! rasa macam nak tambah je haritu..
Sebenarnya ada lagi beberapa tempat menarik yang kami tak sempat pergi.. Antaranya Muzium Kata, Kampoeng Ahok dan banyak lagi..
Kalau korang nak ke Belitung tu, boleh contact dengan MTN Getaways, dorg nie travel agent yang based dekat Singapore dan dorg nie memang specialize untuk trip ke Belitung .. Boleh tengok ig @mtngetaways untuk maklumat lanjut..
mcm mana nak smpai ke pulau belitung ni..
tak ada flight daripada KL.. tpi ada flight daripada Singapore.. ataupun Jakarta.. paling senang ke Singapore dulu..
Bole naik flight kul-jakarta & jakarta-tjg pandan by local flights ie citylink, nam air, sriwijaya