Bandar-bandar ini mempunyai waktu tempatan sama seperti Malaysia
Bila mengembara ke tempat-tempat yang jauh, antara salah satu benda yang berubah adalah waktu tempatan. Di dunia ni terdapat 38 waktu tempatan yang digunakan. Di Malaysia kita menggunakan GMT +8 untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak sejak 1982. Korang tau tak sebelum tahun 1982, waktu di semenanjung adalah 30 minit lebih lewat berbanding Sabah & Sarawak? Sila google untuk pemahaman lebih lanjut.
Selain dari Malaysia, banyak lagi negara-negara yang mempunyai waktu tempatan sama macam kita. Antara bandar-bandar lain yang mempunyai waktu tempatan sama seperti kita adalah :
1.PERTH, AUSTRALIA
Australia mempunyai 3 zon masa. Perth nie terkenal dikalangan rakyat Malaysia sebab jarak nya yang hanya 5 jam perjalanan dari sini. Walaupun jarak perjalanan 5 jam, ia masih mempunyai waktu yang sama seperti Malaysia.
2. BEIJING, CHINA
Walaupun negara China ni luas, kerajaan China tetap menggunakan satu waktu tempatan bagi seluruh negaranya. Jadi waktu di bandaraya Beijing, Shanghai dan Guangzhou adalah sama seperti di Malaysia.
3. TAIPEI, TAIWAN
Taipei, bandaraya yang terkenal dengan bangunan Taipei 101. Jarak perjalanan dari Malaysia ke Taipei adalah lebih kurang 4 jam menaiki pesawat. Namun begitu, waktu tempatan di ibu negara Taiwan ni juga sama seperti Malaysia
4. ULAAN BATAR, MONGOLIA
Ulaan Batar adalah ibu negara Mongolia. Mongolia mempunyai 2 zon masa, tetapi ibu negaranya menggunakan waktu tempatan yang sama seperti Malaysia.
5. IRKUTSK, RUSSIA
Di Russia, terdapat 11 zon masa dan salah satu nya adalah sama seperti Malaysia. Bandar yang mempunyai waktu tempatan sama seperti Malaysia ialah Irkutsk. Irkutsk terkenal dengan bangunan Kazan Church yang mempunyai senibina yang sangat menarik.
6. HONG KONG
Hong Kong, bekas tanah jajahan British yang kembali ke bawah naungan China. Hong Kong turut mempunyai masa yang sama dengan negara kita. Disamping itu juga, jirannya Macau pun sama juga.
7. MANILA, FILIPINA
Waktu di seluruh negara Filipina adalah sama seperti di Malaysia. Ini termasuklah ibu negaranya, Manila
8. BALI, INDONESIA
Di Indonesia terdapat 3 zon masa iaitu Waktu Indonesia Barat (WIB), Waktu Indonesia Tengah (WITA) dan juga Waktu Indonesia Timur (WIT). Bali termasuk dalam WITA, dimana masanya adalah sama seperti Malaysia.
Jadi kalau korang pegi ke tempat-tempat diatas, tak payah susah-susah nak ubah jam korang tu. Waktu dia sama je macam dekat Malaysia.
Korang boleh rujuk peta di bawah untuk gambaran lebih jelas pasal zon masa ni